Andi Bernadee kembali dengan lagu "Inikan Hari Raya" untuk tahun ini.

Oleh: Khadijah Ibrahim

DUA tahun lalu Andi Bernadee tidak sempat membuat persiapan dan terpaksa “Raya Last Minit” bersama dengan Ryan Bakery. Tahun ini Andi atau nama lengkapnya, Andi Azrul Andi Mapangile, 34, sudah bersedia untuk menyambut Aidilfitri.

Kali ini Andi yang bernaung di bawah Universal Music Malaysia tampil menyanyikan lagu raya secara solo iaitu “Inikan Hari Raya” ciptaan Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K. Manakala lirik lagu ini turut mendapat sentuhan lirik nukilan Andi Bernadee sendiri bersama Hanis Rafi, Firdaus Rahmat serta Omar K juga.

Lagu yang menggabungkan elemen moden dan tradisional ini dijangka akan memberi kelainan serta menyemarakkan lagi suasana perayaan dengan irama yang catchy dan menghiburkan.

Lagu ini menggabungkan elemen moden dan tradisional.

Menurut Andi, proses rakaman lagu ini melibatkan dua kali sesi di studio. Pada sesi pertama, beliau merakamkan vokal utama sebagai demo untuk merasai ‘feel’ lagu tersebut.

“Dari situ, saya dan komposer berbincang tentang muzik, adunan, dan lirik yang sesuai. Hanya selepas itu, kami melakukan rakaman kali kedua dengan segala keputusan yang telah disahkan,” katanya mengenai proses rakaman yang teliti ini.

Andi berharap agar para pendengar dapat menikmati lagu “Inikan Hari Raya” dengan sepenuh hati.

Kali ini Andi bekerjasama dengan Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K.

“Saya ingin semua pendengar untuk mendengar, layan, nikmati, dan hayati lagu ini. Selain daripada suasana ceria hari raya, lagu ini juga mengandungi unsur nasihat.

“Ia menggambarkan suasana sebuah keluarga yang pulang ke kampung halaman, serta pelbagai peristiwa yang terjadi dalam persiapan dan sambutan hari raya. Situasi ini pasti berlaku di mana-mana, dan saya percaya ia dapat dirasai oleh semua orang,” jelas Andi.

Berkongsi tentang pengalamannya bekerja dengan individu lain dalam menghasilkan lagu ini, Andi menyatakan beliau sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Andi harap lagu “Inikan Hari Raya” dapat memghibur semua pendengar.

“Bagi saya, perkara ini sudah menjadi biasa. Saya lebih suka bekerja dengan mereka yang suka berbincang, berkongsi idea, dan menerima idea-idea dari saya atau pasukan saya. Kolaborasi yang baik akan menghasilkan karya yang lebih sempurna dan berkualiti,” tambahnya lagi.

Andi berharap lagu “Inikan Hari Raya” dapat memberikan hiburan kepada para pendengar, terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri.

“Seperti biasa, saya berharap lagu ini dapat menghiburkan semua pendengar dan memberi sedikit keceriaan dalam meraikan Aidilfitri,” kata Andi penuh harapan untuk lagu yang dilancarkan pada 28 Februari lalu.

Previous article“Tak Balik Raya” single raya pertama Umairah
Next articleHidangan Set Talam Restoran Rasa Rosz dapat sambutan hangat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here