Oleh Nafsiah Jani
Info: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 

 

Keadaan dunia sekarang dengan kenaikan harga barangan, persekitaran yang tidak selamat, tempat kerja, duit dan segala-galanya membuatkan semua orang stres.

Stres atau tekanan perasaan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap ancaman, cabaran atau tuntutan yang mengganggu perjalanan normal sistem badan.

Stres keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan, perasaan, produktiviti, perhubungan dan kualiti hidup seseorang.

GAMBAR: Wikimedia Commons.

Untuk menangani masalah stres cuba amalkan tip-tip seperti di bawah -:

  1. Bertenang
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkata `rilekslah…’
  4. Solat
  5. Bercakap dengan seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar muzik
  8. Beriadah
  9. Bersenam
  10. Sentiasa berfikiran positif
  11. Pergi bercuti untuk merehatkan minda
  12. Jauhi manusia yang bersifat `toxic’

Marilah kita bangkit bersama. Buang dan lupakan segala masalah. Nikmati kehidupan yang sementara ini bersama orang tersayang atau insan-insan baik di sekeliling kita.

Hidup untuk dinikmati bukan untuk dilukai atau menderita.

Previous articleRestoran Tanjung Puteri Kesukaan Artis Terkenal Tanah Air
Next articleConnie Sedang menjalani Rawatan Buah Pinggang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here