Oleh Nafsiah Jani

Single ‘DOLLA Make You Wanna’ pada tahun 2020 telah mempopularkan kumpulan DOLLA untuk terus mewarnai persada muzik negara sehingga kini. Dikenali dengan gaya yang dinamik, bercita-cita tinggi serta berani menampilkan ekspresi yang berlainan, bukan sahaja dari segi muzik malah penampilan, DOLLA benar-benar mewakili elemen serta karakter generasi masa kini.

DOLLA dianggotai Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby. Artis naungan Universal Music Malaysia ini baru sahaja melancarkan tujuh single solo dan lima lagu kolaborasi bersama artis lain iaitu ‘New Classic’ yang telah dilancarkan secara digital. Kolaborasi ini telah berjaya menawan perhatian peminat muzik negara dan mengumpulkan pengikut platform media sosial kumpulan tersebut dari serata dunia.

Album ini juga adalah gabungan pelbagai genre dari Dance-Pop ke R&B, berentak rancak sehinggalah irama mid-tempo dan soul. Album ini benar- benar mengetengahkan bakat muzikal serta versatile setiap anggota DOLLA.

Kata Tabby, ‘New Classic’ bukan sahaja sebuah album yang menghiburkan malah ia sarat dengan mesej penting.

“Sebagai artis generasi baru, kami mempunyai tanggung jawab untuk menghasilkan karya-karya ‘evergreen’ untuk masa hadapan. Itu sebabnya sedaya upaya, kami cuba untuk menggalas misi ini dan bekerja keras agar dapat menghasilkan lagu-lagu yang akan terus diminati dan menjadi inspirasi generasi selepas kami”.

“Album ini mengambil masa lebih kurang setahun untuk disiapkan kerana kami terlibat sama dalam setiap proses kreatif penghasilan album. Contohnya, lagu ‘drip’ merupakan lagu pertama menyaksikan kumpulan DOLLA menulis lirik dan menggubah melodi.

“Kami juga bekerjasama dengan begitu ramai penulis dan produser yang amat dihormati dalam industri ini. Kami terharu kerana mereka izinkan DOLLA untuk membuat beberapa perubahan dalam lagu-lagu hasil nukilan mereka, menjadikan album ini lebih bercirikan DOLLA, dan sudah tentu ia menjadi amat ‘personal’ bagi kami”.

Lagu-lagu yang terkandung dalam album New Classic adalah Classic, Damelo, Masa, Drip, Best Side, Boss Up dan DAMELO (versi Bahasa Inggeris)’. Lagu Classic dan Boss Up diterbitkan oleh Hyuk Shin, seorang produser album dan penulis lagu dari Korea Selatan yang begitu popular di kalangan artis ‘A-list’ di dunia. Hyuk Shin juga pernah berkolaborasi dengan Justin Bieber, Anderson Paak, Blackbear, Dean, NCT, Super Junior, TXT, Exo, Monsta X, Shinee, Girls’ Generation dan ramai lagi.

Muzik video lagu, Classic yang turut dilancarkan hari ini di platform YouTube telah menjalani penggambaran di Thailand. Justeru, keempat- empat anggota DOLLA diterbangkan ke Thailand untuk bekerjasama dengan tenaga produksi dan kru filem profesional dari negara tersebut.

“Sememangnya ia satu pengalaman yang baru bagi kami dan secara positif, ia adalah pendedahan yang amat bermakna bagi DOLLA. Manakala lagu Damelo yang baru sahaja dilancarkan adalah hasil nukilan dan terbitan Hard Lights. Lagu ini membawa maksud ‘Berikan kepadaku’ atau ‘Give it to me’ dalam Bahasa Sepanyol. Diinspirasikan dari rentak techno-Latin dengan membawa mesej kekuatan wanita amat jelas ditampilkan dalam lagu ini.,” kata Syasya mengenai New Classic benar-benar melambangkan evolusi DOLLA dari segi muzik.

Sebaik sahaja dilancarkan tiga bulan yang lalu, Damelo terus sahaja trending di pelbagai senarai serta carta dan diangkat sebagai #1 dalam kategori video dan #2 dalam kategori muzik di YouTube Malaysia. Ia juga berjaya mencapai 200,000 tontonan dalam masa 24 jam dan 500,000 tontonan dalam 4 hari.

Damelo juga telah ditonton dan di strim sebanyak 2.4 juta kali di platform YouTube. Ia juga menjadi salah satu lagu tersenarai di dalam Spotify Top 200 dan Apple Music Top 200 dalam 7 hari dari tarikh pelancaran. Pencapaian yang hebat ini secara tidak langsung menjadikan DOLLA salah satu artis berkumpulan yang membawa impak paling besar di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, Mereka amat berbangga dengan segala pencapaian DOLLA setakat ini dan syarikat juga mempunyai harapan tinggi agar album ‘New Classic’ ini akan membawa DOLLA ke tahap tertinggi bukan sahaja di Malaysia, malah di kenali di peringkat antarabangsa.

“DOLLA telah buktikan bahawa mereka adalah kumpulan yang perlu diambil serius walaupun masih baru di bidang seni. Dengan cita-cita dan etika kerja yang sangat terpuji, saya percaya lagu-lagu di dalam album ini bakal menjadi karya klasik dan ‘evergreen’ di masa hadapan dan DOLLA akan menjadi ikon bagi generasi baru”.

Selain album, DOLLA juga baru muncul dengan pewangi DOLLA X CERM Classic Perfume edisi terhad dari Huile de Parfum. Ia merupakan item pertama dari senarai produk-produk eksklusif dari DOLLA. Pewangi ini amat istimewa kerana ia mentafsirkan ritma dari album DOLLA kepada wangian istimewa justeru menghasilkan produk yang unik dan moden. Wangian ini boleh didapati untuk pembelian di cermskin.com/dolla mulai 30 November ini.

Untuk mendapatkan berita-berita terkini tentang DOLLA, peminat juga boleh mengikuti perkembangan terkini kumpulan ini di platform media sosial seperti berikut:

Instagram
https://www.instagram.com/dolla.official/?hl=en
TikTok
https://www.tiktok.com/@dollaofficial?lang=en
Facebook
https://www.facebook.com/dolla.official/
YouTube
https://www.youtube.com/@DOLLAOfficialMY

Previous articlePengarah Imam Tanpa Makmum mahu ikut jejak langkah P.Ramlee
Next articleKonsert Gendang Pati M. Nasir bukti otai masih berbisa!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here