Oleh: Wawa Najwa
SETIAP daripada umat Islam pasti mempunyai impian untuk menjejak kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji mahupun umrah tapi belum kesampaian.
Bagi yang berkemampuan dan mahu ke sana tapi belum pasti untuk pergi dengan syarikat mana, anda boleh menggunakan perkhidmatan Samrah Travel Sdn. Bhd., agensi pelancongan yang terkemuka dalam pengurusan ibadah haji dan umrah.
Ini kerana Samrah Travel Sdn. Bhd., baru saja mengumumkan pelancaran pakej perjalanan terbaharu yang tidak hanya tertumpu kepada ibadah, tetapi juga menawarkan peluang untuk menjelajahi lima destinasi utama di Arab Saudi.
Pakej komprehensif ini dirangka khusus bagi memenuhi keperluan spiritual serta keinginan para jemaah dan pelancong untuk menerokai tempat-tempat bersejarah dan budaya yang unik di negara tersebut.
Pengarah Urusan Samrah Travel Sdn. Bhd., Ahmed Shukri Abdul Rahman berkata, Samrah Travel sentiasa komited untuk memberikan pengalaman perjalanan yang terbaik kepada pelanggan mereka.
“Dengan memperkenalkan pakej ini, kami berharap dapat memberi peluang kepada jemaah bukan sahaja untuk menunaikan ibadah dengan selesa, tetapi juga memperkayakan jiwa mereka melalui kunjungan ke tempat-tempat yang penuh sejarah dan keindahan alam,” katanya.
Bagi menjayakan pakej tersebut, Samrah Travel telah menjalin kerjasama strategik dengan beberapa organisasi terkemuka, termasuk pelancaran pakej eksklusif yang merangkumi lawatan ke bandar-bandar bersejarah dan moden seperti Mekah, Madinah, Jeddah, al-Ula (Madain Saleh), Thaif, dan Riyadh.
“Dengan pakej ini, para jemaah bukan sahaja dapat menunaikan ibadah haji dan umrah dengan sempurna, tetapi juga menikmati pengalaman menyeluruh menerokai kekayaan budaya dan sejarah Arab Saudi.
“Apabila jemaah menjejak kaki ke al-Ula, di situ anda berpeluang menyaksikan keajaiban arkeologi yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, sementara Thaif dikenali dengan cuaca yang sejuk dan landskap yang mempesona.
“Akhir sekali, Riyadh, ibu negara yang moden dan dinamik, akan melengkapkan pengalaman perjalanan dengan gabungan warisan tradisional dan kemajuan teknologi. Bagi mereka yang ingin menggabungkan ibadah dengan peluang pelancongan yang eksklusif dan bermakna, pakej yang kami tawarkan adalah yang terbaik,” tambahnya lagi.
Bagi yang ingin menunaikan ibadah dan melancong, jangan lupa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej ini atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Samrah Travel di talian 019-2910997 atau WhatsApp ke 017-2740595.
Wawa Najwa adalah seorang wartawan hiburan dan kini penulis undangan di Ladybosz.