Oleh: Nafsiah Jani

Manjakani diperolehi daripada pokok Quercus Infectoria atau Oak Gall. adalah sejenis benjolan yang dihasilkan dari serangan serangga tebuan atau Cynipsh gallae tinctoriae. Serangan ini menyebabkan kulit bertunas dan serangga mengeluarkan larva yang dapat merangsang pertumbuhan biji yang dipanggil manjakani

Selain manjakani biji, terdapat juga pelbagai jenama serbuk manjakani bagi memudahkan penggunaannya. Ada beberapa cara untuk mendapatkan khasiat dan manfaat daripada manjakani ini sama ada dimakan begitu sahaja, direbus atau disangai.

Khasiat manjakani untuk kaum wanita tersangatlah banyak kerana dapat membantu mengatasi masalah dalaman wanita, membersihkan sistem peranakan, meningkatkan kualiti hubungan kelamin, mengatasi masalah keputihan, menghilangkan bau faraj dan lain-lain lagi.

Selain itu, manjakani juga boleh dijadikan ulam untuk dimakan dengan nasi panas. Namun begitu rasanya sedikit pahit. Cara mengamalkannya amat mudah, ambil sebiji manjakani dan masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih apabila nasi telah masak, potong nipis-nipis manjakani tersebut dan makan bersama nasi. Menu ini elok untuk mereka yang masih dalam tempoh berpantang.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa manjakani sangat kaya dengan tannin, vitamin A dan C, asid Gallic, serat, protein, karbohidrat, antioksidan, flavonoid dan senyawa fenolik yang penting untuk tubuh. Selain itu, manjakani juga kaya akan mineral penting seperti fosfor, zinc, kalium dan zat besi.

Manjakani telah digunakan sejak berkurun yang lalu untuk tujuan perubatan dan kecantikan kerana ia mengandungi pelbagai jenis mineral seperti kalsium, zat besi, magnesium dan potassium. Malah ekstrak nya pula digunakan secara meluas dalam bidang farmaseutikal, makanan tambahan, pewarna dan dakwat.

Walaupun banyak manfaatnya untuk kesihatan wanita namun jika diamalkan secara berlebihan dikhuatiri akan memberi kesan sampingan. Seseorang yang mempunyai penyakit, sedang hamil atau menyusu bayi tidak disarankan untuk mengambilnya. Manjakani juga tidak sesuai dimakan bersama ubat-ubatan kerana dikhuatiri akan memberi kesan sampingan.

Dibawah ini kami kongsikan beberapa kebaikan dan manfaat manjakani untuk kesihatan dan kecantikan wanita. Selamat mencuba:-

  1. Untuk wanita yang baru lepas bersalin atau wanita yang mengalami masalah faraj longgar bolehlah amalkan air rebusan manjakani. Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih hingga airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj. Amalkan setiap hari kerana kandungan Tannin dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot otot dalam faraj dan membuatkan faraj menjadi sempit semula.
  2. Manjakani bersifat astringen dan boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj. Rasa air rebusan manjakani bersama sirih memang pahit tetapi sangat berkhasiat kepada tubuh badan. Selain mengetatkan faraj, ia juga dapat mengatasi masalah keputihan, menghilangkan bau badan dan melangsingkan badan.
  3. Manjakani juga dapat mengubati luka bedah bersalin. luka-luka biasa ataupun yang menghidap buasir. Caranya asah manjakani dan sapu serbuknya pada luka atau tempat berjahit. InsyaAllah luka tersebut akan cepat pulih.
  4. Serbuk manjakani juga boleh dijadikan masker muka untuk merawat kulit berjerawat dan menegangkan wajah. Bancuh sedikit serbuk manjakani dengan sedikit air dan sapukan di wajah yang bermasalah. Anda boleh mengamalkan seminggu sekali sebelum tidur dan cucilah wajah anda keesokan harinya. Anda akan gembira dengan hasilnya.
  5. Antioksidan dalam manjakani juga dapat membantu menjaga kesihatan dalaman dan kecantikan luaran serta melambatkan proses penuaan dan mencantikkan kulit. Selain awet muda, anda juga akan kekal bertenaga sepanjang hari.
  6. Di India, manjakani digunakan sebagai serbuk gigi serta digunakan dalam rawatan gigi dan gingivitis. Kalsium yang terdapat dalam manjakani dapat membantu menguatkan gigi.
  7. Antioksidan serta kalsium dan fosfor yang terkandung dalam manjakani merupakan zat yang membantu menjaga kesihatan sendi dan proses pertumbuhan tulang. Zat-zat ini juga dapat mengurangi terjadinya gangguan pada tulang sehingga menurunkan risiko osteoporosis.
  8. Manjakani juga dapat membantu menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah.
  9. Manjakani juga dapat membantu dalam hubungan seksual kerana ia berfungsi sebagai ubat herba yang dapat membantu kekentalan organ intim wanita. Khasiat ini hanya boleh dirasai kaum wanita dan secara tidak langsung dapat membantu memberi kepuasan sang suami ketika melakukan hubungan seks.
  10. Menurut kajian tabung uji, ekstrak manjakani menunjukkan sifat antikanser yang melawan sel kanser serviks dan kanser ovari. Kandungan antioksidan seperti tannin dapat membantu mencegah penyakit.
Previous articleKonsert GenKRU untuk peminat fanatik KRU
Next article“Kami SZL”, Rungkai Kisah Anak-anak Flat Yang Minat Berlakon!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here