Image by Freepik

Oleh: Asmat Fikri

Pernah tak rasa waktu bangun tidur pun masih terasa letih?. Petang sedikit mula menguap macam telah habis tenaga dan asyik lesu saja badan? Perut pun ada masa rasa tidak selesa. Kembung!

Kalau ya, awak bukan seorang saja. Ramai wanita terutama yang bekerjaya atau ibu rumah tangga rasa letih berpanjangan walaupun dah cukup tidur. Tapi tahukah kenapa? Jawapannya adalah mungkin salah satu sebab yang kita semua terlepas pandang, iaitu pengumpulan toksin dalam badan.

Maksud toksin

Toksin adalah bahan buangan atau racun yang masuk ke dalam badan kita. Ia boleh jadi datang dari samada:

• Makanan proses (sosej, nugget, minuman bergas),

• Bahan kimia dalam kosmetik dan produk rumah,

• Pencemaran udara,

• Stress dan gaya hidup tak sihat.

Mungkin ramai yang tidak tahu, badan kita sebenarnya ada sistem semula jadi untuk detox iaitu melalui hati, buah pinggang, usus, kulit dan paru-paru. Tapi kalau toksin masuk lebih cepat daripada badan buang, ia akan berkumpul dan ‘membebankan’ sistem dalaman.

Tanda badan terlalu banyak toksin

Image by Freepik

Sebenarnya ramai dalam kalangan kita terutama wanita yang tidak sedar, badan mereka sedang bagi signal. Antara tanda-tandanya adalah:

• Letih melampau walaupun tidur cukup.

• Kulit kusam, jerawat, atau naik ruam.

• Sembelit atau kerap kembung.

• Mood swing, cepat marah atau rasa anxious tanpa sebab.

• Bau badan atau nafas busuk walaupun jaga kebersihan.

Kalau ada lebih satu dari tanda ni, itu petanda badan anda tengah struggle untuk buang toksin dalam dalam badan.

Detox minum air lemon?

Ramai ingat detox ini mesti minum jus hijau, berlapar 3 hari atau makan ubat buang air. Tapi itu bukan jalan sebenar termasuk minum air lemon hari-hari. Ada cara yang betul untuk detox badan supaya buang toksin-toksin yang ada.

Detox yang betul dan selamat ialah:

1. Minum air kosong secukupnya – sekurang-kurangnya 2 liter sehari (4 gelas).

2. Ambil makanan tinggi serat – sayur, buah, oat, chia seed.

3. Tidur cukup – sebab badan ‘repair’ dan detox masa tidur.

4. Peluh keluar – senaman ringan, sauna atau berjalan setiap hari.

5. Kurangkan makanan proses dan manis – ini ‘musuh senyap’ badan wanita.

6. Sokong hati & usus – dengan makanan semula jadi seperti halia, lemon, daun pudina, cuka epal, dan prebiotik.

Image by Freepik

Kenapa pentingnya detox untuk wanita?

Sebagai seorang wanita, kita mesti menjaga lebih kesihatan badan kerana berat tugas di bahu kita. Bayangkan kalau kita rebah, apa terjadi untuk keluarga kita? Jadi para wanita, ingat! Detox ini penting untuk kita.

Sebabnya adalah hormon wanita sangat sensitif. Bila toksin berlebihan:

• Kitaran haid boleh jadi tak teratur,

• Berat badan susah turun walau dah diet,

• Emosi mudah terganggu (meroyan, anxiety).

Sistem hormon kita sangat bergantung kepada fungsi hati yang sihat. Di sinilah peranan detox bantu hati bekerja dengan lancar.

*Ikuti sambungan bahagian kedua yang akan membicarakan tentang detox ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here