Image by Freepik

Oleh : Asmat Fikri

Menopaus adalah fasa semula jadi yang pasti dilalui oleh setiap wanita kebiasaannya sekitar usia 45 hingga 55 tahun. Tapi menariknya, bukan semua wanita mengalami menopaus pada usia yang sama. Ada yang datang awal, ada juga yang lambat sampai umur lewat 50 an baru berhenti haid sepenuhnya.

Jadi persoalannya boleh ke menopaus dilambatkan? Jawapannya, ya! boleh tapi bukan ditolak terus. Menopaus tetap akan berlaku, cuma gaya hidup dan tahap kesihatan seseorang boleh memperlahankan proses semula jadi ni.

Di sini kami akan kongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan wanita untuk mendapatkan tubuh badan yang bukan sahaja sihat, tapi boleh melambatkan menopaus. Antara yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

Jaga Pemakanan Harian

Pemakanan seimbang adalah kunci utama. Wanita yang banyak ambil makanan berasaskan tumbuhan, tinggi antioksidan dan rendah gula berisiko lebih rendah untuk mengalami menopaus awal.

Antara makanan yang baik:

• Kacang soya & produk berasaskan soya – mengandungi phytoestrogen, iaitu bahan semula jadi yang menyerupai hormon estrogen wanita.
• Sayuran hijau & buah berwarna ungu/merah – tinggi antioksidan yang bantu lindungi sel ovari daripada penuaan cepat.
• Ikan berlemak (salmon, sardin, tuna) – kaya dengan omega-3 untuk imbangi hormon dan elak keradangan.

Image by Freepik

Kawal Tekanan dan Tidur Cukup

Tekanan kronik boleh mempercepatkan penurunan hormon estrogen dan progesteron. Jadi kalau nak lambat menopaus, urus stres dengan baik. Cuba amalkan yoga, zikir tenang, atau sekadar luangkan masa dengan diri sendiri.

Tidur juga penting kerana waktu malam adalah masa badan ‘reset’ semula hormon. Pastikan dapat tidur sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam setiap hari.

Aktifkan Diri Dengan Senaman

Senaman bukan sahaja untuk kurus, tapi juga bantu sistem hormon berfungsi dengan lebih stabil. Aktiviti ringan seperti berjalan, berenang, atau zumba boleh bantu seimbangkan tahap estrogen dan tingkatkan peredaran darah.

Pengambilan Suplemen yang Sesuai

Kalau pemakanan harian tak lengkap, boleh pertimbangkan suplemen untuk menyokong kesihatan hormon. Antara yang disyorkan:
• Vitamin E & C – melindungi sel daripada tekanan oksidatif.
• Kalsium & Magnesium – penting untuk tulang dan keseimbangan hormon.
• Suplemen berasaskan herba seperti Kacip Fatimah atau Dong Quai – digunakan secara tradisional untuk menyokong kesihatan wanita pra-menopaus.

Namun, pastikan dapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan sebelum mula sebarang suplemen ya sis!

Menopaus bukanlah tanda ‘kehilangan kewanitaan’, tapi fasa baru kehidupan wanita. Cuma kalau nak lambatkan kedatangannya, mulakan gaya hidup sihat lebih awal. Jaga makan, aktifkan badan, kawal stres, dan cukupkan nutrisi kerana semua ini bantu tubuh kekal muda lebih lama.

Setiap wanita ada rentak tubuh sendiri. Jadi yang penting, belajar faham perubahan badan dan sayangi diri di setiap peringkat usia.

#Ikuti sambungan akan datang mengenai menopaus ini#

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here