Oleh: Nafsiah Jani
Bawang merah atau nama saintifiknya allium cepa L tela digunakan dalam perubatan untuk merawat pelbagai penyakit termasuk rawatan tradisional. Boleh dikatakan hampir semua jenis masakan di Malaysia memerlukan bawang merah. Namun, tidak ramai individu mengetahui tentang khasiat dan manfaat bawang merah kepada kesihatan manusia.
Selain serat dan antioksidan, bawang merah juga rendah kalori, hanya 45 kaloi dalam setiap 100 gm. Bawang merah juga kaya dengan vitamin, C, sulfur, zat besi, potassium, fosfor, kalsium dan mangan.
Perlu diingat untuk mendapatkan khasiat bawang merah, seharusnya ia di makan mentah kerana setelah dimasak, sebatian kimianya sudah berubah. Menurut sebuah kajian kandungan sebatian organosulfur dalam bawang merah adalah agen antiplatelet yang mendorong berlakunya darah beku apabila seseorang itu tercedera. Pengambilan bawang merah dikatakan dapat merencatkan platelet dan seterusnya mengurangkan risiko seseorang terkena penyakit kardiovaskular.
Disebabkan khasiat bawang mentah ini, tidak hairanhlah sekiranya kita memesan sate akan dihidangkan bersama timun dan bawang mentah sebagai ulam sampingan selain kuah kacang,
Menurut kajian Unniversiti China di Hong Kong menyatakan bahawa jika bawang merah ini dimakan setengah biji setiap hari ia mampu menaikkan kolesterol baik (HDL) sebanyak 30 peratus dan mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam badan.
Teknik merebus bawang juga boleh menghilangkan khasiat bawang sehingga 22% dan begitu juga ketika menggoreng bawang yang boleh mengurangkan khasiat hampir 30%. Jadi untuk mendapatkan khasiat bawang yang sepenuhnya, pastikan jangan buang kulit bawang dan banyaklah makan bawang mentah untuk mendapatkan khasiatnya.

Disini kami paparkan beberapa manfaat yang boleh diperolehi daripada bawang merah ini:-
- Kulit bawang merah mengandungi kuersetin dan bertindak sebagai agen antitekanan atau anti kemurungan bagi pesakit. Makanlah bawang merah mentah setiap hari bersama kulitnya bagi mereka yang mencari ubat bagi mengatasi masalah kemurungan.
- Vitamin dan sulfur yang ada pada bawang merah dapat melindungi tangan dan kulit daripada berkedut serta mengekalkan keanjalan kulit. Caranya dengan sapu kulit bawang merah pada bahagian kulit bagi meningkatkan peredaran darah.
- Kandungan sulfur dan Vitamin E yang terkandung pada bawang merah sangat baik untuk mata. Zat tersebut mampu merangsang produksi protein glutathione, yang berperanan sebagai antioksidan.
- Untuk dapatkan khasiat bawang merah, makan bawang merah mentah bersama kulitnya sekali seperti ulam yang dimakan bersama nasi. Kandungan kuersetin dalam bawang merah dikatakan dapat menurunkan kandungan gula dalam darah yang menjadi tinggi selepas makan.
- Bawang juga dipercayai dapat menyokong pertumbuhan tulang yang kuat. Ia juga dapat mengurangkan tekanan oksidatif, meningkatkan tahap antioksidan dan mengurangkan tulang dengan mencegah osteoporosis serta meningkatkan ketumpatan tulang.
- Bawang mengandungi vitamin A,C dan E yang berupaya melawan kerosakan disebabkan sinaran UV dan pengumpulan radikal bebas di dalam badan. Di samping membekalkan antioksidan ia juga merangsang penghasilan antioksidan serta membantu membuang toksid di dalam badan. Proses ini sekaligus membantu melambatkan proses penuaan.
- Bagi kaum lelaki pula,bawang merah mentah juga dapat meningkatkan keinginan seksual dan sekaligus menghasilkan jumlah sperma yang banyak. Caranya campur satu sudu air perahan bawang merah dan satu sudu air perahan halia dan minum 3 kali sehari. Anda akan gembira akan hasilnya.
- Untuk melegakan rasa sakit akibat sengatan serangga tersebut, cuba ambil beberapa hirisan bawang merah dan lekapkan pada kawasan gigitan tersebut. Insya-Allah hasilnya cukup menakjubkan.
- Ekstrak air bawang merah juga dikatakan dapat hapuskan masalah kutu kepala dan rambut gugur. Caranya ambil sedikit minyak zaitun dan campur bersama air bawang merah. Sapu campuran tersebut ke kulit kepala dan biarkan semalaman. Bilas dengan air bersih dan anda akan gembira dengan hasilnya. Selamat mencuba.
- Bawang merah juga dipercayai dapat mengurangkan risiko kanser seperti kanser perut dan kanser kolorektal. Kandungan fisetin, quercetin, antioksidan flavonoid juga dipercayai boleh menghalang pertumbuhan tumor.

Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.