Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato' Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail ( dua dari kanan) dan isteri bersama Menteri Perpaduan Negara ketika menyampaikan sumbangan pada wakil keluarga Asnaf.

Oleh : Nafsiah Jani

Meriah sungguh majlis Amal Iftar Perdana Family Of Charity yang dirasmikan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang bertempat di Dewan PPR Hiliran Ampang.

Menjunjung kasih Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail, Penaung Diraja Persatuan Sinaran Hidup (Family Of Charity- FOC)), yang telah berkenan berangkat ke majlis ini.

Timbalan Pengerusi NGO Persatuan Sinaran Hidup, Meor Arif Afiq ketika memberi ucapan berkenaan majlis Iftar Perdana Family Of Charity.

Turut bersama dalam majlis ini ialah Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohamat Din, selaku Penasihat Diraja Biro Sukarelawan Persatuan Sinaran Hidup (Family Of Charity), Datuk Shariffah Maznee Al-Attas Haji Syed Noor Osman, Pengasas Persatuan Sinaran Hidup (Family Of Charity) dan Meor Arif Afiq (Timbalan Pengerusi NGO Persatuan Sinaran Hidup.

Sejumlah sumbangan bernilai kira-kira RM100,000.00 telah diagihkan dalam bentuk bakul makanan, barangan “Back To School”, serta duit raya kepada 400 penerima bantuan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa hari lagi.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menyampaikan ucapan.

Datuk Shariffah Maznee Al-Attas Haji Syed Noor Osman berkata, majlis ini diadakan hasil usaha bersama pelbagai pihak dalam tempoh yang singkat.

“Hari ini kami bersama-sama dengan 400 tetamu yang hadir di Dewan PPR Hiliran Ampang, termasuk Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, Penaung Diraja kami, Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis, serta Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis. Majlis ini berjaya dianjurkan hasil kutipan sumbangan yang dikumpulkan sejak dua hingga tiga minggu lalu.

Kanak-kanak begitu teruja menerima duit raya.

“Alhamdulillah, sebanyak 300 pasang baju sekolah telah disumbangkan, dengan nilai keseluruhan kira-kira RM60,000. Ini sangat membantu anak-anak yang akan kembali ke sekolah selepas Aidilfitri.”

Beliau juga menekankan bahawa NGO FOC ini telah lama menjalankan inisiatif kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

“Sudah lebih 10 tahun kami aktif mejalankan kerja-kerja kebajikan ini. Kami juga bersyukur kerana turut dibantu rakan-rakan strategik daripada beberapa kementerian termasuk Kementerian Pembangunan Wanita dan Kementerian Perpaduan Negara. Selain itu, kami turut melaksanakan pelbagai program termasuk Projek Rintis Kit Kemiskinan Haid, Jelajah Kasih Keluarga Malaysia, serta beberapa inisiatif di Sabah dan Sarawak bagi memastikan bantuan menyeluruh dapat diberikan kepada golongan memerlukan.”

Turut disampaikan sumbangan baju raya.

Ketika ditanya mengenai jumlah keseluruhan kutipan dana untuk majlis ini, beliau menjelaskan,“Dalam tempoh tiga minggu sahaja, kami berjaya mengumpulkan kira-kira RM140,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan. Alhamdulillah, masyarakat Malaysia sangat pemurah, terutama dalam bulan Ramadan ini, di mana ramai tampil memberikan sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.”

Bercakap mengenai perancangan akan datang, kata Shariffah Maznee lagi, “Kami merancang untuk menganjurkan Majlis Aidilfitri Perdana yang akan diadakan bulan hadapan di sekitar Lembah Klang. Kami menjangkakan seramai 500 penerima akan terlibat, dengan kerjasama pelbagai kementerian dan pihak berkepentingan. Perbincangan sedang dijalankan, dan kami berharap program ini dapat memberi lebih banyak manfaat kepada mereka yang memerlukan.”

Penyerahan sijil penghargaan kepada penaja.
VVIP bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.

Beliau turut menyatakan penghargaan atas sokongan Penaung Diraja terhadap NGO ini,“Sebagai rakyat biasa, kami amat bersyukur atas kesudian Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis menjadi Penaung Diraja kepada Family Of Charity. Kami juga berbesar hati kerana Majlis Zikir Malaysia yang dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan Yang Amat Mulia Tengku Perlis sentiasa menyokong inisiatif kebajikan kami. Kepercayaan yang diberikan ini adalah satu amanah yang kami pikul dengan penuh tanggungjawab.”

Majlis ini turut menyantuni anak-anak yang tidak bernasib baik dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama serta golongan B40 dari pelbagai kawasan di Lembah Klang, termasuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Flat Sri Cheras, dan beberapa rumah kebajikan.

Ceria…terpancar wajah keriangan penerima-penerima sumbangan bakul raya dan duit raya daripada Persatuan Sinaran Hidup.
Previous articleAwie ada pelbagai rancangan termasuk mengadakan mini konsert di penjara
Next articleRahsia gandingan mantap lakonan Latifah Omar dan Nordin Ahmad!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here