Filem superhero 'Keluang Man' bakal temui penonton 29 Mei ini, pasti mengembalikan nostalgia mereka yang membesar dengan siri animasi yang mula bersiaran di TV pada 1998.

Oleh: Khadijah Ibrahim

LEBIH 7,000 peserta yang meliputi semua lapisan peringkat umur menyertai acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, larian superhero Original Pertama Malaysia yang diadakan pada 18 Mei lalu.

‘Keluang Man WONDA Fun Run’ yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur bermula di Menara DBKL itu bagi menambahkan keterujaan penonton sebelum filem live-action ‘Keluang Man’ ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini.

Nas Muammar Zar peneraju utama ‘Keluang Man’ turut menyertai Keluang Man WONDA Fun Run yang diadakan pada 18 Mei lalu.

Sehubungan itu, Astro Shaw membawakan pengalaman filem tersebut menerusi acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, larian superhero Original Pertama Malaysia yang disempurnakan oleh Karakter Keluang Man, Maskot BeBe, dan wakil dari DBKL, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif.

Larian sejauh 5 km bermula 6.45 pagi dengan sesi memanaskan badan dan kemudiannya berlangsung pelepasan flag-off pada jam 7.00 pagi.

Kira-kira 7,000 peserta hadir memeriahkan Keluang Man WONDA Fun Run sejauh 5 kilometer.

Uniknya larian ini menyaksikan peserta tampil dengan memakai topeng Keluang Man dan mereka yang bertuah turut mendapat jersi eksklusif edisi terhad. Tambah mengujakan, ia turut disertai barisan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Sham Sunder, Razzuan Rosli, penyanyi lagu tema Keluang Man, Krisya dan kumpulan S.O.G.

Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya amat berterima kasih atas sokongan teguh peminat Keluang Man serta para peserta larian, dan juga rakan kerjasama Wonda Kopi dan DBKL yang telah merealisasikan acara larian ‘Keluang Man WONDA Fun Run’.

Pelbagai aksi dan gaya dapat dilihat sepanjang larian berlangsung.

“Acara ini bukan sekadar meraikan kemunculan filem ‘Keluang Man’ di pawagam pada 29 Mei nanti, tetapi satu usaha membawa dunia Keluang Man lebih dekat kepada masyarakat.

“Keluang Man mencerminkan keberanian, kekuatan dan ketangkasan, jadi kami mahu nilai dan semangat tersebut mampu menyuntik inspirasi kepada masyarakat Malaysia untuk kekal aktif dan cergas, sekali gus percaya bahawa setiap daripada kita mampu menjadi superhero dalam kehidupan seharian,” ktanya.

Selain larian, peserta juga berpeluang mendapat cabutan bertuah bagi yang bernasib baik.

Selain larian, terdapat juga aktiviti-aktiviti di booth untuk disertai para peserta seperti sesi bertemu dan bergambar dengan barisan pelakon ‘Keluang Man’ dan maskot watak BeBe, persembahan oleh penyanyi Krisya dan S.O.G, cabutan bertuah, jualan ‘merchandise’ Keluang Man, siaran luar oleh radio ERA dan banyak lagi.

Selain itu, mereka yang hadir juga berpeluang menikmati sampel Wonda Kopi Kluang, Wonda-ful Keluang Man burger, dan tawaran menarik daripada Iconic Animation Studio, Fung Keong dan Abstrax.

Larian ini mampu menyuntik inspirasi kepada orang ramai untuk kekal aktif dan cergas.

Dalam pada itu, ‘Keluang Man’ melangkaui layar perak apabila kolaborasi bersama Wonda Coffee dalam menghasilkan air minuman ‘Wonda Kopi Kluang’ berjaya mencatat jualan luar biasa melebihi 2 juta tin dalam tempoh lapan bulan.

Filem ‘Keluang Man’ merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.

Kalah atau menang bukan matlamat utama, yang penting hadir memeriah acara dan berkenalan dengan orang baharu.

Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.

Bakal ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, treler rasmi terakhir telah pun dilancarkan selepas trailer rasmi pertama mencatatkan hampir 10 juta tontonan di platform Tik Tok @astroshawofficial.

Selalunya larian sering disertai oleh keluarga bagi mengisi masa untuk bersama insan tersayang.

‘Keluang Man’ mengisahkan tentang Borhan, seorang pesakit psikiatri, sering melarikan diri dari hospital di malam hari. Apabila sejarah lamanya kian menghantuinya, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula menuju ke arah dendam, dan tanpa sengaja, dalam proses ini Borhan membentuk identiti baharunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.

Previous articleLatihan Pestapora Malaysia, gandingan artis tempatan dan Indonesia
Next articleBolehkah Sambut Hari Ibu? (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here