Oleh: Khadijah Ibrahim
SEMPENA sambutan tahun baharu yang bakal dirai pada 31 Disember ini, pelbagai acara diadakan untuk menunggu detik 12 tengah malam sebagai tanda 2025 menjelma.
Stesen radio Suria FM juga tidak mahu ketinggalan dalam merai tahun baharu bersama pendengar setia mereka.
Sebagai tanda penghargaan kepada pendengar setia Suria, seawal jam 9 pagi pada 31 Disember (Selasa) ini, di Piazza, The Curve, penyampai Suria akan berada di sana untuk bertemu dan beramah mesra dengan orang ramai.
Penyampai Suria iaitu Datuk Fizz Fairuz, Suraya Borhan, Chiwan, Kai dan DJ Lin akan hadir untuk memeriahkan acara pada hari tersebut.
Selain penyampai Suria, barisan artis seperti Hakim Khan, Agy, Ayish Malqan, Syazwan Shuhaimi, Monocort, Atilia Haron, Suki Low, Ezra Kairo, Zubir Khan, Iman Troye, Black Hanifah, Dayang Nurfaizah, Kristal X dan Ruffedge serta ramai lagi akan hadir menjayakan Countdown to 2025 Suria x the Curve.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, acara tersebut merupakan satu perayaan yang tidak hanya menyambut tahun baharu, tetapi juga bagi merai sambutan ulang tahun The Curve yang ke-20.
“Sepanjang hari tersebut, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan, antaranya, Food Festival yang menawarkan pilihan makanan viral dan popular seperti Suka Dessert, Sushika, Ayaq Gantung, Gulacakery, dan banyak lagi.
“Selain itu, pengunjung juga dapat menyertai sesi Body Combat bersama Fitness First juga pertunjukan bunga api. Sebelum detik 12 tengah malam, pengunjung yang hadir ke Piazza, The Curve akan dihiburkan oleh pelbagai penyanyi,” katanya.
Untuk mengetahui maklumat tentang acara tersebut, boleh layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:
Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia serta Berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7.