Pucuk Gajus

Oleh: Nafsiah Jani

Pokok gajus atau nama saintifiknya, Anacardium occidentale juga mempunyai pelbagai nama antaranya dikenali dengan nama Ketereh, Tere di Kelantan, jambu golok (Terengganu), janggus dan didalam bahasa Inggeris gajus juga dikenali sebagai cashew apple atau Cashew nut.

Namun dengan apa pun namanya sekalipun, pokok gajus ini mempunyai banyak khasiat dan manfaat kepada kesihatan. Daripada buah, biji dan daun pucuk mudanya yang boleh dimakan begitu sahaja ataupun direbus untuk air rebusannya. Daun pucuk gajus muda berwarna merah atau merah perang sangat disukai orang Malaysia sebagai ulam-ulaman. Tambah berselera ulam ini dimakan bersama sambal belacan, sambal tempoyak ataupun budu.

Rahsia awet muda dengan menjadikan daun pucuk gajus sebagai ulam antara faktor tumbuhan itu menjadi tanaman pilihan. Mereka yang mengamalkannya sebagai ulam-ulaman sudah pasti dapat merasai perbezaan kehalusan kulit dan kesegaran kepada tubuh badan.

Disini kami paparkan beberapa khasiat dan kebaikan daun pucuk gajus dan air rebusannya untuk kesihatan. Selamat mencuba bagi anda yang inginkan sihat secara semulajadi.

1. Daun pucuk gajus jika diamalkan makan sebagai ulam-ulaman mampu menjaga kulit muka disamping membuatkan seseorang itu awet muda dan baik untuk kesihatan dalaman.

2. Daun pucuk gajus juga dikatakan boleh mengurangkan risiko penyakit kronik selain meneutral dan melawan toksik di dalam badan serta melambatkan proses penuaan. Ini dibuktikan hasil kajian penyelidik Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) dan Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan kandungan antioksida di dalam pucuk gajus

3. Air rebusan daun pucuk gajus juga dikatakan mampu membantu meningkatkan kesihatan serta menaikkan seri wajah seseorang.

Pucuk Gajus

4. Daun pucuk gajus juga dikatakan dapat membantu untuk meredakan sakit gigi, penyakit kulit dan kesan daripada kulit terbakar. Caranya dengan menumbuk lumat pucuk tersebut dan sapukan pada pipi untuk mengurangkan sakit gigi dan kulit yang terbakar.

5. Bagi yang ada ulser dalam mulut, bolehlah menggunakan air rebusan pucuk gajus untuk berkumur-kumur. Insya-Allah jika diamalkan ulser itu akan hilang.

6. Air rebusan daun pucuk gajus juga jika diminum selalu juga dapat membantu mengurangkan kadar gula yang menyebabkan penyakit kencing manis (Diabetes), merawat cirit birit dan sakit perut.

7. Air rebusannya juga boleh bertindak untuk menyegar dan membersihkan mata. Pada bahagian bunga pula, ia juga boleh direbus dan air rebusan tersebut diminum untuk mengubati batuk.

8. Membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh badan.

9. Daun pucuk gajus juga dapat membantu mengelakkan daripada mendapat penyakit kanser.

10. Selain dari khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga dapat membantu merendahkan tekanan darah tinggi.

Previous articleTBA bakal beraksi buat kali pertama di Malaysia November ini
Next articleDari pelakon, kini Darling komited sebagai penerbit 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here