Oleh: Syed Wafa
Foto: Ehsan Dato’ Elaine Kang/Koleksi Syed Wafa
Kiranya hatimu terluka lagi,
Maafkan diriku, wahai kekasihku,
Kerana bukannya aku sengaja,
Namun, hatiku masih menyayangi.
Entah mengapa di ketika ini,
Hatiku resah dan rindu padamu,
Sesungguhnya, ku tak rela kehilanganmu
Kerana aku sangat menyintaimu.
Namun, begitu kutabahkan hati
Untuk berdua selama-lamanya sayang,
Di hatiku, hanya kau milikku,
Sehingga nafas aku terhenti.
Kuharap engkau maafkan diriku,
Ku berjanji tak akan mengulanginya,
Semoga kali ini kita bahagia
Wahai kekasih yang rindu dan kusayang.
Namun, begitu kutabahkan hati
Untuk berdua selama-lamanya sayang,
Di hatiku, hanya kau milikku.
Sehingga nafas aku terhenti.
Kuharap engkau maafkan diriku,
Ku berjanji tak akan mengulanginya,
Semoga kali ini kita bahagia,
Wahai kekasih yang rindu dan kusayang,
Wahai kekasih yang rindu dan kusayang,
Wahai kekasih yang rindu dan kusayang,
Inilah lagu yang begitu hit sekitar 80an Iaitu “Maafkan Diriku”.
Pasti peminat terbayang seorang artis berbangsa Cina yang berwajah cantik, tutur kata dengan lemah lembut dan tinggi lampai, tak lain dan tak bukan Datuk Elaine Kang yang sentiasa dirindui oleh peminat beliau.
Sebenarnya penyanyi legenda Elaine Kang masih aktif menyanyi disamping sibuk menguruskan perniagaan beliau. Dalam usia 60 tahun kini, Elaine Kang masih kelihatan jelita dan menawan.
“Saya sebenarnya masih aktif menyanyi dan banyak mendapat undangan menyanyi bagi menjayakan majlis makan malam dan sebagainya untuk peminat dikalangan masyarakat Cina dan pastinya saya rindu untuk bertemu dengan peminat dari kalangan masyarakat Melayu yang sentiasa dalam ingatan saya,” kata Elaine Kang dengan mesra.
Elaine Kang sudah terlibat lebih 40 tahun sebagai penyanyi terutama dalam muzik pop dan telah merakamkan beberapa album dalam bahasa Melayu yang begitu mendapat sambutan dari peminat Melayu ketika itu.
Antara lagu hitnya selain “Maafkan Diriku” adalah “Di Luar Kerelaan”, “Aku Atau Dia”, “Relakan Aku Sayang” dan banyak lagi yang dirakam pada tahun 1988. Suara beliau yang merdu dan paras rupa yang cantik membuat peminat di kalangan orang Melayu begitu meminati beliau.
Selepas 5 tahun, Elaine Kang kembali ke Arena of Stars, Resorts World Genting untuk sebuah konsert amal yang bertajuk “ELAINE KANG A BILLION HEARTS IN HARMONY 2024” yang akan berlangsung pada 19 November ini pada pukul 6 petang.
“Sebanarnya saya lakukan konsert ini untuk amal, terus terang saya katakan segala kutipan dari tiket ini saya salurkan pada kebajikan untuk membantu mereka yang mengalami masalah tekenan jiwa yang teruk atau masalah kesihatan mental.
“Menakutkan di Malaysia sekarang, masalah kesihatan mental semaking serius dan mereka tidak mampu membayar untuk mendapat rawatan yang betul melalui pakar, saya amat bersimpati dengan meraka,” kata Elaine Kang sayu.
Bagi mereka yang ingin berhibur sambil beramal boleh tempah tiket anda di atas talian Resorts World Genting di https://www.rwgenting.com/en/entertainment/elaine-kang-a-billion-heart-in-harmony-2024.html
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.