Rara atau Sharifah Shahirah kini tidak lagi bertugas sebagai penyampai Suria FM.

Oleh: Khadijah Ibrahim

BARU beberapa hari lalu pengurusan stesen radio Suria FM menguar-uarkan akan ada beberapa perubahan mulai Mei ini. Segmen Suria Petang hanya akan dikendalikan oleh Rara atau Sharifah Shahirah bersama Chiwan sahaja kerana Kai Hassan akan bertugas di waktu pagi untuk Morning Morning Suria menggantikan Suraya Borhan.

Tup..tup pada 13 Februari 2025, pegawai perhubungan awam Suria FM menghantar kenyataan akhbar yang menyatakan Rara atau Shiera sudah menamatkan perkhidmatan dengan stesen tersebut selepas tujuh tahun bersama.

Hubungan rapat antara Rara dengan Chiwan dan Kai Hassan bukan setakat di konti saja.

“Suria FM ingin memaklumkan bahawa Sharifah Shahirah (Rara) membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak beliau sebagai penyampai radio di Suria FM sebaik kontraknya tamat pada 15 Februari 2025.

“Pihak Suria dimaklumkan bahawa Rara mengambil keputusan untuk berehat seketika dan memberi tumpuan kepada dirinya. Kami menghormati keputusan beliau dan yakin Rara akan terus berjaya dalam apa jua yang diceburinya,” katanya.

Sheira juga pernah menjadi pengacara untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Rara atau Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 51, yang ibarat ibu kepada Kai dan Chiwan, rakan sekerja untuk segmen Suria Petang sering bikin kecoh apabila berada di konti.

Sepanjang tempoh bersama Suria FM, Rara telah memberikan komitmen dan sumbangan yang luar biasa, sekali gus menjadi sebahagian daripada keluarga Suria yang sentiasa menghiburkan pendengar setia stesen tersebut.

“Kami amat menghargai segala usaha dan dedikasi beliau dalam menceriakan hari pendengar. Pihak Suria FM mengucapkan terima kasih kepada Rara atas kerjasama yang baik sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” tambahya lagi.

Rara atau Sheira sering diberi tanggungjawab untuk membuat reviu makanan atau lokasi menarik kerana dia juga seorang pempengaruh media sosial popular.

Rata-rata pendengar Suria FM yang memberi komen di Instagram (@shieraijoy), milik Rara melahirkan rasa sedih dengan pengunduran diri pelakon dan pengacara itu.

Ada yang kata sunyilah petang-petang apabila balik kerja menghadap kesesakan jalan raya, tak ada lagi gelak tawa Chikara. Apapun pandangan netizen itu adalah pilihan masing-masing kerana Suria FM tetap beroperasi seperti biasa.

Previous articleErti Sebuah Senyuman!
Next articleRezeki Siti Nordiana bakal berduet dengan Udit Narayan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here