Oleh Syed Wafa
Sesuatu yang dinantikan iaitu sebuah karya hebat yang di bawa khas oleh MASAKINI Theatre Compeny, persembahan teater berbentuk ‘Tingkap Project’ akan dipersembahkan awal November ini. ‘Dan Di Senja Itu’ sebuah karya monodrama lakonan solo Norzizi Zulkifli dan di arahkan bersama dengan sutradara tersohor Hamzah Tahir bakal menjadi kenyataan buat peminat teater tanah air.
Sebenarnya skrip ‘Dan Di Senja Itu’ di tulis sendiri oleh Dr. Norzizi Zulkifli dan merupakan perkongsian sebenar cerita beliau bersama bapa tercinta iaitu Datuk Zulkifli Zain yang juga seorang pelakon ‘prolifik’ di Malaysia yang terkanal, sebelum di serang angin ahmar.
Monodrama ini sebuah produksi yang bereksplorasi dengan teknik lakonan solo bersama adunan elemen tari, silat, muzik dan drama yang sungguh menarik dan berkesan.
Sinopsis dan jalan cerita ‘Dan Di Senja Itu’ pastinya akan menyentuh hati penonton, mengisahkan tentang cinta antara anak dengan bapa.
Ia menceritakan seorang bapa yang bernama Zulkifli Zain merupakan seorang penari dan pelakon terkenal di persada seni tanah air. Beliau diserang angin ahmar dan kemudiannya lumpuh sebelah badan. Bermulalah kehidupan yang sepenuhnya di uruskan oleh anak-anak beliau.
Cabaran dan kasih yang utuh antara beliau dan anak-anaknya dalam menangani fasa baharu kehidupannya ini amat memilukan dan banyak cabaran perlu ditempuhi.
Pengarah bersama ‘Dan Di Senja Itu’, Hamzah bin Mohamed Tahir yang berasal dari Muar, Johor, menjadikan persembahan ini bertambah hebat. Kini, beliau bertugas sebagai pensyarah Program Seni Persembahan di Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara.
Norzizi Zulkifli satu nama besar dalam dunia seni tanah air tidak perlu dipertikaikan kehabatan beliau berkarya. Memulakan kerjaya seni beliau sebagai pengacara televisyen dan pelakon.
Antara teater lakonan beliau ialah ‘Itik Liar’, ‘Tiang Seri Tegak Berlima’,’Bangsawan Raja Laksamana Bentan’, ‘Bangsawan Siti Zubaidah’, ‘Mak Yong Anak Raja Gondang’ dan ‘Mak Yong Raja Bongsu Sakti’.
Beliau kemudiannya mengorak langkah sebagai pengarah teater dan muncul sebagai pengarah termuda yang berpeluang mengarah di Istana Budaya pada 2003 melalui teater ‘Mak Yong Raja Tangkai Hati’.
Antara arahan beliau adalah Teater Muzikal ‘Kanak-kanak Aladdin’ di Istana Budaya, ‘Mak Yong Titis Sakti’ di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLpac), Medea di The Actors Studio, ‘Usikan Rebab’ di KLpac yang membawa beliau memenangi Anugerah Pengarah Terbaik dalam ‘BOH Cameronian Arts Award 2013’.
Beliau mendapat pendidikan Diploma Teater di Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA), Sarjana Muda Seni Layar (Kepujian) Universiti Teknologi MARA, Master of Fine Art (MFA) Theatre Directing Middlesex University London dan Doktor Falsafah dari Universiti of Wollongong, Australia.
Selain aktif sebagai seniman beliau adalah pensyarah dan merupakan Ketua Pengajian Seni Persembahan, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA.
‘Dan Di Senja Itu’ sesungguhnya dapat melestarikan teater kepada khalayak adalah satu wadah “Educational Entertainment” yang cepat meresap ke dalam masyarakat. Program ini sebenarnya dapat memberi banyak kesan seperti berhibur sambil belajar, memudahkan pemahaman, pengalaman praktikal meningkatkan motivasi, kepelbagaian gaya pembelajaran, penyebaran maklumat secara kreatif dan kritis serta dapat membentuk kesan emosi individu.
Teater “Dan Di Senja Itu” sebenarnya membawa penonton untuk melihat keberadaan sesebuah pementasan yang mencakupi daripada pelbagai aspek iaitu pengurusan acara, pementasan cerita dan sinografi. Dengan adanya pementasan ini akan dapat memberi cambah ilmu kepada generasi muda serta bersesuaian dengan konsep ‘Malaysia Madani’.
Teater hebat ini akan dipentaskan pada 2,3,4,5 November 2023 di Studio Ramli Hassan, Bukit Tunku Kuala Lumpur.
Harga tiket RM80 untuk dewasa dan untuk pelajar RM30 (bawa kad pelajar).
Tiket boleh dibeli di https://docs.google.com/forms/d/1zWecDZ27MRtWcVLEYn8aPa1MK4SQE2BwTs-AOp3KlXM/edit?usp=drivesdk&chromeless=1
Atau Hubungi:
0172373539 Zaza
0192827827 Susan
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.