Oleh Syed Wafa
Foto Ehsan Cef Zainal

ANDA rindu masakan air tangan ibu? Rindu kuih muih tradisional yang sukar diperoleh? Bingung tidak tahu hendak bawa keluarga ke mana untuk makan?

Saya syorkan Restoran Tanjung Puteri, yang sejak sekian lama menarik kalangan artis untuk menikmati pelbagai hidangan yang menyelerakan.

Restoran yang terletak di Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur ini diusahakan dan dimiliki oleh cef terkenal, Cef Zainal Abd Rahman.

Permaisuri Agong juga pernah berkunjung ke Restoran Tanjung Puteri.

 

Premis makanan yang berkedudukan agak tersembunyi di presint ‘suburb’ bandar raya Kuala Lumpur ini membawa tema sajian tradisional Melayu Johor.

Restoran Tanjung Puteri beroperasi dari pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 10.00 malam.

Antara menu masakan di sini, termasuk asam pedas, masak lemak pucuk ubi, kerabu, laksa Johor dan pelbagai pilihan kuih muih tradisional.

Persekitaran dalaman Restoran Tanjung banyak memperagakan artifak tahun 50an  dengan diserikan lagu-lau malar segar bagi mencetuskan deria nostalgik.

“Selain buffet, pihak kami juga sediakan pelbagai menu ala carte masakan panas,” jelas Cef Zainal.

Ramai artis terkenal tanah air berkunjung ke sini untuk menjamu selera.

Antara artis terkenal yang gemar menjamu selera di sini termasuk Haiza, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jeffrydin, Datuk Hail Amir.

Jom kita ke Restoran Tanjong Puteri!

Previous articleCara lapor penderaan kanak-kanak [BHGN 2]
Next articleTips Cara Tangani Stres

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here