Oleh Nafsiah Jani

KEJAYAAN konsert Gendang Pati di Singapura membuat Datuk M. Nasir teruja mempersembahkan Gendang Pati Datuk M. Nasir Live in Kuala Lumpur di Plenary Hall, KLCC pada 18 November 2023, bermula jam 8 malam.

Datuk M. Nasir mahu menjadikan ia sebuah pesta rakyat yang mengisi bukan sahaja kegembiraan luaran tapi diikuti jiwa sekali.

“Malam itu nanti ‘roh’ dan jiwa- jiwa peminat di segenap pelusuk dewan bertebaran kegembiraan, berbahagia meraikan pesta muzik yang bakal dipersembahkan. Yang pastinya, malam itu nanti akan dipenuhi dengan bunyi-bunyian gendang yang pasti membuatkan semua berdendang bergoyang.

“Saya harap konsert ini akan menjadi sebuah lagi persembahan saya yang mampu membantu mengisi `kecanduan’ peminat terhadap karya saya,” kata M. Nasir lagi.

Konsert anjuran MND Sport & Event Sdn. Bhd. dibarisi pemuzik-pemuzik hebat iaitu Nan Alias selaku pengarah muzik dan pemain gitar, Rafi Mohd (gitar rhythm), Norman (bass) , Firdaus Mahmud dan Eddie Slam (keyboard), Ujang Exists (dram) serta penyanyi latar Eja, Widy, Yuaz dan Awe.

Persembahan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Paang selaku pemain perkusi utama, Mat Din (perkusi tradisional), Che Long dan Anas (pemain perkusi ). Juga ditambah dengan kemunculan Awe selaku pemain perkusi, rebab dan serunai.

Tiket-tiket berharga RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet). Selain layari MyTicket.Asia, tiket boleh dibeli di [email protected] atau hubungi talian hotline 03 8605 0195 atau lawati Instagram: @mndsportnevent.

Previous articleKalau tidak kerana Rohaizad ‘Umi’ tak berlakon – Zaiton
Next articleLata Kashmir di Jeli, Kelantan memberi ketenangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here