Image by Freepik

Oleh: Nury Kadir

Jika awak tidak mahu pakai tudung terserahlah. Itu yang awak pilih tapi jangan ajak orang lain ‘berjemaah’ bersama-sama untuk tidak memakai tudung.

Bermacam-macam hujah yang diberikan dengan hanya bersandar kepada sepotong ayat al-Quran yang tafsir ikut logik akal sendiri untuk menegakkan pendiriannya. Antara hujah mereka; tidak ada nas atau dalil yang mewajibkan wanita memakai tudung.

Mereka berhujah lagi bahawa rambut bukan aurat kerana ia tidak disebut di dalam al-Quran. Malah tidak ada satu ayat pun yang menyebut bahawa rambut itu perlu ditutup. Cuba tengok apa yang seorang hamba Allah ini tulis di dalam akaun’muka buku’ suatu ketika dahulu…

“Rambut perempuan bukan aurat, kalau ikut Quran tiada satu perkataan pun mengatakan rambut itu perlu ditutup. Tapi, ostat degil jugak kata kena ikut hadis. Aku tanya la dia,” kalau rambut aurat,kepala botak kira ok tak payah pakai tudung la kan?”
Kata ostat, “tak boleh jugak, sebab kepala kena tutup”. “Habis aurat tu rambut ke kepala? ” Ostat tak jawab…pastu aku tanya lagi, “Kalau pakai rambut palsu macamana pulak?” Ostat kata “tak boleh, sebab menyerupai rambut”. Aku tanya “habih kenapa tak boleh menyerupai rambut?” Ostat kata “sebab ia menarik perhatian lelaki.” “Habis, pakai tudung Fareeda, tudung Siti, tudung bawal, tudung manik2, pakai baju, pakai kain bercorak2, berwarna warni dan berfesyen2 tu tak menarik perhatian lelaki ke?” Macam nak kena telan aje mata dia jegir kat aku. Itu belum aku kata, kalau berjalan dalam guni pun, kalau lelaki tau itu perempuan, kau ingat lelaki tak tertarik nak tengok? Tambah2 lagi kalau semua perempuan berguni…mesti lagi nak tengok dan ‘curious’ sebab pompuan dah jadi species yang susah dilihat…”

Panjang lebar ayatnya untuk menegakkan pendapat yang dirasakan benar. Ada lagi satu hujah yang sering dihebohkan iaitu konsep Dehijabing dan perempuan tidak boleh dipaksa memakai tudung kerana ia menyalahi konsep tidak ada paksaan dalam Islam. Macam-macam hujah yang diberikan untuk membuktikan bahawa memakai tudung tidak diwajibkan.

Jika anda memilih untuk tidak memakai tudung, terserahlah. Semoga suatu hari nanti Allah bukakan pintu hati anda untuk menutup aurat dengan sempurna. Seandainya awak rasa tidak bahagia kerana bertudung dan menjadi hipokrit kerananya, juga terserahlah.

Ikut sukalah, awak boleh mencipta seribu satu macam alasan untuk menegakkan benang basah. Hanya satu pesanan ikhlas lagi lembut, jangan ajak orang lain ‘berjemaah’ dengan awak untuk tidak bertudung.

Photo by Hasan Almasi on Unsplash

Di sini ada beberapa artikel yang pernah diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan(www.muftiwp.gov.my) mengenai isu tudung. Sebenarnya ada dalil perintah menutup kepala di dalam al-Quran iaitu firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31.

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak suruhan yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita” (Surah an-Nur: 31)

Imam Nawawi menyatakan bahwa wajibnya menutup aurat dari pandangan manusia adalah ijma’. Menutup aurat bagi seorang Muslimah di hadapan golongan yang bukan mahramnya adalah satu kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Ini adalah berdasarkan firman-Nya:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman bahawa hendaklah mereka melabuhkan jilbab (pakaian yang dipakai di atas baju dan tudung) mereka ke seluruh tubuh mereka, Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, maka mereka tidak akan diganggu” (Surah al-Ahzab: 59)

Selain ayat al-Quran yang disebut di atas, Nabi SAW juga ada bersabda; Maksudnya: “Wahai Asma’! Sesungguhnya seseorang wanita apabila telah didatangi haid tidak elok dia membiarkan dirinya dilihat, melainkan ini dan ini. Lalu Rasulullah SAW menunjukkan ke wajahnya dan tapak tangannya.” (HR Abu Daud)

#Ikuti sambungan artikel akan datang mengenai aurat wanita yang sebenar-benarnya #

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here