Datuk Shake sentiasa dirindui oleh peminat di bumi kelahiran beliau, Malaysia

Oleh Syed Wafa

Umi… ku tahu engkau derita
Hidup…dalam duka sengsara
Namun…diringi doa
Agar kau bahagia

Umi… ku sunting kuntum melati
Harum…sewangi kasih suci
Umi… ku bawa penawar
Hapuskan derita

Inilah antara barisan lirik yang sentiasa menjadi ingatan bagi peminat lagu ini.’Umi’ antara lagu malar segar nyayian ‘Living Legend’, biduan legenda Datuk Shake yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Di awal kemunculan Datuk Shake sebagai penyanyi terkenal di bumi Perancis

Ramai yang tertanya-tanya kemanakah menghilangnya artis kacak bersuara merdu ini? Adakah beliau merajuk untuk pulang ke tanah air tercinta, Malaysia tempat kelahiran beliau?

Hanya dengan menyebut judul-judul lagu ikonik dendangannya, ‘You Know I love you'(tu sais je t’aime), Umi, Pulanglah dan Anugerah Dari Kegagalan, pastinya penggemar amat merindui penyanyi legenda ini.

Album pertama bahasa Perancis nyayian Datuk Shake yang mendapat sambutan hangat pada tahun 1976

Di awal kemunculan artis kelahiran Johor, Datuk Sheikh Abdullah atau nama komersialnya, mula-mula adalah “SHAKE” dan beliau merupkan artis Asia pertama yang menjadi penyanyi terkenal dengan menyanyikan lagu hit dalam bahasa Perancis seiring dengan pelakon legenda yang berasal dari Hong Kong,Bruce Lee yang terkenal pada tahun 1976.Dan pastinya kedua-kedua insan hebat ini dari benua Asia.

Wajah beliau yang kacak serta suara merdu, menjadikan Datuk Shake mudah mencipta nama di Perancis

“Saya telah bertekad dan berani ‘terbang’ keluar negara ketika berumur 22 tahun untuk mencari pengalaman bekerja di tempat orang.

“Ketika saya berada di bumi Perancis,bersyukur dengan bakat yang saya ada,saya telah diterima menyanyi di sebuah kelab malam di sana,” cerita Datuk Shake pengalaman awal beliau di bumi Perancis.

“Akhirnya saya ditawar untuk merakamkan album di dalam bahasa Perancis setelah satu hari seorang pencari bakat yang kagum dengan nyanyian saya dalam bahasa ibunda mereka,” cerita Datuk Shake bangga.

Album Melayu pertama Datuk Shake,’Kau Bungaku’ dirakamkan pada tahun 1983

Setelah mencipta nama di luar negara akhirnya Datuk Shake pulang ke tanah air. Pada tahun 1983, beliau membuat rakaman album pertama dalam bahasa Melayu iaitu ‘Kau Bungaku’ dan setelah itu beliau dikenali dengan nama “ Datuk Shake”.

Tidak hanya membuat penggemar jatuh hati saat beliau mengalunkan vokal emas lewat lagu-lagu Perancis, Melayu Dan Inggeris , Datuk Shake mencipta nama sebagai artis antarabangsa terkenal yang berpangkalan di Paris, dan penerima anugerah ‘Chevalier des art et Lettre’ (Knight of the Order of Arts Letters and Merits) yang berprestij daripada Kerajaan Perancis, atas sumbangan beliau terhadap mempromosikan bahasa Perancis serta budaya mereka di seluruh Asia.

Beliau dikurniakan gelaran Dato’ (Dato’ Paduka Mahkota Johor) dari Sultan Johor, Almarhum Sultan Ismail Al Khalid pada tahun 1979 di atas sumbangan beliau dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Bersama isteri tercinta Milena Shake Abdullah

Di bumi Perancis juga beliau bertemu jodoh dengan isteri tercinta,Datin Milena Shake Abdullah yang merupakan wanita Perancis berketurunan Czechoslovakia.

Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu sepasang kembar Nicholas Shake dan Amaron Shake,Natacha Shake serta Mina Shake.

Bersama isteri tercinta dan anak kembar yang mewarisi ketampanan Datuk Shake
Keluarga bahagia Datuk Shake

Beliau juga merupakan bapa saudara kepada ahli politik terkenal tanah air iaitu Datuk Sri Azalia Othman Said dan kini memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bersama anak saudara tercinta Azalina Othman Said

Saya tidak akan lupa pengalaman bersama biduan legenda ini. Beberapa bulan setelah ’emak’ tercinta, Allahyarham Khamsiah Hassan meninggal dunia,saya mencari ketenangan dan bercuti di Eropah. Ketika saya berada di Perancis, Datuk Shake meluangkan masa untuk bertemu dengan saya dan kami makan malam bersama.

Bila beliau mendapat tahu ibu saya telah tiada beliau menyayikan lagu ‘Umi’ khas buat saya ketika itu.

Kenangan indah Syed Wafa (Penulis) bertemu dengan Datuk Shake ketika bercuti di Kota Paris

Itulah kenangan yang amat bermakna dan indah bersama biduan legenda,Datuk Shake ini.

 

Konsert istimewa khas buat peminat di Malaysia

Pastinya betapa ramai peminat Datuk Shake yang rindu dan dahagakan suara merdu serta melihat penghibur bertaraf antarabangsa ini beraksi di Malaysia. InTour Live Events berbesar hati dan bangga membawakan Konsert ‘Dato ’ Shake Zepp KL’ pada 16 Disember 2023 akan datang.

