KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, YBhg. Datuk Seri Mohd Sayuthi Bin Bakar menyempurnakan pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2024 Sempena Penganjuran My Gaya Month (MGM) Edisi Ke-4 di pusat beli belah Pavilion Damansara Heights baru-baru ini.

Oleh : Syed Wafa

Sesuatu yang membanggakan, Malaysian Bumiputra Designers Association (MBDA), dengan sokongan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024.

Kempen yang berlangsung selama sebulan ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YBhg Dato’ Seri Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Bon Zainal Harun, Chairman of Malaysian Bumiputra Designers Association (MBDA) yang juga merupakan pereka fesyen terkenal, (Paling kanan) mengiringi ketibaan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, YBhg. Datuk Seri Mohd Sayuthi Bin Bakar (Paling Kiri) bagi menyempurnakan pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2024 Sempena Penganjuran My Gaya Month (MGM) Edisi Ke-4 di pusat beli belah Pavilion Damansara Heights.

Bon Zainal Harun, Chairman of Malaysian Bumiputra Designers Association (MBDA) yang juga merupakan pereka fesyen terkenal, merasa amat bangga kerana kempen ini terus melangkah dengan gah dan ini merupakan tahun yang ke empat penganjurannya.

“Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kualiti barangan buatan tempatan yang mampu bersaing dengan produk antarabangsa serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus menyokong produk keluaran negara,” kata Bon Zainal di majlis perlancaran KBBM 2024 baru-baru ini.

Penaung Malaysian Bumiputera Designers Association (MBDA), YBhg. Dato’ Indera Tom Abang Saufi (Paling kiri) amat terharu dilantik sebagai penaung MBDA bersama Puan Rasta Rashid (Paling Kanan) Presiden MBDA turut gembira di atas perlantikan tersebut.

“Pihak kami telah membuat pelbagai promosi termasuk di media sosial untuk menarik minat golongan pelbagai generasi untuk menghadiri kempen ini, kami janjikan pasti anda tidak rugi menyertainya,” kata beliau lagi.

Bon Zainal Harun, Chairman of Malaysian Bumiputra Designers Association (MBDA) yang juga merupakan pereka fesyen terkenal, merasa amat bangga kerana kempen ini terus melangkah dengan gah dan ini merupakan tahun yang ke empat penganjurannya.

Sesungguhnya inisiatif KBBM 2024 bertumpu kepada beberapa objektif utama iaitu:

1. Meningkatkan Kesedaran dan Keyakinan Rakyat Malaysia.

-Barangan buatan Malaysia adalah berkualiti dan mampu menyaingi produk dari luar negara.

2. Memupuk Patriotisme

-Menanamkan semangat cinta negara melalui pembelian dan penggunaan barangan tempatan.

3. Merangsang Pembangunan Ekonomi

-Menggalakkan ekonomi negara melalui sokongan kepada perniagaan dan produk tempatan.

4. Menyokong Pereka dan Pengusaha Tempatan

-Meningkatkan kreativiti dan mutu produk tempatan melalui kolaborasi antara syarikat tempatan dan kerajaan.

5. Selaras dengan aspirasi Malaysia Madani

-Menekankan pada nilai-nilai seperti kemampanan, kesejahteraan, dan tanggungjawab sosial. Kempen ini juga mendorong penggunaan produk yang beretika yang menyumbang kepada pembangunan mampan dan kesejahteraan sosial. Ia juga memupuk rasa cinta kepada negara.

Rakyat lebih menghargai hasil usaha anak tempatan dan menyokong pertumbuhan jangka panjang ekonomi negara secara inklusif dan adil.

6. Memperkukuh Kelestarian dalam Industri Fesyen bersama MBDA

-MBDA turut menggalakkan amalan perniagaan lestari dalam kalangan ahli-ahli serta pihak industri, memastikan kelestarian menjadi asas dalam perkembangan industri fesyen untuk masa depan yang lebih mampan.

YBhg Dato’ Seri Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup bergambar kenangan bersama tetamu VIP.

