Oleh : Asmat Fikri
GERD adalah pedih ulu hati yang kerap. Tapi betul ke dari GERD boleh jadi anxiety iaitu keresahan? Ya betul! Menurut Hello Doktor, ada kajian yang mengaitkan antara GERD dan anxiety ini. Walau apapun, mari kita tengok terlebih dahulu apakah tanda GERD dan tanda keresahan ini ada persamaan?
Tanda GERD:
• Rasa pedih di dada anda (pedih ulu hati), biasanya selepas makan, yang mungkin lebih teruk pada waktu malam
• Sakit dada
• Kesukaran menelan
• Regurgitasi makanan atau cecair masam
• Sensasi ketulan di kerongkong anda
Manakala tanda anxiety pula adalah seperti berikut:
1. Rasa berdebar-debar, penat atau tertekan.
2. Perasaan seakan-akan ada bahaya akan tiba, sering panik.
3. Sering bernafas dengan laju.
4. Kerap berpeluh.
5. Tangan menggigil.
6. Sukar fokus selain memikirkan mengenai masalah sedia ada.
7. Mempunyai masalah pencernaan.
8. Sering risau sehingga mengganggu kehidupan harian.
9. Lari daripada masalah atau apa-apa perkara yang menyebabkan kegelisahan.
Perkaitan GERD dan Anxiety
Menurut seperti apa yang dikongsi oleh laman rasmi kesihatan popular iaitu Hello Doktor, gerd dan anxiety ini ada persamaannya. Hasil dari sebuah kajian yang dimuatkan dalam The Cureus Journal of Medical Science, gelisah dan juga kegelisahan (anxiety) mungkin dapat meningkatkan risiko gerd.
Pada tahun 2018, pengkaji di Korea Selatan telah melakukan penilaian terhadap 4 kumpulan besar – 1 kumpulan kawalan manakala 3 lagi menghidap simptom GERD tertentu. Sebenarnya, ada kaitan antara GERD dan anxiety. Mereka mendapati penghidap GERD selalunya lebih gelisah, tertekan dan mungkin menghidap depresi.
Malah, ada banyak lagi kajian lain yang membuktikan simptom GERD mempunyai kesan negatif terhadap kualiti hidup seseorang.
Tambah lagi, penulis kajian yang dimuatkan dalam Journal of Neurogastroenterology and Motility ada menggariskan:
• Kegelisahan boleh mengurangkan tekanan pada kawasan sfingter esofagus, sejenis otot yang memastikan perut tertutup dan mengelakkan asid dari perut naik semula ke kawasan esofagus
• Stres boleh menyebabkan kawasan otot tersebut menjadi ‘tertekan’ dan semakin lemah. Lama-kelamaan, tekanan dalam organ ini akan meningkat dan ia mula menolak semula asid keluar dari perut
• Kegelisahan yang serius boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut
Walau bagaimanapun, masih belum ada lagi sebarang bukti yang mengaitkan kegelisahan dengan simptom lain seperti pedih ulu hati, sakit perut dan sebagainya.
Apa yang pasti, GERD dan anxiety merupakan satu kitaran – pedih ulu hati atau heartburn boleh menyebabkan kesakitan. Rasa sakit pula akan menyebabkan stres. Stres pula menyebabkan simptom GERD menjadi semakin teruk!

Tanda GERD Akibat Stres dan Anxiety
Di bawah ini kami senaraikan juga tanda GERD dan anxiety itu mungkin datang secara serentak menyebabkan ia makin memburuk. Antara tandanya adalah:
Peningkatan Pengeluaran Asid Perut: Stres boleh mencetuskan tindak balas “lawan atau lari” dalam tubuh, yang meningkatkan pengeluaran asid perut. Asid berlebihan boleh menyebabkan refluks lebih teruk dan memburukkan gejala GERD seperti pedih hati dan muntah.
Pelemahan Sphincter Esofagus Bawah (LES): Stres mungkin merelakskan atau melemahkan LES, otot yang memisahkan perut dari esofagus. Apabila LES tidak berfungsi dengan betul, asid boleh mengalir kembali ke dalam esofagus, meningkatkan gejala GERD.
Perubahan dalam Pencernaan: Stres juga boleh melambatkan proses pencernaan, menyebabkan makanan kekal lebih lama di dalam perut. Ini boleh meningkatkan kemungkinan refluks asid, terutamanya jika anda makan dalam jumlah yang banyak atau berbaring segera selepas makan.
Faktor Tingkah Laku: Kebimbangan dan stres boleh menyebabkan tingkah laku seperti makan berlebihan, mengambil lebih banyak makanan pencetus (seperti kafein, alkohol, atau makanan pedas), atau makan lewat malam—semua ini boleh memperburukkan gejala GERD.
Penyelidikan menunjukkan bahawa kebimbangan boleh mempengaruhi keterukan gejala GERD dengan ketara, manakala kesusahan yang disebabkan oleh GERD juga boleh memburukkan lagi tahap kebimbangan.
Penutup
Justeru, jika ada sebarang komplikasi seperti yang dinyatakan di atas, cepatlah berjumpa doktor kerana jika dilambatkan, risau ia akan terus menjadi lebih teruk. Bagi yang mengalami masalah keresahan atau GERD, ia boleh dilihat jika gejala yang dihadapi menjadi bertambah teruk.
Kesan Psikologi juga akan terganggu. Pesakit yang menghidap GERD sering mengalami kebimbangan dan kemurungan, terutamanya mereka yang turut melaporkan sakit dada. Ketakutan bahawa sakit dada mungkin menunjukkan masalah kesihatan yang serius boleh meningkatkan lagi tahap kebimbangan, mewujudkan kitaran ganas di mana setiap keadaan memburukkan keadaan yang lain.
GERD dan kebimbangan memberi kesan negatif kepada kualiti hidup. Peningkatan kebimbangan dikaitkan dengan skor kesihatan mental yang lebih rendah pada pesakit dengan GERD, menunjukkan bahawa menguruskan kesihatan psikologi adalah penting untuk meningkatkan kesejahteraan keseluruhan pesakit ini.

ASMA Fikri ialah bekas wartawan Majalah Al-Islam.









