Oleh : Syed Wafa
Foto : Ehsan Concorde Hotel, Kuala Lumpur
Inilah saat paling indah dan ditunggu-tunggu oleh pengunjung, Concorde Hotel, Kuala Lumpur di bulan Ramadan ini hidupkan kembali semangat ‘Balik Kampung’ dengan bufet malam ‘Bergema Sepanjang Malam’ yang akan berlangsung dari 2 hingga 30 Mac 2025 akan datang.
Pengunjung akan dapat selami rasa nostalgia masakan tradisional kampung secara eksklusif dengan cita rasa kulinari moden yang pasti meninggalkan pengalaman yang menyenangkan.

Bufet yang begitu enak ini membawa intipati makanan ala kampung asli di tengah-tengah bandar. Nikmati menu-menu masakan klasik Melayu seperti Asam Pedas Daging Tetel, Rendang Tok, Gulai Tunjang, Nangka Masak Lemak Ikan Bilis, Sambal Tumis Udang Petai, Pajeri Nenas dan Siput Sedut Masak Lemak, antara lauk-pauk istimewa yang disediakan oleh Chef Arif Ibrahim.
Menu-menu yang sungguh istimewa antaranya seperti Telur Itik Masak Lemak, Gulai Ketam Nipah, Sup Gearbox dan Sup Ekor yang enak iaitu menu yang begitu terkenal di hotel ini, di samping Kari Kepala Ikan yang berperisa, semuanya disediakan dengan teliti untuk membangkitkan kehangatan makanan iaitu selera ala ‘home-cooked’.

Selain hidangan tradisional, bufet ini menampilkan masakan ciptaan inovatif seperti Asam Pedas Ikan Salmon, sentuhan moden pada lauk yang klasik.
Nikmati juga makanan di gerai yang memasak secara langsung ‘live cooking’ yang menawarkan pelbagai masakan daripada Kambing Panggang dengan Nasi Briyani, Murtabak, Roti Sarang Burung hingga ke BBQ Teppan yang menyajikan stik yang enak dan makanan laut yang paling segar.
Pencinta makanan laut pasti teruja dengan susunan ‘Seafood on Ice’ pelbagai makanan laut, antaranya tiram (oyster), kupang, udang dan siput buluh (bamboo clams).

Para tetamu juga boleh menikmati hidangan istimewa tempatan yang disediakan seperti Mee dan Kuey Teow Kawah, bersama Laksa Johor, Murtabak Ayam, dan Roti Canai Sarang Burung. Sorotan Barat, Pasta Roda Keju Berkrim, menawarkan hidangan mewah dan berkrim untuk penggemar pasta. Pengunjung sudah pasti rambang mata untuk membuat pilihan.
Bagi mereka yang teringin masakan ala Thai dan Cina, bufet ramadan ini termasuk bahagian yang khusus untuk menyajikan Sayur Campur Tumis Thai, Udang Kari Merah Thai, Daging Cincang bersama Daun Selasih (Pad Kra Pao), Makanan Laut Tom Yum yang sentiasa popular, Kam Heong Lala Clam, Ayam Kung Pao, Daging Lembu dengan Halia dan Bawang dan Ikan Siakap Kukus Thai.

Sajian pencuci mulut yang ditunggu tunggu menampilkan Serawa Durian yang kaya dan berkrim, diperbuat daripada durian premium D24 dan Musang King disajikan bersama manisan lain seperti ABC Ais Kacang, dan Cendol, Puding Mangga, Pengat Sago Pisang, Bubur Kacang Merah, Bubur Pulut Hitam, Ais Krim Potong dan banyak lagi pilihan lain.
Green Thai Tea, Jagung Ketagih, Ribena Laici, Limau Asam Boi, Sirap Bandung Soda serta minuman panas yang sungguh sinonim dengan Melting Pot – Nescafe Tarik dan Teh Tarik boleh turut dinikmati.


Bufet malam ‘Bergema Sepanjang Malam’ disediakan pada harga RM198 bersih seorang. Kami menawarkan harga RM178 bersih seorang pada hari istimewa, 2 – 4 Mac dan 28 – 30 Mac. Untuk kanak-kanak berumur 6 – 11 tahun, nikmati diskaun 50%.
Untuk menambahkan suasana meriah malam, tetamu akan dihiburkan oleh band Batak Bergema 5 sepanjang malam, mewujudkan suasana perayaan yang menghimpunkan orang ramai. Jemput datang bersama keluarga, rakan taulan untuk berbuka puasa di sini. Bagi mereka yang ingin menganjurkan majlis korporat, boleh juga emel kepada [email protected]

Untuk tempahan berbuka puasa, sila hubungi Melting Pot Café, Concorde Hotel, Kuala Lumpur di talian : 03-2717 2233 dan 012399 0734.

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.