Suasana tenang dan eksklusif di Restoran Rasa Rosz di IOI City Mall, Putrajaya yang sudah mula beroperasi pada 29 November yang lalu.

Oleh : Syed Wafa
Foto : Patrick

Tahniah!…Inilah saat keemasan yang ditunggu oleh mereka yang begitu meminati menu masakan yang begitu lazat dan cita rasa tersendiri di Restoran Rasa Rosz. kini Restoran Rasa Rosz yang terkenal dengan menu yang pelbagai sudah dibuka cawangan kedua di IOI City Mall, Putrajaya. Sebelum ini cawangan pertama di
AEON BiG Wangsa Maju begitu mendapat sambutan oleh pengunjung.

Bagi mereka yang berada di sekitar Putrajaya pastinya ini merupakan berita baik untuk mereka berkunjung ke sebuah restoran yang menjanjikan pelbagai manu yang sungguh enak cita rasa rakyat Malaysia amnya.

Suasana yang indah dan nyaman sambil menjamu selera dengan hidangan yang enak dan lazat serta harga yang sungguh berpatutan pastinya hanya di Restoran Rasa Rosz!
Rozita Ramelan bangga di hadapan Restoran Rasa Rosz cawangan kedua di IOI City Mall milik beliau.

Restoran Rasa Rosz yang terletak di tingkat tiga berdekatan panggung wayang GSC di IOI City Mall Putrajaya bukan saja menjanjikan menu yang enak dengan suasana mewah dan harga yang begitu berpatutan.

Pemilik Restoran Rasa Rosz dan juga merupakan seorang usahawan berjaya tanah air, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, ini adalah permintaan ramai yang inginkan cawangan restoran ini di buka di IOI City Mall, Putrajaya.

Bacaan Doa sempena pembukaan rasmi Restoran Rasa Rose, IOI City Mall, Putrajaya di hari Jumaat penuh barakah disempurnakan Imam surau IOI City Mall, Putrajaya Ustaz Amirul (Paling Kanan) diiringi oleh bilal Ustaz Fikri (Tengah) turut serta Datuk Omar Mustapha Ong (Paling Kiri).

“Saya amat gembira akhirnya impian mereka tercapai, sempena pembukaan restoran kedua ini, paling istimewa kami memberi potongan diskaun sebanyak 5 % sepanjang bulan Disember malah ada tambahan lebih 25 jenis menu baru yang hanya terdapat di sini, pastinya menu yang begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia.

“Antara menu baru yang sungguh istimewa hanya terdapat di sini antaranya Salad RR Oriental, Roasted Salad Pumpkim & Kale, Kentang Goreng Parmesan, Chicken Chop BBQ, Awesome Beef Burger, Spagehti Itik Salai Shitake, Nasi Goreng Nenas, Nasi Goreng Nusantara dan banyak lagi.

Rozita Ramelan dengan bangga menerangkan menu yang terdapat di Restoran Rasa Rosz kepada wakil IOI City Mall, Putrajaya iaitu Victor Chin, Head of Digital Experience.
Di sini juga terdapat produk keluaran Ratu Tumis Rasa Rosz yang hangat di pasaran untuk dibeli oleh pengunjung.

“Syukur pada Allah SWT kerana permudahkan segala urusan saya dalam dunia perniagaan terutamanya dalam bidang makanan ini. Sebenarnya bukan mudah untuk bertahan seperti sekarang ini. Semuanya bukan hanya kerana keadaan ekonomi semasa sahaja dan yang paling penting kita kena fikirkan membuka restoran di tempat yang ada banyak permintaan, cabaran operasi dan banyak lagi.

“Saya juga bertuah kerana sudah ada pelanggan tetap yang sentiasa menyokong perniagaan kami. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menjamu selera ditempat kami termasuk dari Singapura. Itu sebabnya dengan adanya cawangan baru memudahkan pelanggan berhampiran untuk datang ke Restoran Rasa Rosz.