Dato’ Seri Mohd Sayuthi menekankan kepentingan menyokong industri tempatan dalam menghadapi cabaran global. KBBM dilihat sebagai langkah strategik bagi mengukuhkan ekonomi negara melalui sokongan terhadap industri tempatan, terutamanya dalam sektor kreatif dan pembuatan.

Sebagai sebahagian daripada usaha MBDA dalam mempromosikan perniagaan lestari, kami juga berusaha untuk menarik minat pelancong domestik dan luar negara. Dengan menonjolkan kreativiti dan kepelbagaian rekaan fesyen tempatan yang berteraskan kelestarian. Kami yakin dapat mewujudkan peluang baharu untuk industri pelancongan, sekali gus memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi fesyen yang unik dan berdaya maju di peringkat global.

Dato’ Seri Mohd Sayuthi menekankan kepentingan menyokong industri tempatan dalam menghadapi cabaran global.

Ini merupakan kali yang ke empat KPDN bekerjasama dengan MBDA untuk menjayakan KBBM. Dato’ Seri Sayuthi turut mengalu-alukan perlantikan Dato’ Indera Tom Abang Saufi sebagai Penaung baru MBDA.

”Dengan pengalaman serta kepakaran beliau yang luas dalam industri fesyen, saya yakin Dato’ Indera Tom akan membawa MBDA ke tahap yang lebih tinggi dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang”, kata beliau.

Sepanjang sebulan ini, selain pertunjukan fesyen oleh tiga puluh pereka fesyen tempatan acara-acara lain juga diadakan selama sebulan, termasuk Forum Fesyen & Perniagaan, melukis batik, tutorial tudung dan bermacam- macam lagi. Kempen ini juga akan dipromosikan melalui pelbagai platform media digital bagi menarik perhatian dan sokongan daripada rakyat Malaysia, khususnya generasi muda yang semakin peka dengan perkembangan teknologi.

Tom Abang Saufi yang juga merupakan ikon fesyen terkenal dengan mendalamnya cinta beliau kepada batik Malaysia bersama Bon Zainal akan lebih menitikberatkan batik Malaysia di KBBM 2024 ini supaya terus gah dan menampilkan idea-idea baru dari pereka muda tanah air.

Kerjasama media membolehkan lebih ramai pihak dan hadirin menyertainya inisiatif yang akan berlangsung selama sebulan ini. Selain pertunjukan fesyen oleh tiga puluh pereka fesyen tempatan acara-acara lain juga diadakan selama sebulan, termasuk Forum Fesyen & Perniagaan, melukis batik, tutorial tudung dan bermacam- macam lagi.

Tom Abang Saufi yang juga merupakan ikon fesyen terkenal dengan mendalamnya cinta beliau kepada batik Malaysia bersama Bon Zainal akan lebih menitikberatkan batik Malaysia di KBBM 2024 ini supaya terus gah dan menampilkan idea-idea baru dari pereka muda tanah air.

Kempen ini juga akan dipromosikan melalui pelbagai platform media digital bagi menarik perhatian dan sokongan daripada rakyat Malaysia, khususnya generasi muda yang semakin peka dengan perkembangan teknologi.

Dengan adanya kempen seperti KBBM, ia bukan sahaja memberi peluang kepada pereka tempatan untuk mempersembahkan hasil karya mereka, ia juga meningkatkan keyakinan pengguna terhadap barangan tempatan. Kerajaan yakin dengan kerjasama yang berterusan antara sektor awam dan swasta, industri tempatan akan terus berkembang dan memberikan impak positif kepada ekonomi negara.

Tom Abang Saufi dan Bon Zainal bergambar kenangan bersama antara pihak media yang hadir.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Kempen Beli Barangan Malaysia 2024 boleh didapati dengan menghubungi:
Nuunaa Management
Emel: [email protected]
Dikeluarkan oleh:
Malaysian Bumiputra Designers Association (MBDA)

Previous articleMengapa Rezeki seseorang itu masih jauh? (Bahagian 2)
Next articleKhasiat buah Rosella merah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here