Pastinya saat yang ditunggukan oleh peminat kumpulan legenda Cromok yang bakal membawa kejutan di tahun ke-36 penubuhannya dengan sebuah persembahan ikonik yang menampilkan pemuzik, Hillary Ang dan Man Keedal dalam sebuah konsert yang dinamakan "The Real Cromok"

Oleh : Syed Wafa

Pastinya saat yang ditunggukan oleh peminat kumpulan legenda Cromok yang bakal membawa kejutan di tahun ke-36 penubuhannya dengan sebuah persembahan ikonik yang menampilkan pemuzik, Hillary Ang dan Man Keedal dalam sebuah konsert yang dinamakan “The Real Cromok”.

Konsert hebat ini dianjurkan oleh Pointlink Ventures dan djjadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Disember nanti. Ini adalah penampilan pertama band thrash heavy metal ini bersama dua gitaris terkenal itu.

Karl, antara anggota terawal Cromok, berkata ia adalah sebuah malam bersejarah, bukan saja buat Cromok, malah para peminat yang mengikuti perjalanan band ini yang mencipta fenomena seawal album sulung, Image of Purity yang dirilis pada 1991 dengan karya seklasik Journey dan Metallurgical.

Karl, antara anggota terawal Cromok, berkata ia adalah sebuah malam bersejarah, bukan saja buat Cromok, malah para peminat yang mengikuti perjalanan band ini yang mencipta fenomena seawal album sulung, Image of Purity yang dirilis pada 1991.

Persembahan itu juga, menurutnya, sememangnya telah lama dinantikan, terutamanya kemunculan semula Hillary yang menggantikannya pada 1999 dan sempat merakam empat album studio bersama Cromok, seawal album Mean, Meaner, Meanest.

“Ibarat sirih pulang ke gagang, kembalinya Hillary selepas 24 tahun untuk Konsert The Real Cromok pastinya dapat mengubati kerinduan peminat, apatah lagi dengan gandingan ikonik julung kali Karl-Hillary,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

“Juga gandingan Karl-Man Keedal, buat pertama kalinya, yang bakal menghadiahkan momen bersejarah memandangkan Man Keedal langsung tidak pernah bermain secara live dengan Cromok sejak merakamkan gitar solo untuk lagu Misery bagi album 1993, Forever in Time.”

Peminat bertuah memenangi tiga buah gitar tajaan Cort Guitars daripada The Guitar Store, lengkap ditandatangani empat gitaris legenda bagi cabutan bertuah untuk pembeli tiket.

Selain Karl atau nama sebenarnya, Khairul Anuar Shariff, perjuangan band ini yang juga peneraju muzik fusion yang menggabungkan muzik tradisional dan heavy metal sehingga melahirkan terma “thrashditional” ini diteruskan bersama Shamsudin Ali atau Sam yang
bermain bass.

Sam adalah salah seorang pengasas bersama pemain dram, Allahyarham Tarmizi Mokhtar atau Miji yang meninggal dunia, Mac lalu. Seorang lagi pengasas, Allahyarham Muhammad Khairuddin atau Din yang lebih dulu keluar daripada Cromok telah meninggal dunia pada
1997.

Konsert malam itu akan diiringi Apis Cropox (dram), Shah Sidious (gitar) dan Archer (keyboard). Disokong oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd, konsert ini mendapat penajaan Sudoku Drums & Keyboards, JL Guitars, The Guitar Store, Cort Guitars, NEO In-Ear Monitors, HOT Kambing dan Gama Rock House, bersama Mewah Event Management, Karl Legacy dan MyArteez sebagai rakan strategik.

Eksklusif!…Man Kidal menurunkan tanda tangan di gitar hadiah khas untuk peminat cabutan bertuah.

Seraya menyifatkan konsert ini bakal membawa banyak kejutan, Karl berkata:

“Gandingan rare The Real Cromok ini signifikan bagi perjalanan Cromok yang ditubuhkan di Australia, semasa kami semua masih menuntut di University of Wollongong, New South Wales. Nak tahu Cromok sebenar, ini dia.

“Cuba bayangkan empat pemain gitar di satu pentas, bermain sekali gus. Jelas ini bukan konsert biasa, tapi penuh dengan kejutan. Apa saja kemungkinan boleh berlaku, tapi percayalah The Real Cromok akan melakar sejarahnya yang tersendiri.”

Aida (Paling Kanan) dari Mewah Event Management antara tenaga kerja konsert hebat ini menerima cenderahati.

Tiket Early Bird (Berdiri) RM168 dijual bermula jam 8 malam, 27 September ini dan dibuka sehingga 10 Oktober ini. Tiket normal bermula pada harga RM188 (Berdiri), serta RM288 dan RM338 (Duduk). Manakala Royal Box ditawarkan pada harga RM888 seorang, termasuk sesi Meet & Greet dan pemberian cenderahati, antaranya baju-T eksklusif The Real Cromok.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.therealcromok.com atau hubungi hotline +601113297822 (whatsapp).

Juga dilancarkan serentak, penjualan produk eksklusif The Real Cromok, termasuk baju-T dan hoodie. Untuk pembelian, sila muat turun aplikasi MyArteez di Apple Store dan Play Store bagi mendapat jaminan produk tulen.

Antara penaja dan tenaga kerja konsert hebat ini.

Sambil membawa penonton menyingkap perjalanan band dalam persembahan berdurasi selama dua jam itu, Karl yang menyertai Cromok semula pada 2012, berkata ada lagu baharu yang akan diperdengarkan selepas album studio terakhir mereka, Untitled pada 2004.

“Sebagai tambahan kepada tidak kurang 18 judul yang dipersiapkan untuk konsert itu, ada lagu baharu yang akan turut dipersembahkan, buat kali pertama, secara live. Bagi mengenang Allahyarham Miji dan Din, ada segmen khas dirancang sebagai tribute kepada mereka.

“Konsert ini akan memutar balik masa, membawa penonton menyelami kembara 36 tahun Cromok yang bermula di sirkit underground Australia. Justeru, pertemuan ini harus diraikan,” katanya yang turut mengumumkan tiga buah gitar tajaan Cort Guitars daripada The Guitar Store, lengkap ditandatangani empat gitaris legenda bagi cabutan bertuah untuk pembeli tiket.

Dibuka kepada semua kategori tiket, ia turut menawarkan hadiah berupa dua pakej penginapan 2H/ 1M di Hard Rock Hotel, Penang, selain satu pakej di Hard Rock Hotel, Desaru. Seramai 15 pemegang tiket bertuah juga berpeluang menyertai sesi Meet & Greet di Studio Cromok pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Previous articleSebelas “Living Legend” Bakal Gegarkan Sabah Anjuran Karyawan!
Next articleSetelah 13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Muncul “Oyasumi Na Sayang”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here