Oleh: Nafsiah Jani
Mungkin bagi sesetengah wanita hanya menjaga penampilan wajah dan melupakan anggota ketiak yang juga salah satu anggota cukup penting mencerminkan penampilan dan keperibadian seseorang.
Bukan sahaja wanita, kaum lelaki juga ingin mempunyai ketiak yang cerah, bersih dan tidak hitam. Ketiak hitam dikaitkan dengan bulu ketiak selalu dicukur, dicabut, pakaian yang ketat dibahagian ketiak dan penggunaan deodorant yang tidak sesuai dan mengandungi kimia menyebabkan terhasilnya melanin iaitu pigmen penghasil warna kulit secara berlebihan dengan sel kulit mati yang menyebabkan ketiak gelap.
Antara penyebab lain kulit ketiak menjadi gelap adalah penggunaan pencukur dan krim pencukur. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menukar pencukur kepada kaedah waxing. Ini kerana, kaedah tersebut hanya memotong rambut di permukaan yang menjadikan pertumbuhan semula rambut menjadi lebih tebal dan kasar.
Ketika hitam juga menyebabkan anda segan untuk memakai baju yang tidak berlengan. Untuk mengatasi masalah ini. Ada banyak cara untuk mengelakkan atau mengembalikan tona warna bawah lengan yang sudah mula menggelap agar kembali cerah dengan kaedah moden dan tradisional.

Dibawah ini kami paparkan beberapa petua yang boleh anda amalkan. Selamat mencuba.
- Jemur dan keringkan kulit limau selepas habis dimakan isinya. Kisar kulit limau hingga halus, lalu campurkan dengan air mawar hingga menjadi pes. Kulit limau kaya dengan asid sitrat dan sesuai untuk disapukan dibawah ketiak untuk mencerahkannya. Lakukan sekerap mungkin dan anda akan gembira dengan hasilnya.
- Selain menghilangkan lingkaran bawah mata, timun juga dapat mencerahkan ketiak atau bahagian mana kulit yang kelihatan hitam. Kisar halus timun dan jadikan masker bawah ketiak, biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air sejuk. Selain cerahkan ketiak ia juga dapat melembapkan kulit.
- Baking soda juga berfungsi sebagai ejen peluntur, menghilangkan bau, mengurangkan peluh yang berlebihan dan menghilangkan rasa gatal. Ambil satu sudu baking soda yang diletakkan sedikit air. Kemudian jadikan masker bawah ketiak dan biar seketika dan selepas 15 minit barulah dibilas dengan air bersih.
- Kandungan anti-radang yang terdapat dalam kentang juga dapat mengurangi rasa gatal akibat mencukur dan tidak menimbulkan kesan ruam atau kemerahan.Parut kentang dan lumurkan di sekitar ketiak. Selepas 10 minit bilas menggunakan air sejuk. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
- Bersihkan ketiak dengan sabun dan selepas itu dilap sehingga betul-betul kering. Kemudian sapu nipis kapur sirih dan biarkan selama 30 minit. Ambil kain bersih yang telah dicelup air suam untuk mencuci kesan kapur pada ketiak.Lakukan dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang menakjubkan.
- Kunyit hidup merupakan bahan yang sinonim digunakan untuk proses pencerahan. Lumurkan pes kunyit pada ketiak yang telah dicampurkan bersama 2 sudu lemon dan biarkannya selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.
- Vaseline juga dapat membantu anda untuk mendapatkan ketiak yang cerah.Selepas mandi selalulah sapu Vaseline dan begitu juga ketika ingin tidur. Anda akan gembira dengan hasilnya.
- Bagi mencerahkan ketiak atau bahagian mana yang hitam seperti celah peha, pelipat tangan dan kaki, gunalah tawas yang berbentuk seperti garam berbentuk kristal ini. Hanya sapukan tawas pada bahagian tersebut. Insya-Allah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
- Baby oil juga dapat membantu mencerahkan kulit ketiak yang gelap akibat sel-sel kulit mati dan sisa-sia deodorant di ketiak. Pastikan ketiak bersih dan kering. Sapu dan urut baby oil perlahan-lahan selama dua minit bagi membantu baby oil meresap terus ke dalam kulit. Jika digunakan secara konsisten baby oil membantu menghilangkan sisa-sisa wangian dan membuat pori-pori kulit di ketiak tidak tersumbat.
- Lemon atau oren mengandungi vitamin C yang boleh memutihkan kulit ketiak dan membuang semua kesan hitam dekat bawah lengan. Anda boleh gunakan kulit oren atau lemon untuk membuat pes yang boleh digunakan sebagai scrub.

Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.