Lebih 1,200 peserta menyertai acara Rimba Kita Run 2024, baru-baru ini.

Oleh: Khadijah Ibrahim
Foto: Afhzahafiez Kamaruddin

LEBIH daripada 1,200 peserta berkumpul di Taman Wetlands Putrajaya pada 23 November lalu bagi memeriahkan acara Rimba Kita Run 2024 bagi tahun kedua anjuran Astro.

Acara ini diadakan bagi menyokong usaha pemulihan alam sekitar dan mempromosi kehidupan lestari. Bukan setakat berjaya mengumpul ramai peserta yang terdiri daripada orang dewasa hingga kanak-kanak, menerusi program ini juga pihak Astro berjaya mengumpul dana melebihi dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Pelepasan dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Daryl Smith.

Dana tersebut akan disalur kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di bawah inisiatif Rimba Kita. Dana tersebut menyokong kerjasama berterusan dengan organisasi seperti Worldwide Fund for Nature (WWF) Malaysia, UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB), Taman Tugu, dan Global Environment Centre.

Seawal 6 pagi lagi orang ramai sudah berkumpul di Padang Semarak, Taman Wetlands walaupun acara perlepasan larian untuk jarak 3 kilometer dan 5 kilometer hanya bermula pada jam 7.30 pagi.

Bukan sekadar menyihatkan badan, acara begini juga memberi peluang untuk berkenalan dengan orang lain.

Acara ini bukan sekadar bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim kepada orang ramai, tapi juga mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Kita dapat lihat ramai ibu bapa yang membawa anak-anak untuk turut serta sama ada mereka berlari sendiri atau didorong dengan stroller (kereta sorong).

Larian ini berjaya dilaksanakan dengan sokongan padu dari barisan penaja utama: Kaon, Alphabet Capital, dan Huawei Cloud. Juga termasuk penaja lain seperti Salad Atelier, Love Nature, Asics, dan Snappymob.

Safee Sali (kanan) turut memeriahkan acara larian tersebut.
Acara begini boleh dijadikan aktiviti untuk keluarga.

Acara ini turut disokong dengan kehadiran Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC), Persatuan Orang Buta Malaysia, Teach For Malaysia (TFM), ISSF Sport Stacking Malaysia, Cenviro, dan Decathlon.

Pelbagai aktiviti dan pembelajaran menarik disediakan dalam acara mesra keluarga ini, termasuk aktiviti memanaskan badan secara berkumpulan diiringi oleh Didi & Friends dari Astro Ceria, serta Tong Tong & Doo Doo dari DT Jamboree Astro Xiao Tai Yang.

Lepas lari peserta mengambil kesempatan untuk berurut.

Juga persembahan oleh Idris Brown dan Dinda Dania dengan penampilan istimewa oleh Oga, karya terbaru Astro yang mempromosi kesedaran alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Daryl Smith berkata, Rimba Kita Run membuktikan kekuatan bertindak komuniti dengan jumlah penyertaan lebih 1,200.

Cepat atau lambat pasti dapat medal juga.

“Dengan sokongan anda semua, kita berjaya mengumpul dana dalam usaha pemuliharaan hutan tetapi juga berjaya meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya melindungi alam semula jadi. Acara ini membuktikan bahawa sesuatu itu boleh dicapai sekiranya kita bersatu pada tujuan yang sama.

”Acara larian tahun ini telah mengambil langkah-langkah penting dalam meminimumkan kesan terus kepada alam sekitar. Astro menggalakkan para peserta mengitar semula baju larian mereka dalam usaha mengurangkan keperluan untuk cetakan baru.

Kiosk Oga juga ada untuk melayan peserta.

“Susunan acara menampilkan bahan yang dikitar semula, membuktikan dedikasi Astro terhadap kelestarian alam. Astro mengutamakan penggunaan peralatan biodegradasi dan bahan boleh guna semula untuk mengurangkan sisa plastik, di samping semua turutan aktiviti dan gerai karnival menyampaikan mesej dan pendidikan tentang alam sekitar yang menyeronokkan,” katanya.

Selain itu, pengurusan sisa yang menyeluruh dan aktiviti kitar semula telah dilaksanakan secara terus bagi menguruskan sisa yang dihasilkan. Selaras dengan komitmen Astro, pengiraan jumlah pelepasan gas rumah kaca (GHG) dari acara ini turut dicatat.

Pelbagai aktiviti diadakan sewaktu program berlangsung.

Data ini akan digunakan sebagai rujukan bagi acara-acara akan datang, untuk menjejaki dan terus meningkatkan reka bentuk kelestarian di masa hadapan.

Inisiatif ini mencerminkan dedikasi Astro terhadap masa depan yang lebih hijau dan lestari. Sebagai usaha berterusan, Astro komited untuk masa depan yang lebih hijau dengan penyusunan dan penyiaran kandungan berkait alam sekitar yang berterusan, penajaan pokok dan penanaman pokok berkala secara sukarela.

Tak ramai yang boleh menaiki pentas untuk merai kejayaan.

Astro merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta, penaja, rakan kongsi, penyokong serta rakan-rakan media dari pelbagai agensi yang sama menjayakan Rimba Kita Run 2024. Harapan Astro agar kita bersama mengorak langkah ke masa depan yang lebih lestari dan peduli alam sekitar.

Previous articleWani Kayrie harap “Aiman Tino” mendapat tempat di hati pendengar
Next articleVagina gatal tanda penyakit kelamin STI? (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here