Oleh Nafsiah Jani
Penyertaan pertama kali Rasa Rosz Sdn. Bhd. di pameran Food and Hotel Malaysia (FHM 2023) yang berlangsung di Hall 7, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 19 hingga 22 September lalu berjaya membuktikan bahawa produk tempatan setaraf dengan produk antarabangsa.
Sewaktu pameran, Founder dan Ketua Pengarah Rasa Rosz Sdn. Bhd, Datuk Seri Rozita Ramelan turut turun padang menunjukkan sendiri demo secara live cara yang paling mudah menggunakan pes Ratu Tumis di 7015 milik Rasa Rosz Sdn. Bhd.
FHM 2023 merupakan pameran perdagangan terbesar dan pertama untuk makanan dan hospitaliti (perhotelan) bagi tahun 2023.
Empat Ratu Tumis yang dicipta adalah bahan tumis asas yang selari dengan kehendak dan selera rakyat Malaysia. Ratu Tumis Gulai, Ratu Tumis Sambal, Ratu Tumis Sup dan Ratu Tumis Asam Pedas adalah di antara pes Ratu Tumis keluaran Rasa Rosz Sdn. Bhd.
Hanya menggunakan bahan asli tanpa pengawet tiruan, Ratu Tumis rempah sememangnya rempah tulen. Menariknya, daripada empat perasa asas itu Ratu Tumis boleh dipelbagaikan hingga dapat menyediakan kira-kira 400 jenis resipi.
Selain dari Ratu Tumis, Rasa Rosz juga mengeluarkan Sambal Ready To Eat, yang siap sedia untuk dimakan. Sambal ini terdiri dari tiga jenis iaitu Sambal Ikan Bilis, Sambal Udang Kering dan Sambal Cendawan Shitake. Ketiga-tiga sambal ini baru dilancarkan dan telah berada di pasaran sejak Julai lalu, kini mendapat sambutan hangat di pasaran.
Rasa Rosz kini melangkah setapak lagi mengeluarkan Lazzat, serbuk perasa dalam satu, yang mana ianya menggunakan pati sayur -sayuran .
Kata Rozita lagi, Diharap pameran ini dapat membuka peluang syarikat kami untuk menjalin lebih banyak hubungan dengan pihak perhotelan, syarikat – syarikat katering di Malaysia dan antarabangsa.
“Produk kami Halal, mengikuti piawaian yang tinggi yang ditetapkan, tahan dari 15 ke 24 bulan telah sedia untuk dibawa dan digunakan ke peringkat antarabangsa. Pes Ratu Tumis keluaran Rasa Rosz boleh digunakan hotel dan restoran untuk memudahkan penyediaan menu mereka.
“Pes ini dapat membantu menjimatkan bajet, bajet untuk bahan buangan serta pengurangan pekerja kerana pes ini mudah disediakan, kandungan pes terjaga dan rasa tidak lari bila disediakan. Saya gembira kerana ramai yang memuji produk kami menggunakan bahan-bahan asli dan boleh dipelbagaikan dalam masakan.”
Menurut Rozita, dia gembira kerana Rasa Rosz dapat menyertai event FHM 2023 kerana event ini sangat besar dan banyak membantu pengusaha tempatan untuk terus berkembang maju.
“Ramai yang datang dari luar negara semata-mata nak join FHM untuk cari contact atau network. Sama ada ada tuanpunya hotel atau tuanpunya rangkaian perniagaan restoran. Inilah masanya mereka memperkenalkan produk keluaran serta meninjau-ninjau peralatan terkini mesin, mesin kopi, peralatan dapur dan lain-lain lagi.
“Kedua-dua event yang Rasa Rosz join seperti di MIHAS dan FHM 2023 ini dapat capai objektif apa yang kami inginkan. Banyak yang kami belajar, sekurang-kurangnya tahun depan saya sudah bersedia menghasilkan produk yang disukai orang. Produk yang diperlukan dan bagaimana nak aktifkan diri mereka dalam scene sebegini agar pelanggan sedar dan tahu keujudan Rasa Rosz yang masih dan kukuh dipasaran.”
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.