Oleh: Syed Wafa

Libaran bakal menyala dengan sorotan warna-warni kemeriahan apabila Sentuhan Kasih Desa @ Libaran, anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), hadir membawa semangat perpaduan, hiburan dan pembangunan komuniti luar bandar ke pentas utama.

Sebagai kemuncak acara, Konsert Kasih Desa @ Libaran dijadual berlangsung pada 1 November 2025, jam 8.00 malam di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan, menampilkan persembahan istimewa Akim, Stacy, dan Azaharina dengan lagunya Elegi Sepi dan Rawan.

Majlis penuh sejarah ini akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 1 November jam 1.30 petang.

Trio berbakat besar ini bakal menggamatkan pentas dengan deretan lagu popular yang pasti menggetarkan suasana malam Libaran.

Namun, kemeriahan Kasih Desa @ Libaran tidak hanya terhenti di pentas hiburan. Selama dua hari penganjuran, 1 & 2 November 2025, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dan memperkukuh jaringan komuniti luar bandar.

Majlis penuh sejarah ini akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 1 November jam 1.30 petang.

Sebagai kemuncak acara, Konsert Kasih Desa @ Libaran dijadual berlangsung pada 1 November 2025, jam 8.00 malam di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan, menampilkan persembahan istimewa Akim, Stacy, dan Azaharina dengan lagunya Elegi Sepi dan Rawan.

Antara pengisian utama yang menanti para pengunjung termasuk:
• Pameran dan Showcase Kementerian serta Agensi yang memperkenalkan inisiatif pembangunan desa.
• Jualan & Perkhidmatan oleh lebih 50 usahawan tempatan, mengetengahkan produk inovatif dan hasil tangan anak desa.
• Pertandingan busana tradisional, program keusahawanan, aktiviti e-sukan dan persembahan busker bagi menghidupkan suasana santai dan mesra keluarga.
• Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik sebagai penghargaan kepada pengunjung yang hadir memeriahkan acara.

Program Sentuhan Kasih Desa @ Libaran merupakan platform penting bagi KKDW dalam mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat serta menggalakkan penyertaan komuniti luar bandar dalam kegiatan ekonomi dan sosial yang inklusif.

Dengan sinergi antara hiburan, pembangunan dan aspirasi desa, Kasih Desa @ Libaran bukan sekadar sebuah acara, tetapi simbol kasih dan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Acara ini dijangka menjadi sorotan utama komuniti Sandakan tahun 2025, memperlihatkan semangat muafakat dan kemeriahan yang menyatukan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
E-mel: [email protected]
Laman sesawang: www.kkdw.gov.my.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here