Oleh Syed Wafa
HALIA tidak asing dalam masyarakat kita. Ia bukan sahaja merupakan antara bahan asas dalam masakan atau minuman kita, malah lebih dari itu.
Halia sebenarnya mempunyai banyak khasiat serta manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan.
Jika kita amalkan penggunaan halia dalam masakan harian atau dicampurkan ke dalam minuman, pasti banyak khasiat yang akan anda peroleh.
Ini antara 10 khasiat yang bakal anda dapat jika amalkan halia dalam kehidupan harian.
-
Menurunkan berat badan.
- Boleh menghilangkan rasa pening.
- Awet muda.
- Dapat kuatkan imuniti serta kekebalan tubuh.
- Mencegah sakit jantung.
- Mencegah angin ahmar.
- Mengurangkan kadar kolesterol dan gula dalam darah.
- Hilangkan kembung perut serta membantu buang angin dalam tubuh.
- Mengurangkan kesakitan semasa haid.
- Membantu penghadaman.
Tunggu apa lagi, jom amalkan!
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.