Rozita Ramelan bergambar kenangan dengan antara tetamu yang hadir.
Wakil dari IOI City Mall Putrajaya iaitu Mohd Hafifi Zulkefle,
Assistant Manager- Customer Service IOI ( Paling kanan) bersama Syed Wafa ( Penulis ) begitu kagum dengan hidangan di Restoran Rasa Rosz yang sungguh eksklusif!

“Buka restoran bukan satu kerja yang mudah dan untuk kekal lama itu memerlukan banyak pengorbanan dan usaha. Tak ada jalan singkat dalam perniagaan ini dan kalau nak kekal menjadi seorang usahawan macam seperti saya. Mula-mula berniaga, memang kita akan alami kerugian…itu sebabnya nak berniaga ini kena ada dana yang kukuh dan boleh membuatkan seseorang itu bertahan dalam tempoh yang lama sebelum berjaya. Harapan saya dalam masa lima tahun restoran ini akan berkembang dengan pesat dan ada juga yang meminta saya untuk membuka cawangan seterusnya di KLCC dan beberapa tempat lain yang eksklusif,” kata Rozita penuh semangat.

Mohd Azhar Mohd Suri antara tetamu yang hadir begitu teruja dengan hidangan yang enak di Restoran Rasa Rosz.

Sementara itu, Cef Bob Azran yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai Cef dan merupakan ketua cef di Restoran Rasa Rosz amat bangga dapat perkenalkan menu baru yang hanya terdapat di Restoran Rasa Rosz di IOI City Mall, Putrajaya.

“Menu-menu baru yang saya ketengahkan ini ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam hidangan. Selain hidangan biasa, kami juga tampilkan hidangan barat dalam cita rasa tekak orang Malaysia,” kata Cef Bob bangga.

Rozita Ramelan bersama suami tercinta Datuk Omar Mustapha Ong yang merupakan tulang belakang kejayaan beliau.
Rozita Ramelan bersama dua adik tercinta beliau iaitu Raihani Ramelan ( Paling kanan ) dan
Rafizah Ramelan ( Paling Kiri )
yang sentiasa setia bersama dalam susah dan payah membina empayar perniagaan beliau yang terus berkembang.

Antara menu yang begitu mendapat sambutan di Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage dan banyak lagi yang merupakan gabungan cita rasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan cita rasa rakyat Malaysia.

Restoran Rasa Rosz juga menyediakan menu minuman yang segar dan pelbagai antaranya Calamansi Asam Boi,Tembikai Lychee, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special), Ais Kepal Milo dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.

Istimewa hanya di Restoran Rasa Rosz, IOI City Mall Putrajaya SPAGHETTI ITIK SALAI SHITAKE salah satu hidangan menggunakan produk sambal ready to eat Rasa Rosz Sambal Cendawan Shitake yang begitu lazat.
Awesome Beef Burger yang sungguh enak hanya di Restoran Rasa Rosz IOI City Mall.

Majlis pembukaan yang bersejarah yang dihadiri oleh kenalan rapat, wakil dari IOI City Mall, Putrajaya serta staf dari Restoran Rasa Rosz. Majlis yang indah ini di hari Jumaat yang penuh barakah diserikan dengan doa pembukaan oleh Ustaz Amirul ( Dari Masjid Cyberjaya 10 ) yang juga merupakan imam di Surau IOI City Mall.

Semoga Restoran Rasa Rosz terus berkembang dan sentiasa menjadi kesayangan di hati rakyat Malaysia sebaris dengan jenama restoran yang sudah kukuh di negara ini…Amin.

Rozita Ramelan bergambar kenangan bersama tenaga kerja Restoran Rasa Rosz IOI City Mall, Putrajaya.
Jangan lepaskan peluang keemasan, dapatkan diskaun 5% sempena pembukaan Restoran Rasa Rosz di IOI Mall Putrajaya sepanjang bulan Disember ini.
Previous articleJangan Ambil Mudah! Ini 9 Penyakit akibat haid berpanjangan! (Bahagian 1)
Next articleNabilla Razali “Cacaca” dulu sebelum bersalin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here