Oleh: Syed Wafa
Foto: Ehsan Concorde Hotel, Kuala Lumpur
Bagi pengemar hot pot, orang ramai dijemput untuk menikmati promosi terbaru di Melting Pot Cafe, Concorde Hotel, Kuala Lumpur setiap Rabu dan Khamis malam.
Promosi ini diperkenalkan pada 2 Julai yang lalu, menawarkan sajian hot pot ala bufet dengan pelbagai pilihan bahan segar dan kuah yang sungguh lazat serta pelbagai rasa. Sesuai untuk hidangan makan malam, setelah penat bekerja seharian, jom berkumpul bersama rakan sekerja atau keluarga dan makan hot pot sepuas-puasnya.

Pasti pembaca tertanya-tanya sejarah awal hot pot ini asalnya dari mana? Konsepnya dipercayai bermula lebih daripada 1,000 tahun dalam zaman Dinasti Jin, Cina. Ramai percaya amalan makan dalam periuk bermula dengan gaya hidup penunggang kuda Mongolia yang hidup dalam gaya nomad di utara China. Dari situ hot pot ini menjadi ikutan di seluruh dunia.
Melting Pot Cafe, Concorde Hotel, Kuala Lumpur menyajikan lima sup pilihan seperti kari, tom yam, ayam ataupun sup ala Korean iaitu sup kimci. Periuk hot pot akan diletakkan di atas meja pengunjung dan boleh memilih dua jenis sup kegemaran mereka.


Dengan harga berbaloi RM98 seorang, pengunjung berpuas hati dengan seleksi makanan yang termasuk dengan manisan dan air minuman. Antara manisan yang wajib dicuba adalah bubur cha cha istimewa ala Penang, tiramisu, cheese cake, chocolate mousse, waffle dan ais krim.
Pengunjung boleh menuju ke bufet yang mana telah tersedia pelbagai hidangan sayur-sayuran segar, makanan laut, hirisan daging dan ayam, cendawan, tauhu serta aneka mi. Jangan lupa dengan hidangan ‘live cooking’ tempura dan tarikan di teppan theatre yang sungguh popular. Hirisan daging, ayam, ikan bersama sayur-sayuran akan dimasak di atas teppan. Nasi goreng kampung, mee goreng mamak yang popular, chicken karaage wasabi mayo boleh juga dinikmati.
Dengan harga berbaloi RM98 seorang, pengunjung berpuas hati dengan seleksi makanan yang termasuk dengan manisan dan air minuman. Antara manisan yang wajib dicuba adalah bubur cha cha istimewa ala Penang, tiramisu, cheese cake, chocolate mousse, waffle dan ais krim.



Maria Arshad (Berdiri tiga dari kanan) juga sering menjamu selera bersama keluarga menikmati hot pot di
Melting Pot Cafe, Concorde Hotel, Kuala Lumpur .
Promosi ‘Jom Makan-Makan Bufet Hot Pot’ berharga RM98.00 bersih (dewasa)
Setiap Rabu dan Khamis (6 petang – 10 malam)
Diskaun 50% untuk kanak-kanak (5 – 11 tahun)
Untuk maklumat lanjut ataupun tempahan, sila hubungi 03 2727 2233 / 012 399 0734.


https://www.facebook.com/share/v/16fPnZ53Sh/

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.









