Oleh : Nafsiah Jani
Tekanan darah tinggi atau hipertensi, adalah satu keadaan kesihatan yang sering dianggap remeh oleh banyak orang. Penyakit ini berlaku apabila saluran darah yang membekalkan darah kepada otot jantung menjadi sempit atau tersumbat akibat plak yang terbentuk daripada lemak, kolesterol dan bahan lain.
Dikenali sebagai “pembunuh senyap”, hipertensi boleh membawa kepada komplikasi kesihatan dengan menjejaskan organ-organ penting seperti jantung, otak, dan buah pinggang, tetapi juga mempengaruhi kesejahteraan mental, produktiviti, dan hubungan sosial seseorang.
Darah tinggi yang tersumbat juga boleh menyebabkan strok, kegagalan buah pinggang berfungsi, kerosakan mata, memberi tekanan kronik kepada saluran darah di otak, mengurangkan aliran darah dan oksigen yang diperlukan untuk fungsi otak yang optimum menyebabkan jantung menjadi lemah dan tidak berkesan mengepam darah. Keadaan ini dikenali sebagai kegagalan jantung, menyebabkan simptom seperti sesak nafas dan bengkak pada kaki.
Penyakit hipertensi juga boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang serius, adalah penting untuk kita memahami cara-cara untuk mencegah dan mengawalnya. Dengan gaya hidup yang sihat, seperti menjaga pemakanan, bersenam secara berkala, menguruskan tekanan, dan mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai, risiko komplikasi dapat dikurangkan. Kesedaran dan tindakan awal adalah kunci untuk mencegah kesan darah tinggi yang lebih buruk.
Mengawal tekanan darah tinggi adalah penting untuk kesihatan jangka panjang. Menerusi langkah-langkah pencegahan seperti yang dinyatakan di atas, kita boleh menjaga kesihatan arteri dan mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan hipertensi.

- Kurangkan garam dalam makanan dan gantikan garam dengan herba seperti serai, kunyit, halia, rempah ratus untuk mengekalkan rasa lazat dan sebagai bahan perasa semula jadi.
- Asam keping bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi juga sebagai petua turunkan darah tinggi cara tradisional.
Rendam beberapa keping asam dalam air suam selama 30 minit dan diminum pada waktu pagi. Asam keping mengandungi asid hidroksisitrat yang dapat membantu mengawal kolesterol dan tekanan darah. - Kandungan serat larut seperti pektin dalam epal hijau membantu menyerap kolesterol dalam usus, sekali gus menurunkan tekanan darah. Dipercayai makan epal hijau dan air rebusannya setiap hari dapat menjaga kesihatan jantung. Untuk air rebusan epal hijau, kupas kulit buah epal, lalu hiris dengan nipis, Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk, Rebus hirisan buah epal sehingga empuk. Setelah siap, angkat, tapis dan biarkan ia sejuk seketika dan amalkan minum dua kali sehari.
- Lemon terutamanya jus lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Vitamin C bertindak sebagai antioksidan dengan mengurangkan keradangan dan membantu arteri berfungsi dengan lebih baik. Kesannya, tekanan darah anda juga akan semakin baik dan terkawal.
- Minyak zaitun sering diminum secara mentah, satu sudu sehari, untuk kesihatan jantung dan tekanan darah. Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu dan polifenol antioksidan. Ia membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan fungsi saluran darah.
- Bunga raya bukan sahaja cantik tetapi juga berkhasiat. Rendam kelopak bunga raya untuk membuat teh yang dipercayai dapat menurunkan tekanan darah. Beberapa kajian telah mendapati bahawa teh bunga raya dapat menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik.
- Senaman yang kerap dan melakukan banyak aktiviti fizikal dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung dan arteri.
Ia juga membantu dalam meningkatkan keupayaan jantung untuk mengepam darah. - Ubi bit juga boleh digunakan untuk turunkan darah tinggi cara tradisional sebagai agen pembersih darah. Jus ubi bit kaya dengan nitrat semula jadi yang membantu meluaskan saluran darah, sekali gus menurunkan tekanan darah. Kajian dari Nutrition Journal menyokong keberkesanan ini kerana jus ubi bit dapat menurunkan tekanan darah dalam masa beberapa jam selepas pengambilan.
- Pisang adalah sumber kalium semula jadi yang baik. Kalium membantu menyeimbangkan kandungan natrium dalam tubuh dan mengurangkan kesan negatif garam. Buah pisang juga dapat membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan hipertensi.
- Daun kari bukan sahaja enak dalam masakan tetapi juga berkhasiat untuk kesihatan. Kajian National Centre for Biotechnology Information, air rebusan daun kari dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah dan melancarkan peredaran darah. Daun kari mempunyai sumber kalium yang baik dan membantu mengimbangi kesan natrium. Pengambilan makanan yang kaya dengan kalium dapat membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit yang sihat dalam badan dan membantu menurunkan tekanan darah.

Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.









