Oleh : Nafsiah Jani
Patutlah setiap kali bekunjung ke Restoran Rasa Rosz yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan Restoran Rasa Rosz IOI City Mall Putrajaya lot L3-210, Level East Wing sentiasa saja dipenuhi pelanggan. Selain menunya yang pelbagai, sedap, harganya yang cukup berpatutan dan servis yang tip top membuatkan Restoran Rasa Rosz sentiasa menjadi pilihan.
Suasana restoran dan ruang makannya yang begitu selesa, tenang dan damai membuatkan ramai yang memilihnya sebagai tempat untuk berkumpul seisi keluarga dan sebagai tempat bersantai. Ditambah pula dengan suasana tempat mewah tapi pada harga `Rahmah’.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, dia bersyukur kerana kedua-dua restorannya mendapat sambutan yang hangat sepanjang bulan puasa lalu.
“Syukur pada Allah kerana menu yang kami perkenalkan sepanjang bulan puasa mendapat tempat di hati pelanggan seperti hidangan Set Talam. Mana tahu, mungkin saya akan buat penambahbaikan lagi menu-menu set talam agar menepati citarasa semua orang tak kira peringkat umur dan golongan.
“Seperti biasa menu di IOI City Mall Putrajaya ini, kami lebih tekankan kepada pemakanan sihat dan berasaskan sayuran. Disini juga ada tambahan lebih 13 jenis menu baru iaitu makanan sihat yang sesuai untuk mereka yang nak berdiet. Hidangan ini sedap dan berkhasiat sepertimana yang saya amalkan dirumah.

“Antara makanan sihat yang lain termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi. Ada rezeki, outlet ketiga mungkin di KLCC dan keempat juga akan menyusul selepas ini.”
Rozita Ramelan menambah, dia juga bersykur kerana bisnes restorannya semakin dikenali dan dapat bertahan seperti sekarang ini.
“Syukur pada Allah, pelanggan dah semakin mengenali Restoran Rasa Rosz. Mereka juga menyukai menu yang kami hidangkan kerana ada pelbagai menu sihat dan berkhasiat yang rasanya seperti makan hidangan disediakan emak di kampung.

“Bukan mudah untuk bertahan seperti sekarang ini terutamanya dalam bisnes makanan. Semuanya bukan pasal ekonomi sahaja, tapi juga kita kena fikirkan membuka restoran di tempat yang ada banyak permintaan, cabaran operasi dan adakah kutipan akan dapat cover semula untuk bayar segala kos-kos.
“Saya juga bertuah kerana sudah ada pelanggan tetap yang sentiasa menyokong bisnes kami. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan ditempat kami termasuk dari Singapura. Harapan saya dalam masa lima tahun restoran ini akan berkembang dengan pesat dan saya juga dikenali sebagai pengilang dan peruncit produk-produk muslim.”
Sementara itu, Cef Bob Azran yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai Cef turut menambah, “Menu-menu yang saya ketengahkan dikedua-dua restoran ini ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam hidangan. Selain hidangan biasa, kami juga tampilkan hidangan barat dan citarasa Malaysia. Kalau nak tahu rasanya, jemput datang ke Restoran rasa Rosz”

Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.
Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia
Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.
Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Selain Calamansi Asam Boi, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan. Iaitu Tembikai Lychee, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.
Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan boleh hubungi Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (013-8082772 -call / whatsapp) dan Restoran Rasa Rosz IOI City Mall, Putrajaya (hubungi 012-8217714) yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.