Oleh: Nafsiah Jani
Tercari-cari tempat berbuka puasa pada bulan Ramadan nanti dengan menu yang enak pada harga berpatutan? Jangan risau, Restoran Rasa Rosz yang mempunyai dua cawangan ada menyediakan menu yang anda inginkan. Nak tahu lebih lanjut, sila kunjungi Restoran Rasa Rosz AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau Restoran Rasa Rosz, IOI City Mall Putrajaya.
Sempena Ramadan ini, Restoran Rasa Rosz menyediakan tiga pilihan set yang boleh dimakan berdua iaitu Set Talam Ayam Golek, Set Talam Darat dan Set Talam Laut.
Kata Cef Bob Azran yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai Cef,โAntara hidangan yang terdapat dalam set-set talam ini mengikut set talam pilihan antaranya ayam golek, slow roasted marinated beef ribs, udang masak nenas, kerabu mangga, ulam-ulaman, dua jenis kuih, sambal belacan, air asam serta dua jenis sos. Setiap set juga turut disediakan nasi dan air pilihan iaitu katira, jagung dan freezy bandung.โ
Mungkin masih terasa tidak puas atau tidak cukup kenyang, cubalah juga hidangan pencuci mulut pisang goreng bersama ice cream, milky peach ataupun ice sea coconut longan. Hidangan ini sangat enak jika dinikmati bersama teh tarik, matcha latte gula Melaka sejuk dan panas, terdapat juga minuman panas matcha latte dan matcha latte gula Melaka float.

Jika inginkan kelainan ketika menikmati hidangan cubalah nikmati air terbaru Peach Laici. Gabungan rasa peach dan laici yang unik dan menarik ini turut dimasukkan biji selasih bagi menyegarkan tubuh dan baik untuk kesihatan.
Selain Peach Laici, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan antaranya Epal Asam Boi, Sweet Splash, Calamansi Asam Boi, Tembikai Laici, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.
Antara makanan sihat yang lain termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi. Menu-menu baru ini juga ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam setiap hidangan.
Bagi yang ingin mengetahui setiap hidangan di Restoran Rasa Rosz cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.
Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Ayam Krispy Buttermilk, Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer,Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.
Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang sedia ada. Antara menunya adalah Mi Racun Tulang, Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.
Bagi yang ingin berbuka puasa bersama keluarga, bersama orang tersayang atau rakan-rakan, kunjungilah Restoran Rasa Rosz di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau hubungi 013-8082772 (call/ whatsapp). Manakala untuk tempahan Restoran Rasa Rosz, lot L3-210, Level East Wing di IOI City Mall Putrajaya bolehlah hubungi 012-8217714.

Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitanย Utusanย Karya.