Single terbaru Ismen..Nirmala Taqwa

Oleh : Nafsiah Jani

Kematian arwah Nurly Shahirah Azman, 23, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meninggal dalam kemalangan bas di Gerik 10 Jun lalu dengan mendakap Al-Quran telah memberikan idea kepada Ismen Hijjaz untuk tampil dengan single terbarunya bertajuk Nirmala Taqwa.

“Bukan Man nak ambik kesempatan atas peristiwa yang berlaku sebaliknya Man gunakan kesempatan yang ada untuk menerangkan tentang didikan ibu bapalah yang dapat menjadikan seseorang anak itu wanita solehah sebagaimana Nurly Shahirah

“Sebenarnya bila nak buat single, Man tak ada target bila nak buat…itu semua bergantung pada mood. Bila lagu best, Man buat…tapi bila lagu itu macam tak best, Man akan terus menyimpannya. Macam, lagu Nirmala Taqwa ni…melodi dan lirik tentang wanita solehah dan Man plan nak bagi artis lain.

Kumpulan Hijjaz yang telah mencipta nama kumpulan nasyid popular .

“Bila sampai waktu, Man plan nak tukar kepada lagu tentang Nurly Syahirah artis tersebut tak setuju…itu sebabnya Man ambik keputusan gunakan sebagai single terbaru Man,” kata Ismen yang membahasakan dirinya dengan panggilan mesra Man yang cukup berhati-hati berbicara mengenai single terbarunya ini bagi menjaga sensitiviti semua pihak.

Isman atau nama sebenarnya, Ismen Nadim Isam, 56, yang dikenali sebagai Isman merupakan salah seorang anggota kumpulan Beliau merupakan anggota Hijjaz yang paling tua dan mempunyai dua nama pena iaitu Manis Alia dan Manis Helma.

Selain menyanyi, Ismen juga berkebolehan dalam menerbit, menggubah lagu, menulis lirik dan bermain alat muzik percussion. Antara lagu yang dicipta oleh beliau ialah Kasih Kekasih (In-team), Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC), Jalinan (UNIC), Demi Cinta Suci (UNIC), Remaja (UNIC), Insan Bernama Kekasih (UNIC), Mahar Cinta (Devotees) dan Tika Dinihari (Devotees), Ibu (kumpulan Iman) dan Harum Serba Mewangi (Salem dan Lan kristal).

Komposer serba boleh…Ismen Hijjaz

Bila sebut kumpulan Hijjaz mungkin nama vokalisnya Munif yang lebih dikenali berbanding anggotanya yang lain seperti Ismen Nadim. Sepanjang 28 tahun bersama Kumpulan Hijjaz, kumpulan ini telah menghasilkan 28 buah album kumpulan termasuk projek album.

Bercerita mengenai kumpulan Hijjaz dan pembabitan awalnya sebagai penyanyi nasyid, Ismen menambah,“Dulu Man bersama kumpulan Nada Murni pada tahun 1986. Bila kumpulan kami berpecah, masing-masing membawa diri. Waktu itu Man dah kahwin dan ada seorang anak. Nak teruskan hidup, pada tahun 1995 Man kena bekerja sebagai penjual ayam dipasar borong. Waktu tu sehari dapatlah gaji RM18.00 dari jam 4 pagi hingga pagi.

“Setelah dua tahun kerja gaji Man naik sehingga RM80.00 sehari dengan kerja rebus dan mencabut bulu ayam. Waktu tengah best dapat gaji mahal Encik Wahab dari Telaga Biru ajak Man join Munif, Faizal dan Soleh untuk bersama kumpulan Hijjaz.

“Waktu itu risau juga nak buat keputusan sebab gaji dah banyak, dapat ayam, sayur, ikan semuanya free setiap hari. Encik Wahab janji kalau kami tandatangani kontrak saja terus dapat duit,” katanya Ismen ketawa mengenang cerita lama.

Ujar Ismen anak keempat daripada lapan beradik ini, setelah menandatangani kontrak mereka semua diberikan bayaran RM8,000 seorang.

Ismen kini antara komposer yang menjadi pilihan artis- artis nasyid.

“Dapat duit terus Man bayar sewa rumah selama setahun. Senang tak payah fikir nak cari duit dan Man boleh fokus untuk menyanyi bersama Hijjaz. Bila rekoding, kami dibayar lagi sebanyak RM8,000. Seronok tak terkata Man rasa.

“Itulah bagusnya bila ada pihak pengurusan dan pengurus yang bagus kerana ia memudahkan perjalanan seni kita. Bermula saat itulah bermulanya perjalanan hidup kumpulan Hijjaz. Syukur Alhamdulillah sehingga kini kami masih bertahan dan kumpulan nasyid masih diterima masyarakat.”

Ismen juga dikatakan cukup bertuah kerana mempunyai bakat semulajadi untuk mencipta lagu dan lirik yang cukup indah. Setakat ini Ismen telah menghasilkan lebih 100 buah lagu.

“Alhamdulillah tak ramai artis jadi komposer macam Man. Man dah berjinak-jinak sebagai komposer sejak zaman Nada Murni lagi. Dulu Man main hentam saja buat lagu, hentam buat lirik dan kawan Man yang betulkan. Dalam masa setahun belajar dan akhirnya dah boleh buat semuanya dengan lebih bagus dan teratur.

Isman dengan gaya bersahaja tampil dengan persembahan solo.

“Setakat ini Allah bagi Man ilham nak buat lagu dan lirik sekejap saja boleh dapat idea tak kira masa. Masa memandu, duduk seorang diri dan berada dalam kapalterbang pun Man boleh dapat macam-macam idea nak buat lagu. Macam lagu In-Team, Damba Kasih tu Man dapat idea masa dalam kapalterbang. Man fikir, kalau tak ada Allah yang menjaga kami bagaimana kita akan selamat untuk mendarat nanti dan macam-macam lagi.

“Man memang tak pandai main muzik, jadi Man `harming’ saja melodinya dan lagu itu siap `on the spot’. Man rasa kalau Man belajar muzik, mesti lagu Man tak sedap sebab terikat dengan chord…tak ada chord main belasah saja. Lagu Man banyak Along Exists, Abang Bell, Fauzi Marzuki, Mohar, Firdaus Mahmud yang banyak tulis.

Antara single yang pernah Ismen hasilkan ialah Ijabah pada tahun 2020, Keroncong Zikir Doa (2023), Raggae Selawat (2025) Nirmala Taqwa.

Bersama kumpulan Hijjaz, Lagu Nasyid Pilihan Anugerah Era 2003 – Sumayyah, Anugerah Gold dan Platinum jualan melebihi 90,000 unit Keizinan-Mu, Anugerah Platinum jualan melebihi 50,000 unit Pelita Hidup, Anugerah Platinum jualan melebihi 50,000 unit Rindu, Anugerah Nasyeed.Com Kategori Nasyid Sirah – Sumayyah, Anugerah Cemerlang (Popular & Berbakti) Anugerah Nasyid Minggu Ini 2006 – Pelita Hidup dan (Naib Juara) Gema Gegar Vaganza Musim 1 (2017)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here