Biji buah Tunjuk Langit, atau Swietania Sky Macrophylla. Foto Ebay

Oleh : Nafsiah Jani

Mungkin ramai tidak mengenali buah Tunjuk Langit atau nama saintifiknya, Swietania Sky Macrophylla yang merupakan raja segala penawar. Buah tunjuk langit ini telah terbukti secara sainstifik mempunyai kandungan, yang dapat menyembuh pelbagai jenis penyakit. Malah khasiatnya dikatakan melebihi tongkat ali dan lain-lain herba.

Buah tunjuk langit tumbuh dengan liar di kawasan Hutan Hujan Tropika bersuhu kering dan lembab, dan banyak ditemui di Amerika Selatan, Barat India, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.

Sembelit boleh menjadi masalah yang menyusahkan. Tetapi dengan mengamalkan pemakanan yang mengandungi buah ini, anda dapat mengatasi masalah ini dengan mudah.

Kandungan flavonoid dan saponin yang tinggi dalam buah tunjuk langit dapat memberikan kesan antioksida yang tinggi serta mampu membantu meredakan penyakit antaranya kencing manis, gout, sakit sendi dan darah tinggi .

Saponin dalam buah tunjuk langit membantu melancarkan sistem saluran pernafasan dan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan dan dapat mengurangkan lemak dan kolesterol. Ia juga meningkatkan imuniti, mempertingkatkan daya penghasilan sperma lelaki dan merangsang perembesan insulin dari pancreas.

Manakala flavonoids pula dapat mengurangkan dan mengimbangi gula dalam darah, menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh serta membesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah dan mengurangi kandungan kelosterol dalam darah.

Selain itu ia juga dapat menurunkan kadar gula dalam darah serta membantu individu yang mempunyai masalah lebihan berat badan serta menjadi penawar penyakit migrain.

Buah pokok langit juga diakui pakar perubatan dan doktor kerana ia mmpunyai nilai perubatan dan kesihatan yang tinggi. Ia juga mengandungi pelbagai mutrisi seperti protein, mineral pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

Menurut pakar bioteknologi biji buah ini ada banyak khasiat yang dapat dijadikan penawar bagi membantu meningkatkan sistem peredaran darah dan merawat pelbagai jenis penyakit.

Buah tunjuk langit. Kredit foto: Anim Agro Technology

Antara manfaat dan khasiat pokok tunjuk langit ini ialah

1. Buah tunjuk langit mengandungi lutein dan zeaxanthin yang membantu melindungi mata daripada kerosakan sinar UV dan radikal bebas.

2. Daun tunjuk langit pula dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sakit kepala dan pening-pening. Ambil segenggam daun tunjuk langit dan rebus dengan 2 cawan air dan rebus sehingga menjadi 1 cawan. Minum sehari sekali dan Insya-Allah kepala tidak pening atau berpsing-pusing.

3. Kandungan vitamin C dalam buah ini juga membantu merangsang produksi kolagen, menjadikannya petunjuk untuk kulit yang sihat dan berseri.

4. Buah ini mempunyai kandungan serat yang tinggi dan membantu melancarkan pergerakan usus dan mengatasi masalah sembelit.

5. Buah tunjuk langit juga mengandungi antioksidan yang tinggi. Ketika berhadapan dengan radikal bebas, tubuh kita memerlukan bantuan antioksidan untuk melawannya. Buah Tunjuk Langit kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi sel-sel tubuh kita daripada kerosakan.

Buah tunjuk langit. Kredit foto: Anim Agro Technology

6. Buah Tunjuk Langit mengandungi serat yang membantu melancarkan pergerakan usus dan mengatasi sembelit.

7. Kandungan vitamin C dalam Buah Tunjuk Langit membantu merangsang produksi kolagen dan menjaga kulit yang cantik dan berseri.

8. Buah Tunjuk Langit mengandungi serotonin yang membantu mengatur tidur dan meningkatkan kualiti tidur kita.

9. Buah ini membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan menjaga mengekalkan fungsi jantung yang baik dan mengurangkan risiko masalah jantung.

10. Buah tunjuk langit juga dapat membantu menjaga kesihatan tulang anda? Dengan kandungan kalsium dan vitamin K, ia berperanan penting untuk tulang yang kuat dan sihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here