Foto https://mangrovesociety.org/brazilian-spinach/

Oleh : Nafsiah Jani

Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak mengetahui kebaikan dan khasiat bayam brazil ini menganggapnya sebagai tanaman yang tidak bermanfaat. Tanaman yang mudah hidup dan cepat membiak ini sebenarnya mempunyai banyak kebaikannya jika di makan setiap hari.

Selain ditumis, bayam brazil juga boleh dijadikan jus, ulam, salad, sup sayur atau sayur campur. Selain rasanya yang lazat, kandungan nutrisi dalam bayam brazil juga dapat meningkatkan kepadatan tulang dan mencegah penurunan fungsi otak.

Sesuai dengan namanya, bayam brazil (Alternanthera sissoo) berasal dari Brazil. Sayuran hijau yang juga dikenali dengan nama samba lettuce ini memiliki daun berbentuk keriting dan berwarna hijau gelap.

Bayam brazil merupakan sumber vitamin K, magnesium, kalsium dan fosfor. Sayuran ini juga mengandung vitamin A, vitamin B6, vitamin C, asid folat, lutein, flavonoid, serta senyawa tanaman yang berperanan sebagai antioksidan.

Bayam brazil juga mengandung pelbagai vitamin yang dapat membantu memenuhi keperluan tubuh badan seseorang. Antara manfaatnya dapat meningkatkan daya tahan tubuh serta menjaga kesihatan mata.

Berikut ialah khasiat dan manfaat bayam brazil yang baik untuk kesihatan:

  1. Bagus untuk tulang kerana terdapat vitamin K dalam bayam brazil mampu menyerap kalsium dan merangsang produksi protin osteocalcin. Protin ini dapat membantu pembentukan tulang. Bayam brazil juga kaya dengan kalsium yang menjadi komponen utama dalam pembentukan tulang. Tulang yang terbentuk dengan baik dan terjaga kekuatannya dapat menghalang berlakunya osteoporosis.
  2. Vitamin A dan vitamin C dalam bayam brazil dapat meningkatkan sistem pertahanan badan serta membantu penghasilan sel darah putih bagi menghalang penyakit atau jangkitan menyerang tubuh badan seseorang.
  3. Selain mengurangkan berat badan, kandungan serat yang terdapat dalam bayam brazil juga dapat mengelakkan sembelit. Serat larut yang terdapat didalamnya dapat melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar.
  4. Bayam brazil juga mampu meningkatkan fungsi otak dengan kandungan vitamin A, vitamin B6, vitamin C, asid folik dan antioksidan di dalamnya. Ini mengembalikan semula kemampuan mengingat, berfikir dan konsentrasi terhadap sesuatu perkara. Pengambilan bayam brazil secara berterusan dapat membantu mengelakkan seseorang dari terkena demensia dan Alzheimer.
  5. Kandungan vitamin A dalam bayam brazil sangat bermanfaat untuk menjaga mata. Vitamin A membantu menjaga penglihatan yang baik dan mencegah rabun. Kombinasi vitamin A dan vitamin C, juga berperanan dalam menjaga kesihatan sel-sel kornea dan sklera mata, sehingga mendukung fungsi visual yang optimal.
  6. Bayam brazil juga membantu melancarkan peredaran darah kerana kandungan asid folik di dalamnya dapat mengatasi masalah yang disebabkan peredaran darah yang tidak lancar. Asid folik yang terdapat dalam bayam membolehkan saluran darah menjadi lebih elastik supaya aliran darah tidak tersumbat.
  7. Kulit berjerawat dan wajah berkerut juga dapat mempengaruhi kecantikan dan penampilan seseorang wanita. Kandungan vitamin C dapat membantu mengatasi masalah kedutan wajah yang disebabkan proses penuaan yang biasanya terjadi. Minum secawan bayam brazil dapat mengatasi masalah penyakit dialami dan anda akan kelihatan awet muda. Selamat mencuba.
  8. Bayam brazil juga mengandungi asid folik dan zat besi yang membantu untuk menjaga kesihatan ibu hamil dan rahim anak-anaknya. Bayam ini dapat membantu wanita hamil yang kekurangan zat besi daripada lemah. Kandungan zat besi ini membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah wanita hamil dari terkena penyakit anemia.
  9. Pengambilan bayam brazil ini secara kerap dikatakan mampu mengurangkan risiko terkena kanser.Kandungan beragam senyawa antioksidan ini dapat mencegah pertumbuhan sel-sel kanser di dalam tubuh. Bahkan,dalam satu penelitian berlaku penurunan kanser payudara, kanser hati dan kanser serviks.
  10. Bayam brazil kaya dengan asid folik. Asif folik ini penting kepada ibu hamil atau bakal ibu bagi mengelakkan kecacatan tiub saraf kepada anak dalam kandungan
Previous articleAfgan, Lyodra saling “Ada” antara satu sama lain
Next articleRisiko kerap sakit belakang! (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here