Oleh Nafsiah Jani

Begitu lama kita ketandusan artis berkumpulan wanita selepas Feminin, Freshies, Elite, Eva, Res2 dan yang lain-lain menyepikan diri. Terbaru industri hiburan dirancakkan kembali dengan kehadiran kumpulan Dolla dan The Gadys.

Kemunculan ‘girl band’ The Gadys pada 2021 bermula menerusi single raya berjudul Gadys Raya yang dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu kini kembali aktif bersama ahli baharu.

Selepas muncul dengan single Gelek Jambu yang menggabungkan elemen reggaeton, rock dan tradisional, The Gadys kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul, Gagal Cinta.

Pengarah Urusan Valient Music, Airrol Azman berkata, The Gadys yang dibarisi dua anggota asal Aznie Azmi dan Ayunie Rizal kini dimantapkan lagi dengan muka baharu Thamiera Chan.

“Kami yakin kumpulan ini mampu pergi lebih jauh dengan karya yang dihasilkan. Buktinya, mereka mempunyai lebih 200,000 pengikut dan mendapat lebih 3.3 juta tanda suka dalam TikTok cukup untuk memperkenalkan lagi nama The Gadys.”

(Dari kiri) Aznie Azmi, Thamiera Chan dan Ayunie Rizal.

Ayunie berkata, lagu Gagal Cinta adalah single yang cukup istimewa buat mereka.

“Walaupun melodinya rancak dan ‘catchy’ tetapi hakikatnya lirik lagu Gagal Cinta ini sedih sebenarnya. Ketika rekoding, kami meletakkan emosi pada setiap nyanyian untuk Gadys merasai atau menjiwai lirik lagu Gagal Cinta ini.

“Disebabkan ini adalah lagu sedih, kami bersama komposer Adib bersama-sama menghasilkan karakter di dalam lagu ini supaya sesuai dengan konsep ‘sing along’ yang kami cuba hasilkan,’’ katanya lagi.

Aznie pula menambah, selepas rekoding kami menyiapkan pula rakaman video muzik (MV), Gagal Cinta.

“Lagu Gagal cinta ini sangat ‘catchy’ untuk dinyanyikan bersama, tetapi lirik yang sangat ‘straightforward’ mengenai hubungan cinta yang gagal. Jadi, konsep MV Gagal Cinta ini menunjukkan kisah percintaan tiga gadis yang gagal percintaan dengan lelaki yang sama cuma berbeza karakter.

“Konsep MV Gagal Cinta adalah ‘storytelling, partner dance and emotion’. Untuk beri yang terbaik kepada peminat kami menjalani latihan menari dan koreografi bersama Aisya Marissa.”

The Gadys juga berharap lagu Gagal Cinta ini mendapat tempat di hati pendengar dan pencinta muzik tanah air. Menerusi lagu ini anda mungkin dapat mengimbau kembali detik-detik percintaan. Semoga lagu ini juga dapat dijadikan lagu yang menyentuh, memberi semangat dan menghibur.

Previous articleKhasiat dan kebaikan bunga kantan
Next articleFazura kembali berlakon selepas lama ‘berehat’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here