Oleh Asmat Fikri

SEPERTI yang dikongsi menerusi laman rasmi MyHealth, sesiapa sahaja yang mengetahui atau mengesyaki, mana-mana kanak-kanak berada dalam bahaya atau berisiko didera dan diabaikan perlu melaporkan kepada pegawai pelindung kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau menghantar kanak-kanak tersebut ke hospital yang berdekatan.

Sekiranya mahu identiti dirahsiakan, anda boleh menghubungi Talian Nur 15999. Sebelum menelefon, pastikan anda mempunyai maklumat asas, termasuk :

  1. Nama kanak-kanak tersebut
  2. Lokasi/Alamat
  3. Sebab-sebab disyaki penderaan

Melalui Talian Nur, berikan maklumat terperinci berkenaan kes penderaan dan pengabaian yang disyaki supaya pegawai JKM dapat menilai keperluan dan tindakan.

Cara kedua adalah dengan membawa kanak-kanak yang didera itu terus ke hospital jika mereka mengalami kecederaan. Jika dihantar ke hospital, kanak-kanak berkenaan akan terus dirujuk ke Pusat Krisis Setempat (One Stop Crisis Center) di hospital.

Selain itu, amat digalakkan pelapor supaya terus pergi ke Balai Polis bagi kes penderaan seksual untuk membolehkan pegawai perubatan melakukan pemeriksaan fizikal dengan segera, terutama sekiranya disyaki ada elemen penderaan seksual

Rawatan perubatan untuk mangsa dera

Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan jika ingin memulihkan fizikal dan mental mangsa dera dalam kalangan kanak-kanak. Antaranya, menurut turutan berikut:

  1. Merawat kecederaan fizikal, seperti patah tulang.
  2. Profil aksi dan rawatan penyakit jangkitan kelamin atau HIV.
  3. Kaunseling atau terapi keluarga.
  4. Terapi kesihatan mental bagi kanak-kanak yang didera.
  5. Terapi kesihatan mental untuk ibu bapa dan remaja yang bermasalah.

Selain perkhidmatan kaunseling dari JKM, ada juga beberapa klinik psikologi lain yang menawarkan perkhidmatan kaunseling bagi memulihkan emosi kanak-kanak yang didera. Berikut kami kongsikan beberapa pilihan klinik yang boleh dihubungi:

  1. Sarah Zainal Puteh Training & Consultancy – Skudai, Johor (018 252 7055)
  2. Klinik Psikologi Azlina – Bandar Bukit Mahkota, Selangor (019-3354977
  3. Mental Health Clinic Re.Life – Petaling Jaya, Selangor (010 652 8809 /
    03 7931 8809)

Nasihat kepada Ibu bapa yang mempunyai anak, jika ada perasaan marah sekalipun, jagalah tutur kata, jaga tindakan, jaga emosi dan perasaan anak. Ingat bahawa mereka tidak diminta dilahirkan ke dunia ini, jadi peliharalah anugerah Allah ini dengan sebaik-baiknya. Jangan menyakiti mereka atau menyebabkan kecederaan.

Semoga anak-anak kita terpelihara daripada musibah ini dan sentiasa dilindungi Allah SWT tidak kira di mana mereka berada.

Previous articleJom Jalan Kaki Cara Rasulullah SAW
Next articleRestoran Tanjung Puteri Kesukaan Artis Terkenal Tanah Air

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here