Dari kiri, Muhammad Afiq Abd Rahim dan Faezah Sufian atau Kak Adik berkongsi pengalaman mereka memasak menggunakan produk Tefal dengan hadirin.

Oleh: Khadijah Ibrahim
Foto: Afhzahafiez Kamaruddin.

SUDAH menjadi kebiasaan manusia, kalau makan mesti pilih makanan kesukaan tanpa memikirkan menu tersebut elok untuk kesihatan atau tidak. Apa yang penting, nafsu makan perlu dipenuhi takut terkilan jika tidak dapat menikmati makanan tersebut.

Selalunya, alasan yang diberi adalah esok masih ada dan boleh dipantau lagi. Namun, hakikatnya sampai sudah tidak mengambil berat pasal makanan, janji perut kenyang. Bagi yang mementingkan kesihatan, perkara sekecil itu pun mereka akan ambil berat kerana lebih baik mencegah daripada mengubati.

Jika melihat kepada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023, hampir 7.5 juta orang dewasa atau 33.3% daripada populasi mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, manakala 15.6% menghidap diabetes dan masalah tekanan darah tinggi melibatkan 29.2% golongan dewasa.

Lebih membimbangkan adalah jumlah kes penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tidak didiagnosis dalam kalangan golongan muda, di mana ia boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius pada usia yang lebih muda.

Turut memeriahkan majlis kempen tersebut ialah pakar nutrisi, Dr Roseline Yap dan Cef Chin Pei Ling.

Justeru itu bagi membantu rakyat Malaysia untuk mengurangkan masalah tersebut, Tefal, pelopor teknologi penggorengan udara panas melancarkan siri terbaharu penggoreng udara panasnya sebagai sebahagian daripada kempen “Healthy Pun Boleh Tasty”.

Kempen tersebut adalah bertujuan untuk mencabar mitos umum bahawa memasak secara sihat, terutamanya dengan menggunakan minyak yang sedikit, boleh menjejaskan rasa.

Pengurus Negara Groupe SEB Malaysia, Jack Wong yang ditemui pada majlis pelancaran kempen “Healthy Pun Boleh Tasty” berkata, bagi menjayakan kempen tersebut, pihaknya bekerjasama dengan rakan strategik AEON Co. (M) Bhd.

Tambah Jack Wong, melalui kempen tersebut, Tefal menunjukkan dedikasinya untuk memudahkan proses memasak dan pada masa yang sama, mempromosikan aspek kesihatan, rasa, dan kemudahan.

Ia juga adalah produk penggoreng udara infra merah pertama di pasran yang mampu memudahkan pengguna untuk memasak pemakanan yang sihat dengan cepat.

“Sempena kempen ini, Tefal turut memperkenalkan produk baharu yang mampu mengurangkan masa memasak sehingga 50% serta menjimatkan tenaga hingga 70% berbanding ketuhar tradisional.

“Produk kami direka untuk menggalakkan kaedah memasak yang lebih sihat dan menyokong gaya hidup yang seimbang tanpa menjejaskan rasa makanan tersebut.

“Penggoreng udara panas Tefal bukan sekadar peralatan dapur, ia merupakan gerbang ke arah gaya hidup yang lebih sihat tanpa berkompromi terhadap rasa yang kita semua suka. Dengan cogan kata kami iaitu “Healthy Pun Boleh Tasty”,” katanya.

Tambah Jack, selaku Pencipta Pertama Penggoreng Udara Panas, Tefal ingin memberi inspirasi kepada tabiat memasak yang lebih baik sambil menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan seimbang tanpa mengorbankan cita rasa kegemaran mereka.

“Produk-produk kami menggalakkan kaedah memasak yang lebih sihat, justeru merapatkan jurang antara kesedaran pemakanan dan penerapan praktikal.

“Penggoreng udara panas Tefal bukan sekadar peralatan dapur, ia merupakan gerbang ke arah gaya hidup yang lebih sihat tanpa berkompromi terhadap rasa yang kita semua suka,” katanya tentang kelebihan produk tersebut.

Siri terkini penggoreng udara panas Tefal yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan isi rumah adalah Penggoreng Udara Panas Dual Easy Fry And Grill EY905B yang boleh menyediakan pelbagai hidangan sekali gus, membantu keluarga menjimatkan masa.

Tefal melancarkan kempen “Healthy Pun Boleh Tasty” bersama dengan AEON Co. (M) Bhd.

Sementara itu, Penggoreng Udara Panas Easy Fry Grill & Steam 3in1 FW2018 pula serba guna kerana ia boleh mengukus, memanggang dan menggoreng, sekali gus memenuhi pelbagai keperluan memasak.

Bagi Penggoreng Udara Panas Easy Fry Mega EY855D, ia ideal untuk keluarga besar kerana model ini mempunyai kapasiti mega yang membolehkannya memasak dalam kuantiti yang banyak.

Manakala, Penggoreng Udara Panas Easy Fry Far-Infrared Vision EY8218 adalah inovasi terkini Tefal yang menggabungkan teknologi Far-Infrared berupaya memasak makanan dari bahagian dalam tanpa perlu diterbalikkan dengan kerap dan mampu menghasilkan masakan yang rangup di luar namun empuk berair di dalam.

Inovasi terkini Tefal menekankan komitmen jenama ini yang mengutamakan pengguna, dengan memperkasakan mereka untuk menghayati falsafah “kurang kerja rumah, lebih masa untuk kehidupan.”

Ini bagi memastikan pengguna dapat mengurangkan masa untuk kerja-kerja di dapur dan lebih banyak masa untuk menikmati kehidupan serta meluangkan masa berharga bersama insan-insan tersayang.

Pada majlis tersebut juga Cef Chin Pei Ling memperlihatkan bagaimana juadah Malaysia dapat disediakan dengan mengekalkan rasanya melalui kepelbagaian fungsi penggoreng udara panas siri baharu tersebut.

Selain itu, pakar pemakanan, Dr Roseline Yap Wai Kuan turut berkongsi pandangan berharga tentang manfaat penggorengan udara panas terhadap kesihatan, sambil menekankan tentang kesan positifnya terhadap kesihatan jantung dan tubuh serta mengurangkan tekanan akibat memasak setiap hari.

Sebagai jenama yang mengutamakan pengguna, Tefal sekali lagi menegaskan misinya untuk menyokong rakyat Malaysia dalam perjalanan mereka ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan lazat, termasuk melalui kerjasama dengan organisasi dan jenama yang dipercayai serta berfokuskan aspek kesihatan.

Previous articleLegasi Legenda Seni 2024 singkap rahsia tersirat
Next articlePenonton puas hati dengan konsert Arijit Singh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here