Oleh: Syed Wafa
Luar biasa, Icon Entertainment sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat KRU kerana telah membuatkan tiket konsert GENKRU hari kedua habis dijual dalam durasi 45 minit!
“Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertama habis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habis dalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita.Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’, ujar Iman Tang, pengasas ICON ENTERTAINMENT dengan gembira.
“Sekarang menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua GENKRU yang telah berjuang mendapatkan tiket hari pertama dan kedua akan mendapatkan kepuasan “MAKSIMA” pada dua-dua hari konsert itu kelak,” tambah Iman lagi.
Atas permintaan ramai , ICON ENTERTAINMENT telah mengumumkan tentang konsert hari kedua yang akan berlangsung pada 4 Mei 2025 dan tiket mula dijual pada 23 Disember 2024 mulai pukul 3 petang yang lalu.
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.