Image by stefamerpik on Freepik

Oleh : Asmat Fikri

Sakitnya nak berdiri langsung tak boleh! Rasa seakan urat terik dan menyucuk-nyucuk di bahagian belakang. Jangankan berdiri, nak berlunjur pun tak lepas. Ujian apa lagi ni ya?

Ramai betul wanita mengadu mengalami sakit belakang. Ada yang kata itu kesan selepas tempoh kehamilan. Malah ramai yang mengaitkan dengan pengambilan ubat epidural semasa proses kelahiran. Bahkan sebenarnya terdapat banyak jenis penyakit yang berkaitan sakit belakang berterusan ini.

Tapi jika ianya sakit belakang sekali sekala sahaja dan tidak terlalu teruk, ia adalah normal. Lebih 80% orang mengalami sekurang-kurangnya satu kali sakit belakang sepanjang hayat mereka. Walaupun sakit belakang biasanya tidak menunjukkan masalah perubatan serius dan biasanya sembuh dengan sendirinya, namun sakit ini boleh mengganggu aktiviti harian.

Image by wayhomestudio on Freepik

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan sakit belakang untuk wanita. Antaranya disebabkan:

  1. Postur tubuh yang tidak betul: Duduk atau berdiri dalam posisi yang salah boleh menyebabkan ketegangan pada otot belakang.
  2. Kehamilan: Perubahan berat badan dan hormon semasa kehamilan boleh memberikan tekanan tambahan pada otot dan tulang belakang.
  3. Haid: Perubahan hormon semasa haid boleh menyebabkan sakit belakang, terutamanya di bahagian bawah dekat pinggang.
  4. Obesiti: Berat badan berlebihan memberikan tekanan tambahan pada tulang belakang, yang menyebabkan sakit.
  5. Kurang senaman: Otot belakang yang lemah atau kurang aktif boleh menyebabkan postur tidak betul, seterusnya menyebabkan sakit belakang.
  6. Kecederaan atau trauma: Terjatuh, terseliuh, atau kemalangan boleh mencederakan otot, ligamen atau tulang belakang.
  7. Penggunaan kasut tumit tinggi: Kasut tumit tinggi boleh mengubah postur dan menyumbang kepada masalah sakit belakang.
  8. Stres dan ketegangan emosi: Stres boleh menyebabkan ketegangan otot di bahagian belakang, menyebabkan kesakitan.

Jika sakit belakang berterusan selama 4 minggu berturut-turut atau bertambah teruk, adalah disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.

Perlu rawatan lanjut juga jika mengalami rasa sakit memancar ke bahagian belakang kaki serta rasa lemah, kebas atau kesemutan pada satu atau kedua-dua kaki. Jangan diabaikan jika terdapat simptom ini dan lekaslah berjumpa dengan doktor.

*Ikuti sambungan artikel akan datang mengenai cara rawatan sakit tulang belakang ini.

Previous articleKhasiat Bayam Brazil
Next articleRatu Rock Negara, Ella Gegarkan “MOTO GP”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here