Tefal Delirice Max Rice Cooker dengan inovasi baru nasi kekal gebu, enak dan segar sehingga 24 jam.

Oleh: Nafsiah Jani

Ingin makan nasi yang sedap dan gebu?. Cubalah menu terbaru “Set Rice” yang di masak dengan Tefal Periuk Nasi Delirice Max ini dengan hanya RM25.90 di Restoran Rasa Rosz, IOI City Mall, Putrajaya.

Kolaborasi peneraju global peralatan rumah, Tefal dan Restoran Rasa Rosz bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah ketika memasak nasi. Tefal Delirice Max Rice Cooker (RK7778), lebih daripada sekadar produk baharu, Delirice Max membawa inovasi dengan janji “Nasi Pasti Tak Basi.”

Pasti nasi akan menjadi gebu dan lazat menggunakan Tefal Delirice Max Rice Cooker.
Antara hidangan Sup Tulang Spesial dan Gulai Ayam Berempah jadi pilihan pelanggan untuk di makan bersama tiga pilihan nasi.

Pelancaran ini diadakan bersama pakar kulinari Rasa Rosz, menampilkan periuk nasi yang direka khas untuk memenuhi permintaan pengguna yang mahukan kemudahan, kualiti, dan pengurangan pembaziran makanan. Delirice Max memastikan nasi kekal gebu, enak, dan segar sehingga 24 jam.

Kerjasama Tefal dan Restoran Rasa Rosz membolehkan pelanggan mencuba tiga pilihan nasi yang dimasak menggunakan Tefal Delirice Max Rice Cooker iaitu pilihan nasi minyak, nasi Tomato dan nasi putih bersama pilihan lauk, Sup Tulang Spesial atau Gulai Berempah Ayam. Menu istimewa ini telah bermula pada 11 September lalu hingga 12 Oktober ini.

Pelbagai jenis nasi boleh dimasak menggunakan Tefal Delirice Max bersama pes-pes keluaran Ratu Tumis Rasa Rosz

Nasi Minyak yang lembut dan gebu ini di masak menggunakan beras Jasmine LaSella Basmathi Parboiled bersama Ratu Tumis Sup. Manakala Nasi Tomato pula di masak menggunakan beras Jasmine LaSella Basmathi Steam bersama Ratu Tumis Asam Pedas.

Pelanggan yang berminat untuk membeli periuk Delirice Max RK7778 ini bolehlah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz dengan kadar segera. Bagi setiap pembelian periuk nasi istimewa ini, pembeli akan mendapat hadiah percuma Light Mix Blender. Caranya mudah saja, scan barcode tertera dan masukkan kod RASAROSZXTEFAL untuk membeli Delirice Max ini.

Datuk Sri Rozita bersama (dari kiri)
VP South East Asia, Mr William Yates dan Country Manager Mr Jack Wong bersama produk terbaru Tefal Delirice Max.
(DARI kiri): Pengurus Kanan Rantaian Bekalan, Mae, Pengarah Pemasaran, Johann Ng, Naib Presiden Asia Tenggara, William Yates, Pengurus Produk, Miss Pang, Pengarah Rasa Rosz Sdn. Bhd, Datuk Sri Rozita Ramelan , Pengurus Negara, Jack Wong dan Chef Eksekutif Restoran Rasa Rosz, Chef Bob.

Selain nasi, pelbagai program memasak membolehkan pengguna menyediakan aneka hidangan dengan mudah menggunakan Delirice Max RK7778.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata,“Tefal berjaya menghasilkan peralatan yang membantu tukang masak di rumah mencapai tahap kesegaran optimum. Kami bangga dapat bekerjasama dalam pelancaran yang menghormati tradisi kulinari negara.

Datuk Sri Rozita Ramelan bersama Chef Bob sedang melakukan demonstrasi nasi tomato menggunakan Tefal Delirice Max Rice Cooker kepada pihak media dan influencer ketika majlis memperkenalkan produk terbaru Tefal ini.

“Makanan yang baik adalah tentang konsistensi dan kualiti. Tefal telah membangunkan alat yang memperkasakan tukang masak di rumah untuk mencapai standard kesegaran profesional.”

Bukan itu saja, jika anda terlalu sibuk tetapi teringin menikmati makanan di Restoran Rasa Rosz, semuanya berada di hujung jari anda. Hanya klik GrabFood untuk penghantaran makanan dan menikmati hidangan yang enak, lagi menyelerakan ini.

Datuk Sri Rozita Ramelan founder Restoran Rasa Rosz menunjukkan hasil nasi tomato yang di masak menggunakan Delirice Max Rice cooker produk terbaru Tefal.

Menu-menu yang diketengahkan dikedua-dua restoran ini mempunyai tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam setiap hidangan. Selain hidangan biasa, Restoran Rasa Rosz juga turut menyediakan hidangan barat bercitarasa Malaysia.

Bagi yang ingin menikmati hidangan enak dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Tefal Delirice Max Rice Cooker menggunakan teknologi Pemanasan 3D Max dengan empat lapisan pelindung yang mencegah pemeluwapan air.

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Rasa Rosz ialah restoran terkenal yang meraikan kekayaan dan kepelbagaian cita rasa masakan Malaysia. Dengan tumpuan kepada bahan-bahan berkualiti dan resipi autentik, Rasa Rosz menawarkan pengalaman menjamu selera yang moden dan berakar umbi dalam tradisi.

Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan boleh hubungi Restoran Rasa Rosz yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (013-8082772 -call / whatsapp) dan Restoran Rasa Rosz IOI City Mall, Putrajaya, Lot L3-210, Level East Wing, sila hubungi (012 8217714).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here