Dato' Afdlin Shauki, Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM)

Oleh : Syed Wafa

Pelakon dan pengarah terkenal tanah air, Dato’ Afdlin Shauki dan juga Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), menyambut baik pengumuman YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dalam Pembentangan Bajet 2025 yang memperuntukkan RM30 juta untuk program Belia Kreatif MADANI. Inisiatif ini dijangka menarik hampir 16,000 anak muda untuk menceburi bidang seni melalui pelbagai aktiviti kreatif seperti bengkel kemahiran videografi kandungan kreatif, pembangunan komuniti filem, dan pertandingan filem pendek.

Menurut Afdlin Shauki, inisiatif ini seiring dengan matlamat FDAM untuk memperkasa generasi muda dalam industri kreatif tanah air, terutamanya dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem. Beliau menyatakan bahawa usaha ini adalah satu langkah penting dalam memastikan penglibatan generasi baru dalam bidang seni dan seterusnya mencipta karya yang berkualiti.

Menurut Afdlin Shauki, inisiatif ini seiring dengan matlamat FDAM untuk memperkasa generasi muda dalam industri kreatif tanah air, terutamanya dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem.

“Sebagai Pengerusi FDAM, saya amat berbangga dengan usaha kerajaan untuk memberi tumpuan kepada generasi belia melalui program Belia Kreatif MADANI. Ini bukan sahaja membuka peluang kepada belia untuk menceburi bidang seni tetapi juga memperkukuhkan lagi industri kreatif Malaysia. FDAM sentiasa menyokong inisiatif seperti ini kerana ia seiring dengan misi kami untuk membangunkan bakat-bakat baharu serta menyediakan platform yang kukuh bagi mereka berkembang,” kata Afdlin.

Program Belia Kreatif MADANI yang diumumkan dalam Bajet 2025 adalah satu peluang emas untuk golongan belia memperkasa kemahiran mereka dalam dunia kreatif.

“Kami berharap dengan sokongan kerajaan ini, FDAM dan industri filem dapat melahirkan lebih banyak bakat yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini juga memberi peluang kepada kami untuk terus menyediakan latihan dan bimbingan, selaras dengan visi kami. Tambahan lagi FDAM baharu selesai menjayakan Bengkel Inkubator Pengarah Amatur FDAM 2024 pada 12-18 Oktober lalu” tambahnya lagi.

Afdlin Shauki juga mengajak semua penggiat seni serta anak muda yang mempunyai minat dalam bidang seni untuk merebut peluang ini dan menyertai program-program yang akan dianjurkan oleh FDAM dalam masa terdekat.

Afdlin Shauki juga mengajak semua penggiat seni serta anak muda yang mempunyai minat dalam bidang seni untuk merebut peluang ini dan menyertai program-program yang akan dianjurkan oleh FDAM dalam masa terdekat.

Dengan usaha bersama antara kerajaan dan FDAM, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih dinamik dan inklusif untuk golongan belia mencipta nama dalam industri seni dan kreatif negara.

Previous articleCara penyediaan Mi Racun Tulang viral Restoran Rasa Rosz Yang Lazat!
Next article“Alkisah Jiwa” Amsyar Leee bersama Fadhilah Intan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here