Jualan tiket untuk konsert kumpulan rock My Chemical Romance terjual dalam tempoh yang singkat.

Oleh: Khadijah Ibrahim

STADIUM Nasional Bukit Jalil yang sering menjadi lokasi perlawanan bola sepak kini berjaya mencipta sejarah tersendiri dalam bidang hiburan pula.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi lokasi dua malam berturut-turut bagi konsert berskala besar antarabangsa.

Difahamkan sejumlah 120,000 tiket telah berjaya dijual, sekali gus mencipta rekod baharu bagi konsert stadium oleh band antarabangsa di rantau ini yang akan beraksi untuk dua malam berturut-turut.

Kumpulan yang berjaya menarik perhatian ramai itu adalah My Chemical Romance yang bakal beraksi untuk dua malam berturut-turut iaitu pada 30 April dan 1 Mei 2026.

Untuk konsert Jelajah Asia Tenggara, hanya di Malaysia saja My Chemical Romance beraksi untuk dua malam.

Sebelum singgah di Kuala Lumpur, My Chemical Romance yang popular dengan lagu “Welcome to the Black Parade”, “Teenagers”, “I’, Not Okey (I Promise)” dan “Helena” terlebih dahulu menghibur peminat mereka di Incheon, Korea Selatan (18 April), Pakkret, Thailand (22 April), Bocaue, Filipina (25 April) dan Singapura (28 April).

My Chemical Romance yang dianggotai oleh Gerard Way (vokalis), Mikey Way (bass), Frank Iero (rhythm gitar) dan Ray Toro (gitar utama) yang berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat itu hadir ke Malaysia sebagai sebahagian daripada Jelajah Asia Tenggara 2026 mereka.

Kehadiran kumpulan rock itu menjadikan Kuala Lumpur bukan sahaja satu-satunya lokasi dalam Jelajah Asia Tenggara dengan dua malam persembahan berturut-turut, malah menjadi tuan rumah kepada jumlah penonton terbesar pernah dicapai oleh My Chemical Romance di rantau ini.

Konsert anjuran Hello Universe ini turut menjadi acara muzik antarabangsa terbesar di Malaysia untuk tahun 2026, bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Bagi yang ingin mengetahui maklumat rasmi tentang konsert, info tiket dan kemas kini boleh ikuti di Instagram, TikTok atau X, Hello Universe di @hellouniversemy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here