Image by Freepik

Oleh: Nafsiah Jani

Kentang merupakan sumber makanan yang baik kerana ia mengandungi serat, karbohidrat, vitamin C, dan kalium. Di dalam kentang juga terkandung protein, vitamin B6, dan vitamin B kompleks. Selain kerana nutrisinya, banyak orang yang suka makan kentang kerana rendah kalori serta tidak mengandungi kolesterol dan natrium.

Kentang atau nama penuhnya ibu kentang yang juga dikenali dengan nama ubi gendang dan ubi benggala adalah tanaman daripada keluarga Solanaceae. Ubi kentang kaya dengan pelbagai nutrisi dan perlu diingatkan bahawa cara memasak kentang dapat mempengaruhi kadar nutrisi yang terkandung di dalamnya.

Kentang adalah sumber nutrisi yang baik dan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Dengan mengambil kentang secara teratur dan mengolahnya dengan cara yang sihat, kita dapat memperolehi manfaatnya secara optimum.

Seperti yang sudah dijelaskan sebelumnya, cara pengambilan kentang untuk diet tergantung bagaimana cara kentang diolah dan dimakan. Jika kentang digoreng dan di makan dalam keadaan hangat dengan makanan tinggi lemak, secara tidak langsung ia membuatkan seseorang itu mudah mengalami kenaikan berat badan.

Dalam Journal of American College of Nutrition tahun 2014 telah membuktikan bahwa makan kentang tidak menyebabkan penambahan berat badan. Walaupun kentang mempunyai indeks glikemik tinggi, tapi belum tentu kentang dapat menyebabkan kegemukan. Penelitian ini membandingkan penurunan berat badan pada orang yang mengikuti diet rendah kalori dengan makan kentang dan tanpa makan kentang.

Image by Freepik

Terdapat beberapa cara dalam membuatkan kentang agar dapat mendatangkan manfaat kepada kesihatan seseorang.

  1.  Makan kentang dengan kulitnya sebagai sumber karbohidrat dapat membantu seseorang menurunkan berat badan. Jangan kupas kulit kentang kerana di dalam kulit kentang itu terdapat serat yang membantu anda mengawal nafsu makan dan melancarkan sistem pencernaan.
  2. Kentang mengandungi karbohidrat kompleks merupakan sumber tenaga utama bagi tubuh. Di dalam tubuh, karbohidrat dipecah menjadi glukosa yang kemudian digunakan sebagai bahan bakar agar tubuh lebih bertenaga. Kentang baik dimakan untuk meningkatkan tenaga saat bersukan.
  3. Mereka yang menghadapi masalah sembelit eloklah makan kentang kerana kandungan seratnya dapat membantu mengatasi masalah sembelit dalam usus besar.
  4. Mereka yang menghadapi masalah anemia kerana kekurangan darah eloklah makan kentang sebanyak mungkin kerana kentang juga makanan penambah darah. Kandungan vitamin B9 yang penting untuk pembentukan sel baharu dan pengeluaran sel darah merah dalam badan. Vitamin B6 dan vitamin C dalam kentang juga membantu penyerapan zat besi yang merupakan komponen utama dalam pembentukan hemoglobin.
  5. Kentang kaya akan vitamin C yang berperanan sebagai antioksidan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh sekaligus mencegah kerosakan sel-sel tubuh akibat radikal bebas. Kerosakan sel ini bisa menyebabkan beragam penyakit kronis, termasuk kanker.
  6. Risiko serangan jantung dapat dikurangkan dengan makan banyak kentang. Kandungan mineral dan senyawa bioaktif di dalamnya juga dapat menurunkan tekanan darah. Tekanan darah yang terkawal dapat menurunkan risiko mengalami hipertensi yang menyebabkan terjadinya serangan jantung. Kandungan vitamin B6 pada kentang juga dapat membantu mengurangi peradangan dan mencegah penyumbatan pembuluh darah yang dikaitkan dengan penyakit jantung koroner.
  7. Vitamin C dalam kentang berperanan penting dalam mengeluarkan kolagen yang membantu menjaga kesihatan dan keremajaan kulit.
  8. Kandungan kalium dalam kentang juga membantu menjaga keseimbangan elektrolit dalam tubuh yang penting untuk mencegah otot daripada mengalami kekejangan.
  9. Kentang mengandung asid amino yang disebut triptofan, yang dapat diubah menjadi serotonin, neurotransmitter yang berperanan dalam mengatur mood seseorang.
  10. Kandungan vitamin B6 dalam kentang berperanan penting dalam menjaga fungsi otak yang optimal. Vitamin ini terlibat dalam memproduksi neurotransmitter yang mengatur suasana hati dan fungsi kognitif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here