Azura Aziz, penyanyi legenda Zaiton Sameon dan Anne Abdullah turut juga berniaga di acara MyDa.Bazaar.

Oleh: Wawa Najwa

KIRA-KIRA 20 usahawan dan selebriti bakal memeriahkan acara MyDa.Bazaar yang bakal berlangsung selama dua hari mulai 26 September hingga 28 September 2024.

Untuk bertemu dengan selebriti kesayangan, anda boleh pergi ke tingkat dua, Datum Jelatek Shopping Centre kerana mereka akan mula berniaga dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

MyDa.Bazaar atau street market dalam pusat beli-belah adalah platform untuk semua usahawan dan selebriti Malaysia, mempromosikan produk mereka secara fizikal kepada masyarakat di dalam pusat membeli-belah Datum Jelatek.

Antara usahawan dan selebriti yang terlibat adalah rangkaian produk Mak Cun, Anne Abdullah, Suliza Salam, Azura Aziz, Cheb Ali, Fazlina Ahmad Daud, Zaiton Sameon, Syed Wafa, Yong Rahimah dan ramai lagi.

Jom ramai-ramai ke Datum Jelatek untuk membeli-belah sambil bertemu selebriti yang berniaga.

Selain selebriti, NGO, Media, Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Syarikat Korporat dan pengurusan acara juga dipelawa untuk menyertai acara ini bagi mempromosi produk masing-masing sama ada produk tempatan atau luar negara.

Menariknya, MyDa.Bazaar adalah percuma dan tertakluk kepada terma & syarat dari pihak pengurusan penganjur/Datum Jelatek. Ianya bergantung kepada pendaftaran terawal. (Siapa cepat, Dia dapat tempat) kerana Tapak ‘Booth”/Reruai yang ditawarkan adalah sebanyak 20 tapak jualan/promosi.

MyDa.Bazaar dianjurkan pada setiap minggu/setiap bulan dan tertakluk pada kontrak yang telah dipersetujui bermula September 2024 kerana ia adalah acara mingguan /bulanan berskala kecil.

Manakala acara kemuncak adalah MyDa.Festival yang menghimpunkan seluruh usahawan yang pernah menyertai MyDa.Bazaar.

MyDa.Festival yang mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia dan Agensi Kerajaan itu pula akan diadakan pada 8 November hingga 10 November ini, di lokasi dan waktu yang sama.

Pusat beli-belah ini menjadi tempat penganjuran MyDa.Festival kerana ia ada kemudahan pengangkutan awam. Orang ramai yang mahu ke Datum Jelatek Shopping Centre boleh menggunakan perkhidmatan LRT dan turun di stesen Jelatek.

Jika pengunjung ke sana dengan kenderaan sendiri, kawasan pakir yang disediakan banyak dan murah. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang MyDa.Bazaar boleh hubungi talian: 012 317 6001 dan 012 211 6001

Previous article10 Akhlak Rasulullah SAW yang perlu dicontohi
Next articleWasiat Rasulullah SAW berkenaan dengan kaum wanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here