Oleh : Syed Wafa
Inilah saat yang paling ditunggu oleh pengunjung, festival No.1 negara iaitu Starvendors akan kembali meriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. Kali ini, festival ini akan berlangsung di lokasi baru yang lebih menarik di KL Base, Lapangan Terbang TUDM, Sungai Besi, dengan konsep “Indoor” dan “Outdoor” yang menjanjikan lebih banyak aktiviti untuk seluruh keluarga.
Festival ini akan diadakan selama 80 jam tanpa henti bermula dari 20 hingga 24 Mac 2025. Starvendors KL Mega Raya Fest 2025
merupakan penganjuran kali ke-16 sejak 2019.

Menariknya tahun ini, konsep “Indoor” akan memfokuskan kepada persiapan Raya, manakala konsep “Outdoor” pula khas untuk pencinta makanan, dengan waktu operasi bermula dari jam 3 pagi 20 Mac sehingga 6 pagi setiap hari.
SPayLater juga akan menjadi Rakan Pembayaran Eksklusif untuk Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. Dengan kemudahan “Buy Now, Pay Later”, pengunjung dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih fleksibel dan mudah sepanjang festival ini.

Dato’ Saripah Raziah atau Ifa Raziah, Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd, yang juga seorang artis versatil terkenal, berkata bahawa Starvendors bertekad untuk terus memberi peluang kepada usahawan industri kecil dan sederhana serta selebriti untuk mengembangkan jenama mereka melalui platform ini.
“Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Starvendors juga akan menjelajah ke beberapa lokasi di seluruh Malaysia, termasuk Melaka, Pahang, Pulau Pinang, dan Perak dengan konsep Starvendors Foodstival yang sama. Acara ini akan berakhir pada ke-20 pada
penghujung tahun 2025,” kata Ifa.

Fest 2025. Dengan kemudahan “Buy Now, Pay Later”, pengunjung dapat menikmati pengalaman
membeli-belah yang lebih fleksibel dan mudah sepanjang festival ini.
Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 juga akan menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat solat, tempat berbuka puasa, dan sahur yang selesa. Pengunjung boleh membeli-belah sambil menikmati pelbagai aktiviti kekeluargaan pada waktu malam, termasuk kereta berhias, pertunjukan lampu, dan persembahan daripada artis-artis terkenal.
Festival ini turut menyaksikan penyertaan 50 artis terkenal tanah air yang akan membuka “booth‟ dan menjual produk mereka sendiri. Antara artis yang terlibat termasuklah Dato Sri Siti Nurhaliza, Kak KM, Dato Fizz Fairuz, Dato’ Afdlin Shauki, Chacha Maembong, Siti Sairah, Ako Mustapha, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Agy, Prince Syed & Fatin, dan ramai lagi.

Pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk mendapat Hujan Duit dan goodie bags bernilai lebih RM100,000. Bukan itu sahaja, pengunjung dari seluruh Malaysia, termasuk Brunei, Singapura, dan Indonesia, dijemput hadir untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025.
Selain artis-artis terkenal, SPayLater juga akan memudahkan pengunjung dengan kaedah pembayaran yang Patuh Syariah. Pengunjung boleh membeli barang keperluan anda dan bersedia untuk Hari Raya dengan hanya satu klik, di semua kedai yang terdapat di Star Vendors KL Mega Raya Fest!

Pengunjung boleh memilih untuk bayar bulan depan dengan 0 caj, atau secara ansuran sehingga 12 bulan dengan diskaun eksklusif SPayLater! SPayLater, bayar dengan fleksibiliti, berbelanja dengan bijak.
Lobak Merah, World of Buzz, Demalayan Event, Ruang Rama, dan Hitman Group turut serta sebagai rakan media dan rakan strategik dalam menjayakan festival ini.

Ifa Raziah juga menambah, “Festival kali ini melibatkan selebriti dari pelbagai generasi, dari yang senior hingga kepada BBNU, termasuk influencer terkenal. Setiap artis mempunyai peminat tersendiri, dan kami percaya ia akan memberi peluang terbaik kepada semua
yang terlibat.
“Harapan saya untuk tahun ini adalah kita semua dapat bangkit bersama, termasuk usahawan-usahawan dan rakan-rakan selebriti, untuk terus maju ke hadapan. Tagline festival : Starvendors Pasti Mega!” ujar Ifa lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Starvendors KL Mega Raya Fest 2025, tempat di mana kegembiraan, pembelian dan keseronokan bertemu untuk persiapan raya tidak lama lagi!

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.