Oleh: Khadijah Ibrahim
KUMPULAN Dolla beruntung kerana dapat bekerjasama dengan penyanyi dan rapper dari Thailand iaitu Tobii yang bernaung di bawah label De Jam Thailand, sementara Dolla merupakan artis naungan Universal Music Malaysia.
Mereka disatukan dalam lagu berjudul “Bad Girls Like You” yang merupakan nyanyian asal oleh Tobii. Lagu berirama Afro Beats itu telah mencetuskan fenomena di internet. Sensasi Thai-Swiss, yang juga dikenali sebagai Tobias Phuwanai Mattmueller, telah menarik perhatian global dengan lagu hit tersebut.
Lagu ini telah memberi inspirasi kepada pengaruh TikTok di seluruh dunia, memulakan cabaran tarian viral yang cepat menguasai media sosial. Dengan 3.9 juta klip yang dihasilkan oleh pengguna dan lebih 54.3 juta tontonan.

“Bad Girls Like You” menjadi fenomena global, sekali dengan mengukuhkan nama Tobii dalam industri muzik. Kejayaan viral ini bukan sahaja meraih perhatian peminat muzik, tetapi juga memperkenalkan bunyi Afro Beats yang segar kepada audiens yang lebih luas.
Kejayaan viral ini telah menempatkan nama Tobii di kalangan peminat muzik Thai, terima kasih kepada gabungan unik AfroBeats dan R&B beliau, yang sering menceritakan kisah wanita sensual namun ceria.
Kini, beliau sedang membawa kejayaannya ke peringkat yang lebih tinggi dengan berkolaborasi bersama Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby dan Angel untuk mengeluarkan versi Inggeris bagi lagu “Bad Girls Like You”.

Versi baharu ini bertujuan untuk memperluaskan jangkauan lagu tersebut secara global dan memperkenalkan bunyi unik Tobii kepada audiens yang lebih luas.
“Sungguh satu penghormatan bagi kami. Saya rasa pasukan kami dan Tobii bekerjasama dengan baik, dan mereka menjemput kami untuk bergabung dalam lagu ini, versi Inggeris.
“Kami sangat bersyukur atas jemputan ini dan sangat teruja menjadi sebahagian daripada lagu ini. Ia adalah pengalaman yang hebat mencuba sesuatu yang baru, terutamanya untuk Dolla, dan lagu ini sangat sesuai dengan kami.

“Dolla pernah bertemu dengan Tobii sebelum ini, dan dia seorang yang sangat baik. Harap, ini akan membawa lebih banyak kolaborasi antarabangsa dengan artis lain pada masa hadapan,” jelas Tabby.
Sementara itu, Sabronzo pula berkata, mereka tidak menghadapi masalah sewaktu rakaman lagu “Bad Girls Like You” kerana masing-masing tahu peranan masing-masing.
“Proses rakaman untuk versi Inggeris “Bad Girls Like You” berjalan dengan lancar. Kami bekerjasama untuk membahagikan lirik dan menentukan arah yang ingin kami ambil untuk bahagian vokal kami, dan saya rasa ia mencerminkan rasa Dolla,” ujarnya.
Selepas bekerjasama dengan Tobii, Angel berharap Dolla dapat mendendangkan lagu tersebut bersama Tobii dalam satu persembahan di masa depan, terutamanya di Thailand.

Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia serta Berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7.