Kumpulan Kotak dan Arda Hatna bakal menghibur peminat mereka di Zepp Kuala Lumpur pada 21 September ini.

Oleh: Khadijah Ibrahim

PELBAGAI dugaan dan cabaran telah dilalui oleh kumpulan Kotak termasuklah silih bergantinya anggota, namun band muzik yang ditubuhkan pada 2004 itu masih utuh berdiri hingga kini.

Bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-21 tahun pembabitan Kotak dalam industri muzik, kumpulan yang dianggotai oleh Tantri Syalindri Ichlasari (vokalis), Mario Marcella (gitar utama) dan Swasti Sabdastantri (bass) bakal mengadakan konsert istimewa ‘Road to 21st Anniversary KOTAK x Arda Hatna’ di Zepp Kuala Lumpur pada 21 September 2025.

Kotak akan ditemani sang legenda, Arda Hatna yang merupakan suami kepada vokalis Kotak dan merupakan vokalis Naff yang telah menemani peminat dengan banyak lagu hitnya seperti “Terendap Laraku”, “Kau Masih Kekasihku” dan “Akhirnya Ku Menemukanmu”.

Suami Tantri itu juga mempunyai karya peribadi yang dilancarkan tahun lalu iaitu “Orang Tak Enakkan” dan “Pelabuhan Terakhir” yang tidak kurang mendapat perhatian pada tahun ini.

Arda Hatna dan Tantri akan beraksi di pentas yang sama.

Sementara itu, Tantri mewakili Kotak melahirkan keterujaan untuk bertentang mata dan membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya kelak.

Bagi Tantri, ‘Road to 21 st Anniversary Kotak x Arda Hatna’ akan menjadi momen peribadi yang cukup manis buat band Kotak dan Arda.

“Kalian hanya perlu tahu bahawa Kotak dan Arda tidak sabar menjayakan ‘Road to21st Anniversary Kotak x Arda Hatna’ di Zepp Kuala Lumpur pada 21 September ini.

“Persembahan ini berbeda dari konsert sebelum ini kerana ia bukan sahaja menyambut ulang tahun Kotak tetapi ia juga menjadi momen yang sungguh bermakna apabila saya akan digandingkan bersama suami yang tercinta dalam satu pentas yang sama, bersama-sama peminat kami dan juga yang tersayang.

“Ingatan kami kepada kalian tidak pernah “Hilang”. Semoga kita saling “Selalu Cinta” dan sampai jumpa di Kuala Lumpur. Long Live Kotak,” ujar Tantri tentang konsert yang dianjurkan oleh syarikat pengurusan acara, Boomset Planning.

Wakil Boomset Planning, Syira Yusof berkata, kolaborasi Kotak dan Arda Hatna, keraian ‘Road To 21 st Anniversary KOTAK x Arda Hatna’ akan menjadi sebuah momen luar biasa yang tidak akan dilupakan peminat mereka.

“Ini bukan sekadar konsert, ia adalah penghormatan kepada era muzik yang membentuk ramai dari kita. Kami mahu bawa semangat itu kembali hidup dalam suasana intim dan penuh bermakna.

“GemaWave merupakan satu platform entertainment dan konsert Koysk x Arda Hatna menjadi pilhan pertama kami untuk menganjurkannya,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here