Sufian penyanyi yang berpendidikan tinggi.

Oleh : Nafsiah Jani
Foto : Ehsan Sufian Suhaimi/Koleksi Syed Wafa

Pasti ramai tertanya-tanya kelahiran apakah yang ditunggu penyanyi, pelakon, ahli perniagaan dan bekas guru Bahasa Inggeris, Sufian Suhaimi. Kalau semua nak tahu, kini Sufian Suhaimi tengah sibuk menyiapkan album barunya yang dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Pelantun lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi,33, berkata, tak sabar rasanya nak tampil dengan album baru dan harapan saya agar ianya dapat diterima semua peminat.

Antara single Sufian Suhaimi, Harus Aku

“Kali ini banyak pembaharuan yang saya lakukan dan ada pelbagai genre dalam album ini.Diharap album ini dapat diterima sebagaimana album saya sebelum ini pada tahun 2022.

“Walaupun baru melayari bathera rumah tangga awal Mei lalu,namun kami tetap macam selalu. Tapi yang pasti saya gembira kerana akhirnya dapat juga memperisterikan Rania Al Sadat, 25, dan kini kami cukup bahagia kerana tercapai juga impian saya nak kahwin pada tahun ini.”

Cinta Tak Bertepi juga antara single hits anak muda, Sufian Suhaimi.

Sufian Suhaimi dan Rania Al Sadat seorang model dan peguam dinikahkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 2 mei 2025. Pasangan ini mula berkenalan sejak tahun 2022 dan mengikat tali pertunangan pada awal Februari 2025.

Sufian Suhaimi anak kelahiran Mersing, Johor ini juga pernah menerima tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah ke peringkat (PhD) pada tahun 2018. Namun minatnya yang lebih mendalam dalam bidang muzik membuatkan Sufian terpaksa melupakan hasratnya buat seketika kerana ingin fokus pada karier nyanyiannya.

Sufian selepas menerima ijazah sarjana Komunikasi Massa dari UiTM.

Kehebatan Sufian Suhaimi sebagai penyanyi muda tidak perlu dipertikaikan lagi, dengan mempunyai banyak koleksi lagu-lagu hits antaranya Janji, Mengenggam Bahagia, Inikah Dikatakan Cinta, Takkan Merubah, Cinta Tak Bertepi, Terasa Ada, Terakhir, Harus Aku dan Mencuba.

Kehebatan lagu dan vokalnya yang mantap membuatkan muzik video Di Matamu yang dilancarkan di Youtube dalam masa lima hari telah mendapat tontonan sebanyak 4.7 juta orang.

Sufian Suhaimi di hari bahagia bersama isteri tercinta, Rania.

Susulan kejayaan lagu Di Matamu, Sufian juga telah merakamkan kembali lagu tersebut bersama sebuah kumpulan di Indonesia bernama Shima untuk pasaran Indonesia. Lagu yang dirakamkan semula dengan gubahan baru ini diberi tajuk Di Matamu 2.0.

Sepanjang pembabitannya dalam industri muzik, Sufian pernah beberapa kali memenangi anugerah antaranya Anugerah Juara Lagu 2019 (AJL- 33) memenangi kategori Persembahan Terbaik di Matamu dan The Malaysia Book of Records bagi kategori Tontonan Muzik Video Paling Tertinggi di You Tube (Melayu) lagu Di Matamu dan Herald Global’s Asia Awards bagi kategori Peneraju Paling Diminati-Hiburan (Dirinya Sendiri) dan Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35).

Sufian juga berlakon telemovie Aku Tak Raya.

Memiliki vokal yang mantap dan lagu yang popular membuatkan Sufian pernah 10 kali tercalon untuk pelbagai anugerah antaranya pada 2019, Sufian tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 32) bagi kategori Lagu Paling Boom dan Penyanyi Lelaki Paling Popular DuitNow.

Sufian Suhaimi adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Jadi tidak hairanlah pada tahun 2018, penyanyi lagu Terakhir Itu ditawarkan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Namun kesibukan bergelar penyanyi dan pelakon membuatkan Sufian Suhaimi melupakan hasrat buat seketika.

Filem Pemburu Saka yang dibintangi Sufian Suhaimi.

“Ada rezeki saya akan menceburi bidang akademik semula kerana cita-cita saya nak jadi pensyarah. Cita-cita jadi pensyarah ini adalah impian asal saya sebelum masuk dalam bidang nyanyian. Sebab itulah saya sambung ambil Ijazah Sarjana di UiTM pula.

“Tapi, waktu sambung ijazah sarjana, dapat pula tawaran untuk keluarkan lagu. Alhamdulillah, lagu pun disambut baik. Cita-cita itu taklah macam tak jadi, masih ada angan-angan untuk menjadi pensyarah. Mungkin bukan dalam masa terdekat. Insya Allah ada rezeki tak kemana nak mengapai impian saya tu,” ujar Sufian lagi.

Sufian lambang lelaki yang berhati waja dan setia.

Sufian merupakan lulusan institut pengajian tinggi kini juga cukup hebat berkarya melahirkan koleksi puisi Di Matamu Senandika Sufian Suhaimi terbitan Nineflix Resources. Koleksi buku ini memuatkan 66 sajak dan luahan bicara Sufian berdasarkan pengalaman hidupnya, cinta, keluarga, kerjaya dan cita-cita yang dikumpul sejak 2012.

Selain menyanyi, Sufian juga kini turut berlakon bagi mempelbagaikan bidang yang diceburinya. Sufian juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membuat penampilan sulungnya menerusi drama Aku Tak Raya, Kampung Kolesterol, 30 Hari Sebelum Raya, Riuh Raya Kak Mah, Bayang, Nun Mati Bertemu Alif dan filem bertajuk Pemburu Saka (2024).

Previous articleAmira Othman hargai doa dan sokongan peminat
Next articleLagu “Jahat” tapi jiwa Wany Hasrita ‘galau’ sewaktu rakaman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here