Istimewanya, konsert ini akan mempamerkan perjalanan menakjubkan penerokaan kronologi kerjaya muzik legenda ini.

Semua karya terbaik dalam kerjaya muzik Datuk Shake akan dipersembahkan, iaitu lagu-lagu Melayu dan Perancis yang terkenal dan tidak dapat dilupakan yang merupakan koleksi malar segar yang merupakan kegemaran ramai terutamanya di kalangan rakyat Malaysia dan luar negara.

Persembahan Datuk Shake tidak mengecewakan peminat

Menurut penganjur, InTour Live Events menyifatkan Konsert Dato’ Shake Zepp KL sebagai sebuah destinasi buat peminat kembali menggembara masuk ke masa silam dengan karya-karya hit Datuk Shake yang sudah menjadi siulan sejak era 70-an, 80-an dan 90-an.

“Dan tentulah termasuk karya-karya terkini yang telah dihasilkan antaranya ‘Chameleon’ pada tahun 2012 akan menjadi halwa telinga sekaligus dapat dinikmati secara langsung menerusi konsert ini.

“Datuk Shake merupakan seorang artis yang benar-benar unik. Beliau mempunyai bakat yang tidak dapat dinafikan dan lebih penting lagi, seorang yang serba boleh serta beliau merupakan penyanyi lelaki berbakat semula jadi yang menyanyi dengan baik dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis. Peminat akan merasai nostalgia dunia lama melalui lagu-lagu Melayu dan pop dan rock dunia baharu daripada lagu Perancis dan Inggeris beliau. Lagu-lagu baru yang dirakamkan semasa beliau berhijrah di Hollywood California, Amerika Syarikat pada tahun 1988 sehingga 2011.

“Oleh itu kami sangat teruja untuk mempersembahkan Konsert Dato’ Shake Zepp KL kerana peminat bukan sahaja dapat pulang dengan menggamit nostalgia menerusi lagu-lagu Melayunya malah akan terpesona dengan genre pop dan rock dalam bahasa Perancis dan Inggeris yang menjadikan beliau sebagai penghibur yang disegani.

“Dan lebih daripada itu, kami di InTour Live Events dan iMe Entertainment Group berharap Konsert Dato’ Shake Zepp KL akan mengubat kerinduan peminat terhadap sang legenda kesayangan ramai. Malah peminat akan menyaksikan persembahan yang berkualiti oleh para pemuzik yang dibawa khas dari Paris yang hebat serta berjaya, yang pernah menjadi pemuzik tetap Datuk Shake sepanjang kerjayanya,” kata Bonor Seen yang merupakan wakil penganjur dari InTour Live Events.

Buat Datuk Shake sendiri, pulang menyantuni penggemar di bumi kelahiran tercinta adalah sebuah impian yang sudah direncana sejak tahun 2020.

Namun rencana yang tertunda lantaran pandemik itu akan segera direalisasikan apabila legenda yang kini menetap di Paris, Perancis ini dilamar oleh InTour Live Events dan iMe Entertainment Group untuk mengadakan konsert di negara kelahiran beliau.

Pastinya konsert dengan konsep muzikal adalah detik ajaib bagi Datuk Shake dengan kostum karisma pentasnya, terutamanya vokalnya yang menakjubkan. Ini daripada pesanan Datuk Shake untuk peminatnya.

“Janji pasti akan ditepati untuk peminat yang masih sayangkan saya. Pada tahun 2020, saya merancang untuk melakukan jelajah besar ke seluruh Malaysia dan Asia! Malangnya pandemik itu merosakkan rancangan semua orang termasuk saya!

“Kami penghibur memutuskan untuk bergerak ke hadapan (move on) dengan pertolongan dan kasih sayang Allah serta orang ramai. Nantikan untuk berjumpa anda tidak lama lagi Zepp KL!

“Saya akan kembali ke Malaysia dalam Konsert Dato’ Shake Zepp KL, 16 Disember 2023 ini. Jumpa anda semua nanti! Tidak sabar untuk membuat persembahan di Zepp KL kerana banyak ulasan yang bagus tentang Zepp sebagai salah satu pentas terbaik,”kata Datuk Shake penuh teruja.

Untuk mengembalikan nostalgia muzikal era 70-an 80-an 90-an dan kini, beliau akan membawakan perjalanan muzikal kerjayanya sejak 1976 hinggalah 2023 dengan menyanyikan lagu-lagu asalnya dalam tiga iaitu bahasa Perancis, Inggeris dan Melayu.

Wajah terkini Datuk Shake masih tampan

Konsert Datuk Shake pastinya akan menjadi salah satu konsert penutup terbaik tahun 2023 yang pernah disaksikan peminat kerana beliau merupakan penghibur ikonik yang mesti dijadikan rujukan pemuzik generasi masa kini.

Sinar FM merupakan rakan radio rasmi untuk konsert ini manakala Astro Gempak pula menjadi rakan digital rasmi.

Harga tiket bermula dari RM358 ke atas sudah mulai dijual melalui
pembelian tiket di www.ticketcharge.com.my

Previous articleKhasiat Buah Lemon
Next articlePembedahan Bariatrik bantu atasi masalah obesiti?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here